Thursday, October 30, 2008

BENDA YANG TERJADI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG TIDAK KITA SEDARI

Setelah aku habis menonton DVD dokumentari atau DVD Programme : The Secret tempohari, aku baru sedari bahawa apa yang mereka perkatakan di dalam siri itu sebenarnya benda yang terjadi pada setiap dari kita. Cuma kita sahaja yang kurang bijak untuk menyedarinya.

Mungkin korang semua masih termangu-mangu atau malas nak buka wikipedia untuk mencari sendiri apa yang terkandung di dalam naskah The Secret yang diterbitkan oleh Rhonda Byrne ini. Jadi aku terangkan serba ringkas tentang ini dan berkongsi kefahaman aku dengan korang.

Buku ini pada asasnya ditulis atas persefahaman sekumpulan manusia yang berpegang kepada Hukum Tarikan (Law Of Attraction) sebagai pegangan untuk mereka lebih berjaya dalam karier dan kehidupan harian mereka.

Hukum ini menyatakan bahawa jika kita sentiasa berfikiran positif, maka perkara-perkara yang positif itu yang akan datang kepada kita. Begitu-lah yang berlaku sebaliknya jika kita berfikiran negatif. Contoh: Kita kena sentiasa berfikir tentang kerja kita yang baik, kawan-kawan yang baik, kehidupan yang bagus dan family yang sempurna walaupun ianya tidak sebegitu. Jika kita sentiasa terbayangkan perkara-perkara ini, perkara-perkara ini akan benar-benar terjadi. Seberapa cepat ianya akan tercapai bergantung kepada kesungguhan kita. Allah juga berfirman di dalam Al-Quran "...Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri...".

Mungkin ada dari kita yang menganggap ini adalah nonsense atau ini adalah propaganda orang barat dalam menyesatkan kita, tapi bagi aku selagi benda ini membawa kebaikan, why not kita cuba mendalami rahsia ini. Tak salah kalau kita mencuba selagi kita masih lagi berpegang kepada pegangan agama kita.

Apa yang membuatkan aku lebih dahagakan maklumat tentang The Secret dan Law of Attraction-nya?

Ada beberapa kisah yang membuatkan aku lebih percaya bahawa law of attraction ini benar-benar boleh berhasil jika kita benar-benar mengikuti langkah-langkah yang diperkatakan di dalam DVD ini.

Kisah 1 : Bapa Aku Sendiri
Kehidupan zaman muda bapa aku dahulu tidak sesenang anak-anaknya sekarang. Segalanya perlu berangan bak mat jenin dahulu. 5-6 tahun kemudian baru-lah dapat direalisasikan. Suatu hari, ketika beliau mahu pulang dari kerja, terdapat selitan iklan tentang pelancaran MPV Toyota Unser di wiper Iswaranya. Beliau mula pasang angan-angan lagi. Dengan memotong keratan MPV di iklan itu dan menampalnya di work-station-nya, setiap pagi beliau akan berangan memandu Unser di tempat duduknya itu. 4 tahun kemudian setelah 3 kali bertukar majikan, akhirnya beliau berjaya memilikinya tanpa menyedari bahawa ini adalah kereta idamannya satu ketika dahulu.

Kisah 2 : Iklan Merdeka Petronas Aiman Oh Aiman
Mesti semua pernah tonton iklan pertama yang diarahkan oleh Afdlin Shauki ini kan? Terngiyang-ngiyang lagi dialog lucu "...Bukan setakat kereta kayuh, kereta kebal pun abah boleh belikan...". Mesti semua antara kita perasan yang "abah" ada menampal gambar motorsikal idamannya di dalam kotak duit. Setelah bertahun lamanya, akhirnya "abah" dapat juga.

Sebenarnya, benda-benda ini adalah kebiasaan terjadi, cuma kita sahaja yang lampi untuk faham bagaimana ianya terjadi. Sememanglah ianya ketentuan Ilahi. Tapi setiap yang berlaku mesti ada penjelasan kan?

Kita sama-sama fikirkan. Dan. Sama-sama cuba.

Yok!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku