Wednesday, October 01, 2008

SIAPA YANG KAYA PADA HARI RAYA?

Maybe tak semua orang (yang jadi kaya pada musim raya ini) tetapi sepanjang pemerhatian aku di kawasan kampung aku (di Pontian), inilah yang berlaku. Aku pada mulanya pun tak nak percaya, tapi adik-adik aku (sebab aku tak tahu nak tanya siapa lagi) pun setuju dengan pandangan aku (bukan sebab takut tak dapat duit raya dari aku).

Tauke Kedai Ais
Macam tahun-tahun lepas, 1 Syawal amat terik sekali. Berlainan pada tahun ini sebab sepanjang malam raya sampai la ke pagi raya, hujan la pula. Tapi ais tetap popular sebab mungkin orang penat berjalan dan *seret makan biskut raya banyak sangat, mereka lebih gemar minum air sejuk yang seger. Lagi pun, yang datang beraya ni biasa budak-budak je banyak. Mana dorang suka minum air panas.

Tauke Kedai Bunga
Yang ini cukup popular. Asal malam raya je, confirm penuh orang yang kedai bunga Jalan Taib. Samada beli bunga untuk ditaburkan atas pusara atau untuk dijadikan perhiasan meja pada pagi raya. Ye-lah, kedai bunga tak banyak. Yang sikit tu la yang jadi tumpuan ramai.

Tauke Kedai Gambar.
Yang ini cukup suka bila tiba pagi raya. Lepas sembahyang raya, sebelum orang ramai memulakan lawatan untuk menziarahi sedara mara, mereka yang kebiasaannya sekeluarga ini akan singgah di kedai gambar untuk buat potret keluarga. Kalau kat Pontian ni, cuma 2 kedai je yang popular sebab tepi jalan besar. Senang orang nak singgah. Nama kedai tu Kedai Gambar Orient. Kedai ni memang dah otai sebab bapak aku kata kedai ni memang wujud sejak dia sekolah rendah lagi (kira-kira 40 tahun lepas).

Tauke Kedai Sarapan
Masuk je pagi 2 Syawal, orang dah muak nak makan lauk raya macam rendang, sambal goreng dan lodeh. Jadinya, satu kampung pakat nak sarapan kat luar. Ada satu kedai makan ni kat Kayu Ara Pasong. Memang dorang buka masa raya kedua dan seterusnya. Dan tukang-tukang tebar roti canai semuanya adik beradik dorang juga. Aktiviti hari raya dorang ialah jual sarapan pagi. memang ramai orang. Bayang-lah kalau dah ada 3 penebar roti canai dan setiap penebar roti ada 6 orang yang beratur dan setiap orang order untuk 20 keping roti canai?

*seret - tercekik

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku