Mungkin tiada apa yang istimewa tentang mereka ini. Tapi golongan seperti ini masih lagi wujud, lebih-lebih lagi di dalam alam universiti. Geng ini biasanya wujud di kampus-kampus yang menerima kemasukkan pelajar lepasan matrikulasi.
Bukan aku nak cakap, semua pelajar lepasan matrikulasi adalah golongan geng-geng budak sekolah. Tidak. Dan bukan pula aku mahu cakap geng budak sekolah ini golongan yang jahat. Tidak. Aku tak berniat begitu. Aku sedar dengan kehadiran mereka, dapat mewarnakan satu warna baru dalam siri kehidupan di kampus.
Geng ini biasanya bergerak dalam 4 - 5 orang sekumpulan. Mereka ini biasanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai pointer yang baik. Purata 3.00 ke atas. Atau mungkin ada seorang dua yang lost. Mereka ini jenis-jenis macam anak emak la. Actually, mereka ini baik, sopan santun, berbudi bahasa, hormatkan senior, tak suka kacau orang lain, suka buat hal sendiri dan tak suka buat bising.
Apa yang menjadikan mereka ini menjadi bahan umpatan orang ialah gaya set sosial mereka ini dikatakan kurang sesuai diterapkan dalam kehidupan pelajar universiti. Iye-lah, pelajar universiti biasanya dikenali dengan pakaian yang ranggi, rambut boleh simpan panjang, mesti dah ada awek, gajet yang mahal, tak kasut pallas jazz, tak pakai beg sandang belakang dan pelbagai identiti lain.
Tapi pada geng budak sekolah ini, mereka masih lagi menerapkan nilai-nilai persekolahan diadunkan dengan nilai-nilai kehidupan universiti. Seperti kelas setiap hari, untuk setiap semester bermula jam 8.00am. Mereka juga masih lagi mengamalkan berbeg sandang belakang, berkasut hitam ala pengawas, rambut sikat tepi (minyak rambut Byrllcream atau Code 10), muka jambu (pakai bedak), pegi kelas pukul 7.00am bersama-sama geng-geng mereka dan pelbagai lagi.
Mereka juga sering kelihatan bersama-sama untuk setiap aktiviti seperti makan-makan, pergi makmal komputer, pergi kelas, pergi mandi, pergi basuh baju dan banyak aktiviti lain. Jika ada seseorang yang ketinggalan, nescaya kawan yang tertinggal itu akan merajuk.
Apa yang aku harapkan agar mereka lebih matang lagi dalam menempuhi dunia yang semakin hari semakin kejam ini.
Keep it up, dude!
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku