Tuesday, October 07, 2008

SEMINGGU SELEPAS BERPUASA PENUH 30 HARI

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki semula ke bumi Sintok nan permai. Dan ini bermakna sakit kepala aku pun kembali menyerang. Dalam minggu ini sahaja dalam 4 tugasan perlu diselesaikan. Kerja menimbun lagi. Aduhai...

Suasana ramadhan masih lagi terngiang-ngiang di fikiran aku. Dengan kuali dan bahan masakan penuh dan berselerak di bawah katil, sebaik aku melangkah kembali ke bilik aku, pagi tadi. Pinggan mangkuk, bekas-bekas plastik, jug-jug air masih lagi penuh atas meja aku. Peninggalan sebelum cuti raya tempoh hari. Entah bila la bebudak ni nak kutip balik harta-harta mereka ni.

Aku duduk di birai katil Terjenguk-jenguk bilik yang aku tinggal seminggu yang lepas. Takut-takut ada berlaku pecah bilik. Macam bilik kawan aku yang kehilangan cakera keras komputernya. Ok, semua ada.

Pukul 9pagi masih lagi awal untuk roommate aku bangun tidur. Lepas letak barang sesuka hati, aku buka bekas plastik yang emak aku bekalkan malam tadi. Bee Hoon goreng. Makan lebih kurang seorang diri. Aku toleh pula pada kotak kertas A4 Double A yang emak aku bekalkan. Banyaknya kerepek dan kueh raya yang emak aku bekalkan. Jajan-jajan penambah lemak hasil dari hamper-hamper yang bapa aku terima, turut disumbatkan dalam kotak. Siapa nak habiskan semua ini?

Aku sebenarnya cuba menyesuaikan diri selepas bulan ramadhan di kampus ini. Rasanya macam sekejap sangat puasa di sini berlalu. Lepas ini nak kena kemas bilik pula. Mana la tahu ada kawan-kawan kolej lain nak datang beraya di bilik aku. Ala-ala rumah terbuka gitu...

Malas la nak pergi kelas esok! Huh!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku