Tuesday, October 14, 2008

KUASA KATA

Aku jadi semakin pelik kebelakangan ini. Macam-macam benda terjadi. Sama ada benda baru atau dejavu kenangan lampau. Dan. Aku juga baru sedar kuasa kata. Seperti yang penulis-penulis dahulu selalu perjuangkan. Bagaimana kata dapat mempengaruhi peribadi seseorang.

Aku. Sejak dahulu, amat meminati bidang penulisan. Tapi minat tanpa bakat, tiada gunanya juga. Dah banyak medium aku cuba kembangkan minat aku. Tapi satu pun tak sangkut. Dan tahun lepas, aku diperkenalkan dengan medium penulisan melalui blog.

Sejak aku menulis di blog ini, aku mula menulis tentang pelbagai cerita. Ada yang cereka. Ada yang mengarut. Ada yang sebenar.

Dan sejak ada blog ini, aku makin gembira. Jika ada yang buat aku marah, aku lepaskan di blog ini. Jika sebelum ini, aku asyik makan hati atas pelbagai perbuatan orang, tapi sekarang, aku dah berubah.

Keadaan dah terbalik.

Sekarang, mereka yang dahulunya rajin usik dan buat aku makan hati pula yang makan hati. Aku jadi hairan. Kalau usikan itu, kata mereka satu gurauan, aku pula kata, blog ni adalah satu gurauan.

Jangan ambil hati. Atau takut hendak bergurau dengan aku lagi. Aku perhatikan ramai yang jauhkan diri dari aku. Haih, kenapa begini?

Kini, baru aku sedar kuasa kata. Kalau silap sikit, pasti binasa. Kalau salah kata, hati kan terluka. Kalau tak diperhati, ada yang makan hati.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku