Monday, August 30, 2010

KATA ATOK DI BAZAAR PARIT MASJID ADA AYAM PUSING

Semalam aku balik kampung di Pontian. Saja mahu jenguk atok. Entah apa yang dia buka hari minggu macam ini. Biasanya, cucu kesayangannya akan pulang pada hari ahad untuk masak lauk kegemaran atok. Kadang-kadang anak atok yang cikgu pun ada balik hujung minggu untuk kemas rumah atok. Tapi minggu ini, emak pula yang tergerak nak bawa atok ke bazaar Ramadhan di Pontian.

Sesampai di rumah atok, dia dah bersedia dengan pakaian yang terbaik.

"Nak ke Bakek, kena la hensem-hensem..." kata atok.

Dalam perjalanan, atok tak habis-habis bercerita tentang menu yang aku belum pernah dengar tapi mungkin hanya ada di Pontian aja; Ayam Pusing.

Mula-mula atok cakap dia nak ke bazaar Parit Masjid.

"Ayam Pusing dia sedappp." Kata atok.

Tapi emak tak nak ke situ bila melihat gerai jualan berada di tepi jalan besar saja.

"Makanan dah masuk habuk. Kita pergi bazaar kat dataran sebelah masjid kat bandar tu je la pakk..." Pujuk emak.

"Embohh.... Ikut suka la. Tapi kat sana pun ada ayam pusing..." Kata atok.

Sekali lagi aku dengar atok cakap ayam pusing, terus tergambar macam-macam lauk ayam yang pernah aku tengok di channel AFC tapi langsung tiada satu pun yang boleh digambarkan dengan Ayam Pusing.


*******************


"Haaa... Ni ha ayam pusing...." Kata atok.

Aku pandang ayam itu macam nak nangis. Entah mana atok dapat idea nak re-branding lauk tu pun aku tak tahu.

"Nak berapa kak?"

"Kasi 2 ekor. Belah 4."

"AYAM GOLEK! AYAM GOLEK! AYAM GOLEK!"

Friday, August 27, 2010

MIMPI - SUATU PAGI RAYA TAHUN 2060

Semalam aku bermimpi. Kes banyak sangat tengok drama dan movie raya. Cilakak.


*******************


Kedengaran takbir raya nyanyian kaset. Beraya di kampung dan bandar sama sahaja zaman itu. Sesak dan makan asap.

Aku melontarkan pandangan kosong ke luar tingkap. Jalanraya masih diasak-asak oleh kenderaan. Walaupun kerajaan sudah mewajibkan semua kenderaan menggunakan NGV bagi mengurangkan kadar indeks asap kenderaan, namun jalanraya masih lagi sesak.

"Entah bila Malaysia boleh ada kereta terbang macam Amarika." Ujar aku dalam hati.

Hi-Fi saiz bagak masih lagi mengalunkan lagu-lagu raya malar hijau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Walaupun zaman itu sudah ada lagu raya terkini berentak Punk Rock dan Electro-Pop, namun yang malar hijau juga sedap menjadi halwa telinga.

"Mok, kau sudah-sudah la tengok tingkap tu." Tegur Amin, "Meh, makan burasak yang aku masak ni."

"Kau makan dulu la, Min. Aku tak lapar lagi. Aku tunggu anak-anak aku ni."

Amin cuma geleng-gelengkan kepala sahaja. Tahun ini dah masuk tahun ke 10 aku berkelakuan begitu. Amin yang selama ini mungkin dah masak dengan perangai aku. Tiap kali pagi raya, aku masih lagi mengharap kehadiran anak-anak aku.

"Mok, meh makan meh. Lepas makan, kita pergi jumpa Doktor Zai. Ubat kau dah habis tu." Pesan Amin.

"Kau makan dulu la, Min. Aku takde selera. Nak tunggu anak-anak aku." Aku jawap lagi.

"Mok, nyanyuk kau dah datang tu. Kahwin pun kau tak pernah, macam mana nak ada anak? Dah meh makan meh." Pujuk Amin lagi.

Aku akur. Aku duduk makan burasak dengan asam pedas ikan parang. Bila nyanyuk aku hilang, baru aku ingat. Dah tahun 2060, tapi aku tak kahwin lagi!


***************


Aku bingkas bangun. Basuh muka. Sahur dan buka facebook. Try-out cari awek dalam facebook. Cilakak. Ngeri siot mimpi!

Baca lain-lain versi 2060 :
1) 2060 - Pipiyapong (Original)
2) Hujung Nyawa - Toqreemaow
3) Pasca Apokalips - Sinaganaga
4) Back To The Future 4 - Jimbo Tiram
5) 2060 - Pdaus Ahmad
6) 2060 - Paiseh

Thursday, August 26, 2010

SUATU KETIKA - MAKAN HOTEL


Dulu hidup kami tidaklah susah melarat tapi tidaklah senang lenang. Hidup kami biasa-biasa sahaja. Ayah dan emak pun kerja biasa-biasa sahaja. Dengan berkat kerja biasa-biasa itulah yang menyara kami adik beradik sehingga jadi saiz tak masuk akal ini.

Emak merupakan penjawat awam yang bergaji rendah dan bagi menampung perbelanjaan seharian kami, emak buat kerja ambil upah jahit baju. Dan seperti tahun-tahun yang lepas, untuk persiapan hari raya tahun itu, emak akan gunakan simpanannya untuk kegunaan kami sekeluarga. Dari persiapan langsir raya, baju raya kami adik beradik hinggalah ke kuih raya.

Ayah pula kerja makan gaji. Tidak ada kerja sampingan. Mujur ada overtime. Jadinya, tiap malam menjelang ramadhan tahun itu, ayah rajin bukan main. Tiap-tiap hari balik lambat.

Tapi dengan gaji taraf biasa-biasa dan kerja overtime itu, ayah mahu membawa keluarganya ke satu level lain dalam komuniti. Ayah tak mahu kami adik beradik jadi manusia yang outdated. Yang kolot. Yang tak tahu dunia luar. Kalau boleh, apa yang keluarga lain ada dan buat, ayah mahu keluarganya dapat juga. Jadinya, pada bulan puasa tahun itu, ayah buat sesuatu yang kami tidak akan lupa sehingga kini. Dan ia merupakan bulan puasa paling bermakna bagi kami sekeluarga.

Tahun itu, ayah dapat bonus raya dari majikannya. Yang dia terima sebelum bulan puasa lagi. Kami tak tahu apa rancangan ayah. Ayah kata, "Ikut ajeeee." Makanya, kami pun ikut ajeeeeee.

Ayah bawa kami ke salah satu bangunan yang dulunya pernah di bawah seliaannya, Hotel Puteri Pan Pasific (kini dikenali sebagai Hotel Puteri Pasific). Kata ayah, dia dapat diskaun buka puasa di situ sebab pengurus hotel itu kawan ayah. RM60++. Waktu itu, dengan harga begitu, sangat besar nilainya.

Hari itu merupakan hari pertama kami adik beradik buka puasa di hotel secara orang kata "buffet". Rambang mata sebab sebelum ini kami hanya disajikan dengan 2,3 jenis lauk sahaja untuk hidangan berbuka. Tapi hari itu selera kami disajikan lebih dari 30 jenis lauk dan lebih 20 jenis makanan entah apa-apa ntah.

Itu menjadi titik tolak kami adik beradik mula berbuka puasa secara buffet di hotel. Dan mulai tahun itu ke tahun berikutnya, ayah jadikan aktiviti berbuka di hotel sebagai aktiviti tahunan keluarga kami setiap kali aku atau adik beradik lain pulang bercuti (dari asrama sekolah).

Tapi tahun kebelakangan ini, ayah tidak lagi perlu keluarkan duit poket sendiri untuk aktiviti tahunan kami ini. Sejak ayah kerja dengan syarikat developer, banyak kontraktor yang belanja buka di hotel. Kadang-kadang, hingga 5,6 jemputan dalam sebulan. Sampai kami naik jemu. Lauk buka zaman sekarang dah makin mengarut tetapi terkenangkan undangan orang, kami pergi saja. Nothing to lose.


********************


Pada tiap akhir Ramadhan, aku akan mula terfikir. Mampukah aku lakukan seperti mana yang ayah lakukan untuk keluarga? Berjimat untuk memastikan keluarga dapat macam keluarga lain dapat?

Wednesday, August 25, 2010

KENANGAN RAMADHAN - CERITA TIGA

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA TIGA
Circa 2007 - Kampus Utara

Bulan Ramadhan tahun itu bagi aku tak berapa power sangat sebab aku sekali lagi kena berpuasa di perantauan. Di dunia baru bagi aku. Dengan kejanggalan pada cara masakan orang sini, aku cuba membiasakan tekak aku untuk menerima keadaan ini.

Ya, tahun itu aku berkawan dengan seorang student dari Johor. Bercakap pun ala-ala orang Johor. Style kentut bersepah pun macam aku. Aku tengok kami dah ada keserasian di situ. Lagi satu sebab aku berkawan dengan dia, sebab dia ada motor. Senang aku nak ke mall ke pekan ke naslem Kg.Darat ke.

Ada satu malam di bulan Ramadhan, dia, aku dan Wan (rumet aku) dah rancang nak sahur sedap-sedap sikit memandangkan esok tiada kuliah, boleh bangun lambat. Sedap-sedap di sini tak bermaksud nak makan Siakap 3 Rasa dan Kangkung Goreng Belacan. Bagi kami, setakat beli lauk kari ayam, sayur goreng, paru sambal dan tempe goreng pun dah kira ok dah. Beli kat Kafe Muamalat. Plan malam itu tak nak tidur. Tidur lepas subuh je.

So, malam itu kami layan movie-movie yang kami kutip dari kawan-kawan. Aku dengan Wan di bilik kami. Dia di bilik dia.

"Pukul 4am aku roger kau." Aku pesan pada dia.


**********************


"Eh, mana budak ni?" Tanya aku pada Wan, "Call tak berangkat."

"Kau pergi bilik dia la."

"Ok, aku pergi beli lauk dengan dia. Kau masak nasi deh.."

Aku berangkat ke bilik dia. Ketuk punya ketuk punya ketuk, dia buka pintu. Aku pelik tengok mata dia yang kebasahan. Nak kata putus cinta, tak juga sebab dia bukan ada makwe pun.

"Kau aphal ni?" Tanya aku, "Aku call tak angkat."

"Takde benda. Jom pegi beli makan." Kata dia sambil tarik aku. Macam tak bagi masuk bilik dia.

Aku tak puas hati. Marah aku sebab dia call dekat 10 kali dari tadi tak berjawap. Aku masuk dalam bilik dia dan seketika kemudian aku gelak kuat-kuat.

"Woi, apa jadah tengok cite My Girl boleh nangis weh!" Jerit aku, "Pagi-pagi buta plak tu."


***************


Pagi itu, kami bersahur dengan lauk yang sedap-sedap dan kami sedap-sedap gelakkan dia sebab feeling sangat tengok cerita drama Korea. Masa ini, drama korea memang "in". Mamat-mamat ragbi pun tengok. Tapi jenis tengok malam-malam sikit la. Takut kena kutuk geng lain.

Tuesday, August 24, 2010

MACAM MANA KALAU AKU JADI BEGINI, KAMU MAHU JADI KAWAN AKU LAGI?

Aku berbaring tenang di atas tilam empuk hospital. Kau fikir sendiri la empuk mana tilam di hospital tu. Mulut aku masih lagi dilekatkan topeng oksigen. Emak yang dari malam semalam menjaga aku sedang mengemaskan barang-barang. Kejap lagi ayah pula yang ambil tempat untuk menjaga aku.

Aku menoleh ke arah tingkap. Cahaya matahari pagi itu menyegarkan aku. Kata cikgu, matahari pagi membekalkan vitamin D. Bab-bab vitamin aku tak risau sangat sebab doktor sudah bekalkan aku dengan segala macam jenis vitamin untuk aku makan setiap hari. Cuma vitamin original ini sahaja yang benar-benar segar. Yang lain tu rasa pahit.

Tiang IV drop sebelah aku ini merupakan kawan aku sejak dimasukkan ke bilik ini. Kadang-kadang bila semua orang sedang sibuk dan aku memerlukan kawan untuk berborak, aku borak dengan tiang IV drop ni. Aku namakan dia Yank sebab dia kurus macam tiang.

Hari ini merupakan hari ke-68 aku duduk hospital. Doktor cakap kondisi aku semakin baik. Bulan lepas pun doktor cakap macam itu. 2 bulan lepas pun sama. Tapi aku masih lagi duduk dalam hospital. Meneruskan rawatan untuk sakit yang doktor cakap kondisi aku semakin baik.

Kalau dulu orang kenali aku dengan sebagai orang yang gemuk, sekarang tidak lagi. Muka aku dah mula mencengkung. Perut aku dah mengempis. Dan mula menampakkan tulang temulang yang dulunya gagah diselaputi lelemak. Selera makan pun dah kurang. Cuma sesekali berselera bila emak bawakan aku lauk kegemaran aku, Terung masak taucu. Emak bawa senyap-senyap sebab doktor larang aku makan taucu. Tapi emak kasihan aku yang tiada selera makan makanan hospital.

Dalam usia aku 46 tahun ini, sepatutnya aku sudah punya keluarga sendiri. Anak-anak tolong aku yang sakit. Tapi entah mana silapnya. Aku redha terima takdir Ilahi ini. Mungkin ada hikmahnya. Cuma mengharapkan keluarga terdekat dan kawan-kawan untuk menziarahi aku sahaja.


**************


Tiap malam aku akan mula berfikir. Kalau betul aku sakit kuat (kalau nak dramatik sikit, aku pilih sakit ketumbuhan dalam otak) yang memungkinkan aku meninggalkan dunia siber dan dunia sosial aku sekarang, apakah ada kawan-kawan yang datang melawatkan aku seperti kami berborak dahulu? Kecuali Faiz Ateman yang sentiasa berdiri tegang di belakang aku.

Damn, nak tak nak, aku kena cepat-cepat cari jodoh ni.

Thursday, August 19, 2010

CINTA TWILIGHT - SEBUAH CERKAS SERAM ROMANTIK UNTUK DIUJIBAKAT #1

Malam itu tenang. Haiwan-haiwan yang lainnya bagai disuntik aneastatik. Senyap dan sepi. Cuma yang kedengaran degup kencang 2 jantung manusia. Mereka berlari menempuhi malam hanya berpandukan cahaya bulan mengambang. Bunyi anjing yang bersahutan semakin menakutkan. Namun susuk lembaga tadi lebih menakutkan dari mana-mana bunyi sahutan anjing.

"Lari laju lagi Bella. Jangan risau, u follow i aje." Edward pesan kepada Bella dalam keadaan tercungap-cungap.

Bella yang kepenatan tidak membalas apa-apa. Mengangguk pun tidak. Geleng pun tidak. Hanya ikutkan sahaja kata Edward. Ini bukan masa yang sesuai untuk berbalah, "I penat tau tak? Boleh slow sikit tak?". Dia bagai askar yang menurut perintah Jeneralnya sahaja.

Setelah agak jauh dari lokasi lembaga tadi, barulah Edward memperlahankan larian. Tercungap-cungap hirup oksigen. Dia pandang Bella yang juga tercungap-cungap minta nafas. Edward menyeluk bag sandangnya dan mengeluarkan se-tin 100 Plus. Dihulurkannya kepada Bella. Bella menggeleng. Di waktu ini, komunikasi verbal sangat minima. Mulut hanya berfungsi untuk menyedut udara sepuas-puasnya.

"U ambil la ni," Kata Edward sambil menghulurkan beg sandangnya kepada Bella, "Minum la air apa-apa yang u nak."

"Air True Blood ada?" Tiba-tiba Bella bersuara. Dalam butir dengar tak dengar.

Edward menggeleng sahaja. Malas mahu layan sangat jika Bella minta yang merapu. Selepas meneguk titis terakhir dari tin 100 Plus, baru Edward tersedar, "True Blood?"

Masa itu sudah terlambat, 2 gigi taring Bella sudah bersedia untuk dibenam di tengkuk Edward. Dengan rakus Bella menghisap darah sehingga tubuh menjadi kering seperti mumia. Waktu itu, jika Edward mahu bangkit sebagai vampire sekalipun, rupanya pasti lebih seram dari hantu.

"Padan muka. Siapa suruh paksa i lari jauh-jauh. Kan i dah penat. Bila penat, i nak minum darah." Bebel Bella pada mayat Edward yang kering kontang itu.

HIJAB - SEBUAH CERKAS SERAM UNTUK UJIBAKAT

Busu kasihan melihatkan si Karem. Sejak dia pulang dari kerja luar daerah ke Kuala Pilah minggu lepas, hidupnya menjadi tidak terurus. Katanya dia nampak bayangan ibu dan bapanya setiap saat, minit dan jam. Seingat Busu, ibu bapa Karem dah lama meninggal dunia. Gangguan itu menyebabkan Karem terpaksa berhenti kerja kerana gangguan ini menyukarkan dia bekerja. Lebih baik berhenti katanya.

Busu selaku kawan serumah semakin risau. Hati kawan mana yang sanggup kawannya terkurung dalam bilik tanpa makan dan minum. Cukup sekali sekala sahaja dia ke dapur. Itu pun pada waktu malam. Gangguan kurang waktu-waktu begitu, katanya.

Busu teringatkan Ustaz Muaz yang tinggal di Ampang. Dulu, waktu adik Busu, si Minah terkena buatan orang, Ustaz Muaz la tolong pulihkan. Setelah menghubungi Ustaz Muaz dan menetapkan waktu yang sesuai, Busu menyediakan bahan-bahan yang Ustaz Muaz minta.

Pada malam Jumaat minggu itu, Busu datang membawa Karem.

"Karem ni kata dia boleh nampak makhluk halus, Ustaz. Saya rasa hijab dia dengan dunia satu lagi dah terbuka. Boleh Ustaz tolong apa-apa?" Kata Busu memulakan bicara memandang Karem yang masih membungkam. Diam sahaja.

"Ermm... Ustaz tolong apa yang berdaya la ya. Insya-allah dengan izin-Nya, masalah ini dapat selesai." Jawap Ustaz Muaz lembut tetapi matanya seperti tertancap pada Karem. Bagai ada sesuatu yang mengganggu fikiran Ustaz Muaz.

Busu dah mengagak, memang ada sesuatu yang tak kena pada Karem. Memang tak salah dia bawa Karem berubat dengan Ustaz Muaz. Biar Ustaz Muaz membuang segala bahana yang mengganggu Karem.

Busu mengeluarkan sebotol 1.5L air mineral dan sekotak kismis minda dari plastik beg. Diletakkannya di hadapan Ustaz Muaz.

"Sekarang, kamu tutup mata dan ikut bacaan saya. Lepas itu, baca ayat Qursi 3 kali dan surah Al-Fatihah, boleh?"

"Eh, kawan saya ni ha yang sakit Ustaz. Bukan saya." Jawap Busu menunjuk ke arah Karem.

Ustaz Muaz tersenyum dan menjawap, "Takpe, kamu pun buat, Karem pun buat. Kita sama-sama doa. Insya-Allah diberkati."

Cara Ustaz Muaz bagai menarik rambut dalam tepung. Ada agenda sendiri yang Busu sendiri tak tahu. Tapi dia ikutkan saja.

10 minit berlalu. Selesai berdoakan dan ikut semua arahan Ustaz Muaz, Busu membuka matanya. Tapi yang ada cuma Ustaz Muaz sahaja. Karem entah ke mana. Mungkin ke tandas barangkali.

"Kita dah selesai ke Ustaz?" Tanya Busu, "Karem pergi mana ni Ustaz?"

Ustaz Muaz tersenyum kelat. Wajahnya tertulis 1001 rasa bersalah.

"Ada lagi di sini" jawap Ustaz Muaz lembut, "Cuma kamu dah tak nampak dia lagi. Ustaz dah tutup hijab kamu. Kamu minum air dan kismis ini. Baca selawat 3 kali."



Tiba-tiba hati Busu bagai direntap. Tersentap. Menggigil. Sejuk tiba-tiba. Semangat hilang bagai disedut lubang hitam!


**********


Keesokkan harinya, Busu ambil MC. Dia mahu berehat sahaja di rumah selepas peristiwa malam semalam. Apa yang terjadi semalam benar-benar menggetarkan hatinya. Lemah semangatnya. Sambil menghirup segelas air mineral dan 7 biji kismis yang Ustaz Muaz bekalkan semalam, dia duduk di kerusi malas dan membawa akhbar hari itu. Muka depan akhbar yang mengejutkan ramai pihak terutamanya Busu.


"MAYAT LELAKI DALAM GAUNG DI BUKIT PUTUS"
Seorang mayat lelaki dipercayai terlibat dalam kemalangan dijumpai di KM5 Jalan Senawang - Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus semalam. Mangsa, Karem Bin Jabar, 26, dipercayai terlibat dalam kemalangan minggu lepas tetapi hanya ditemui apabila sekumpulan orang asli yang berburu di kawasan sekitar itu........."


TAMAT.

Bazinga!

Tuesday, August 17, 2010

KENANGAN RAMADHAN - CERITA DUA

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA DUA
Circa 2000 - Segamat

Oleh kerana jadual peperiksaan SPM kelas aliran sastera dan aliran sains berbeza, kami, pelajar aliran sastera mempunyai waktu senggang yang agak panjang sebelum kertas terakhir bermula yang mana kertas terakhir itu merupakan kertas terakhir untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun itu di sekolah kami.

Aku, selaku pelajar aliran sastera mengambil peluang ini untuk pulang ke rumah untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga tercinta.

Apabila pulang semula ke Segamat, aku mendapati ada beberapa rakan sekelas yang sama-sama pulang dan bertemu di Fajar, satu pasaraya yang agak wow suatu ketika dahulu. Kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di benteng depan Upwell. Pada mulanya, kami mahu beli bungkus dan makan di asrama. Tetapi selepas mendengar kata-kata Pidy, salah seorang pelajar yang pakar dalam aktiviti "Masuk-Asrama-Lambat-Tapi-Tak-Pernah-Kantoi"

"Ala, Jaga Omar tak jaga malam rabu (malam berkenaan) la. Pukul 8.00pm kita masuk je lalu pintu depan. Pengetua dengan GPK HEM pun mesti dah balik kampung."

Petah sekali Pidi berkata-kata sampai kami semua percaya. Langsung lupa perihal plan B atau C. Semua stick to plan A. Memang sure habis la pada plan si Pidi ni. Lalu dengan perasaan gembira, kami masuk ke Upwell dan bermain game token.

*************

"Weh, kenapa baju kau kotor ni Win?"

Aku sengih-sengih. Zahri pun sengih-sengih. Pidi masih lagi lap peluh. Budak-budak lain yang dah lepas awal semua dah masuk dorm tukar baju. Belengas barangkali.

Agak-agak jauh dari pendengaran rakan-rakan lain, aku sound Pidi.

"Bangsat lu Pidi. Kata Jaga Omar tak jaga malam ni. Tak pasal-pasal aku kena jadi komando malam ni. Nasib baik lubang pagar belakang tu besar. Kalau tak?"

Aku bebel sampai puas. Pidi cuma gelak dan gelak dan gelak.


KENANGAN RAMADHAN - CERITA SATU

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA SATU
Circa 2004 - Port Dickson

Petang itu macam biasa, beli juadah berbuka secara berjemaah dengan budak rumah sewa. Seorang naik sebiji motor. Sampai di gerai, masing-masing pilih lauk masing-masing. Yang untuk berbuka dan bersahur. Bakul motor aku antara yang penuh. Yang lain-lain balik rumah untuk masak nasi dan aku ke Shell sebelah hospital untuk isi minyak. Selesai isi dan mencilok sepeket kurma, aku balik. Tiba di bulatan 100 meter dari Shell, sedang aku khayal menikmati permandangan petang, tanpa disangka jalan yang licin membuatkan motor aku menggelupur hilang kawalan dan menyebabkan nasi, ayam, sayur, tongkeng, rangka ayam, kueh-mueh dan mee goreng bertaburan atas jalan. Macam ada orang bagi ayam makan atas jalan tar. Dengan penuh gaya rugged (sebab tak kena langgar kereta belakang) aku kutip air soya dan sepeket kurma Shell yang tak sempat orang langgar. Angkat motor, terus balik rumah.

************

Aku bersyukur sebab seluar kegemaran aku tak koyak. Berbuka soya dan kurma Shell cukup untuk mengubati luka hati dan lutut. Nasib baik budak rumah aku penyayang.

"Nah, kau makan kuih aku ni. Lain kali, kalau aku accident, kau bagi aku makan kuih kau pulak"

Aku sebak. Depa? Gelak.

Friday, August 13, 2010

PENGALAMAN SAYA DENGAN ROOM-MATE, PADA SATU HARI DI BULAN RAMADHAN TAHUN ITU

Satu hari di bulan Ramadhan di Kampus Utara.

Kuliah berjalan seperti biasa. Hari itu tiada kuliah yang tamat awal atau yang batal. Pensyarah kebanyakkannya, mahu menamatkan silibus sebelum menjelang cuti raya kerana seperti tahun-tahun berikutnya, selepas cuti raya, pasti ramai pelajar yang lajak cuti sampai seminggu.

Entah kenapa, hari itu aku penat yang luar biasa. Melangkah longlai ber-rebut menaiki bas kitaran kampus. Aku hairan, bulan puasa pun budak-budak ni ada tenaga nak ber-rebut naik bas.

Tiba di bilik, rumet aku belum balik. Usai bersalin kain pelekat (sebab cuaca petang itu agak panas. Makanya, berkain pelekat adalah pakaian yang sesuai), baru Wan sampai bilik. Muka penat bukan main. Macam muka aku (bila aku lihat cermin di toilet tadi).

"Kita tidur dulu la met. Dalam pukul 5.30 nanti kita bangun beli lauk. Amacam?" Tanya aku.

Wan mengangguk sahaja. Tak menjawap sangat. Letih betul.

Dan petang itu, kami tidur dengan lena sambil buka kipas kuasa penuh.


*************


"Nasi tak masak lagi eh?" tanya aku.

"Kejap lagi kot." jawap Wan

Aku masih lagi mengunyah tamar Yusof Tayyub. Sesekali meneguk air suam bagi menghilangkan sisa-sia tamar di celahan gigi. Aku lihat jam. 8.00pm. Lauk ikan keli goreng masih lagi dalam plastik. Maggi perasa kari dah mula kembang. Sengaja aku kurangkan kuah supaya rasa kari pekat sikit. Senang nak buat kuah nasi nanti.

Tiba-tiba,

"Woi, baru nak buka!" Jerit Daus sambil buka pintu bilik aku.

"Kau la cilakak tak kejut" Jerit Wan pula. Sambil gelak-gelak.

Kami semua gelak-gelak. Gelak sakan. Mengenang nasib masing-masing. Gelak-gelak lagi.

Malam itu, sebelum tarawikh, baru aku, Wan dan Daus mula berbuka puasa makan nasi. Nasib baik Daus terjaga pukul 7.15pm, sempat juga beli ikan keli goreng.

Aku dengan Wan?

Hanyut. Laukkan maggi je la. Dengan kicap cap kipas udang.

RINDU RAMADHAN LALU.

Dalam bulan Ramadhan ini, biasanya, di Malaysia akan berlaku satu kemeriahan yang aku jangkakan kemeriahkan yang paling meriah sepanjang tahun. Kemeriahan penjualan juadah berbuka di Bazaar sekitar anda. Manusia akan tiba-tiba handal membuat air soya, buat murtabak, ayam golek, kuih-muih dan macam-macam lagi yang kita jarang jumpa masa bulan-bulan islam yang lain.

Time inilah kita mengidam itu, kita beli. Kita mengidam ini, kita beli. Mudah. Tak payah nak mengidam apa-apa. Hatta, kalau mengidam nak makan kambing golek juga senang diperolehi!

Tapi dalam bulan Ramadhan ini, aku mengidam sesuatu yang aku agak tiada di jual di mana-mana bazaar di sekitar anda. Mengidam kenangan berbuka puasa bersama kawan-kawan NTMTTS di SeMeKAS dulu. Di dewan makan. Makan guna tray besi.

Lebih-lebih lagi, masa aku menduduki SPM Y2K.

Alahai!

Juga berbuka puasa semasa zaman study di Kampus Utara. Juadahnya biasa-biasa sahaja. Tapi kemeriahan berbuka dengan kawan-kawan memang sesuatu yang lain.

Entah kenapa aku lebih rindu untuk berbuka dengan kawan-kawan macam dulu, berbanding dengan berbuka dengan keluarga.

Entah la.

Thursday, August 12, 2010

PENGALAMAN YANG TIDAK DISANGKA DI MALAM PERTAMA TARAWIKH.

Tarawikh malam pertama memang tarawikh paling semangat antara 30 malam bertarawikh. Sebab malam itu malam pembukaan ke bulan Ramadhan. Ke bulan berpuasa di siang hari.

Malam itu aku berpakaian orang Arab. Jubah arab yang ayah beli masa mengerjakan umrah dulu. Kopiah pun sama. Cuma aku pakai kain pelikat bagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan. Dan berselipar croc hitam-merah yang aku beli 3 minggu lepas di pasar karat JB. Aku beli selipar croc sebab nak nampak yang aku ini mengikut aliran fesyen semasa.

Bukan main seronok aku Tarawikh malam itu. Tahun lepas, semangat aku ke "laut". Duduk rumah bujang, tiada siapa yang memaksa atau bising. Lepas buka, terbongkang depan TV. Tapi tahun ini, duduk di rumah, Alhamdulillah, aku berubah sikit-sikit.

Macam biasa, malam pertama merupakan malam yang paling ramai jemaah berbanding malam pertama perkahwinan yang hanya mempunyai 2 jemaah. Ini memang sudah di duga lalu pakcik noja buka ruang sembahyang baru untuk kaum wanita. Anak-anak riang lari ke sana sini tanpa menghiraukan suara mereka yang nyaring dan bising sedikit sebanyak membangkitkan rasa marah aku. Budak-budak....

Waktu nak balik selepas selesai tarawikh, sesuatu yang tidak pernah terlitas di fikiran aku berlaku.


**************


Tatkala tapak kaki aku yang bertelanjangan dan kesejukkan mencecah lantai parkir di rumah, aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan ke solat tarawikh hari-hari dan mencari selipar croc hitam-merah aku yang dirembat orang!

Hargh!



P/S : SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA.

Monday, August 09, 2010

PENGALAMAN PERTAMA SAYA KE MASKARA

Ini adalah acara seni indie yang pertama kali aku sertai. Entah kenapa aku begitu semangat luar biasa sekali untuk menghadiri event ini. Berbagpacking dari JB berbekalkan semangat kental sebab masih tiada idea untuk mencari tempat tidur malam itu. Hahaha.

Terima kasih kepada Rohaizal Rosli dan bakal tunangnya, Afaf Abdullah sebab menghantar aku ke Rumah PENA walaupun dah terlambat nak masuk kerja. Dan sorry sebab kacau mereka dating petang itu.

Sampai di rumah PENA, disambut oleh abang Sinaganaga. Oleh kerana aku ada masa 1 jam lagi sebelum majlis bermula, aku lepak di bahagian atas rumah PENA. Sempat juga tanya pada abang Mat Jan lokasi surau. Saja nak jadi peramah walaupun dah tau surau kat atas. Masuk waktu maghrib, ingatkan dapat berimamkan abang Toqreemauw tapi tak dapat. Brader baju Dewangga Sakti yang jadi imam. Lepas itu, aku beli buku CERKAS dengan abang OP. Kemudian cari seat. Abang Dean Sham dengan abang Vovinski suruh duduk depan atas lantai tapi haram aku tak pergi. Lutut tak kuat nak duduk bersila lama-lama la bang.

Abang Pipiyapong lalu lalang depan aku buat muka sipu-sipu malu. Lain benar akhlak dalam blog dengan akhlak sebenarnya mamat ni.

Ok, aku nak try beri pandangan filem-filem yang ditayangkan malam ini.

1. KIAMU
Aku suka filem ini sebab ia mencuit kenangan sewaktu aku bersekolah asrama dulu. Memang sebijik. Senior memang suka cari pasal kalau nak pukul orang. Kalau dalam filem ini, kes tak tutup lampu dorm. Kalau time aku sekolah dulu, tak bagi salam pada senior. Malam tu, kena bantai. Cara penceritaan juga aku suka. Macam style Afdlin Shauki dalam filem BULI.

2. LAWAN
Aku suka filem ini sebab filem ini lawak semestinya. Gaduh sesama peniaga berger. Memang lawak. Setiap orang itu mengambil kesempatan atas kelemahan lawannya. Mencuri pelanggan itu part yang kelakar. Masing-masing nak tunjuk samseng. Hahaha.

3. SEPI SEORANG ABDILLAH
Aku tak tau apa aura yang ada pada Pipiyapong sehingga Vovinski sanggup buat dokumentari pasal Pipiyapong. Tapi buat peminat-peminat Pipiyapong, filem pendek ini adalah langkah pertama anda untuk mengenali hati budi pemilik blog Hilang Punca ini. Videografi memang style dokumentari. Dari shoot Pipi ambil lauk di kedai mamak hingga masa Pipi check jadual kelas di depan bilik Pensyarah. Terbaik jugak ni.

4. PEMANDU PELENCONG
Gila lawak aku tengok Jimbo Tiram. Menipu pelancong muka sungguh-sungguh.

"Kat sini la Parameswara jumpa Tunku Abdul Rahman. Parameswara punya kancil lawan Tunku punya Anjing."

Kah kah kah kah kah.


5. PETRA BOND
Lagi filem lawak. James Bond yang tak rupa James Bond langsung. Ha ha ha ha. Misi : Hantar Golden Mic. Kah kah kah.

6. IKAN LANGKA
Tak banyak dialog. Tengok je tapi faham jalan cerita. Tak sangka Ribud pandai menyanyi.

7. LOW BUDGET LOVE
Memang the very low budget love. Makan kongsi. Ucapan rembat dari kad ucapan. Tumpang nyanyi dan guna gitar kedai kaset. Pinjam cincin kedai emas. Oh, duit bukan alat untuk menilai kasih sayang oh!

8. SUNRISE
Sebak juga tonton filem ini. Memang haram tak banyak dialog tapi faham juga jalan cerita.

9. HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Kah kah kah kah kah kah kah. Aku memang tersangat-sangat nak tengok filem ini bulan November nanti. Tak sabar nak gelak-gelak sakan. Sesiapa yang tak tengok filem Zombie Kampung Pisang, sila tonton sebelum tonton filem ini.

10. SROQ
Ini lagi satu filem tak masuk akal tetapi kelakar. Kah kah kah. Ada lagu Numa-numa tuuu..... Filem simple. Idea simple tapi aku tak rasa nak buat filem itu senang.

11. 3 HANTU SILAP MATA
Kalau akan datang, ada filem keluar panggung dan cerita pasal tukang magik, itu memang hasil karya Alif. Ha ha ha ha

12. THE COLOUR OF IDEAS
Aku kagum. Macam mana nak buat filem macam ni ek? Walaupun guna bebola warna merah, biru dan kuning, konsep yang nak disampaikan tu aku faham sikit-sikit. Lu boleh buat filem tak guna orang tapi menarik macam ini tak? macam tengok kartun PINGU pun ada.

13. A LA FOLIE
Ini filem superb juga. Ada penglibatan trangender, sorang suka lelaki kaukasian dan sorang guna lelaki asia. Yang aku tau, lelaki akan mempertahankan wanita yang dia sayang, walaupun dah pernah clash :P

14. ENAM LORONG
Cerita di Pasir Gudang. Bunga api. Pak Politik. Makcik-makcik. Pakcik-pakcik.

15. NASI LEMAK RM1.20 YANG MARVELOUS
Ini best. Perempuan yang jual nasi lemak ini memang pandai manipulasi orang tak hensem tapi tergila-gilakan dia. He he he he.

16. FRINGETOWN.
Kisah bounty hunter yang menjadi mangsa. Tiada dialog.

17. MY FATHER AND HIS CELLULOID
Sisi lain dalam filem yang mengetengahan hiburan di estet di mana pekerja am mereka ialah kaum india. Tonton wayang pacak (macam MASKARA).

18. FIGHTING FIT
Maki punya maki punya maki, last-last takut. Sengal. Kah kah kah kah. Aku harap budak-budak PLKN tiada yang ikut idea mamat ini. Ha ha ha ha.

19. THE FOREST SPIRIT
Kalau di komersilkan, ada gaya nak lawan filem Hong Kong.

20. PENUMPANG
Filem ini deep sangat. Aku tak dapat tangkap mesej yang nak disampaikan.

21. MAMAT
Temubual Ajami Hashim dengan abang Mamat Khalid.

Ada lagi 5,6 filem yang aku tak dapat nak tonton sebab dah lewat sangat dan member aku dah tunggu. Tak manis pula kalau kita nak tumpang orang tapi dia tunggu kita, kan?

Anyway, ini pengalaman pertama aku dan aku harap akan datang aku dapat juga hadiri majlis-majlis macam ini.

P/S : Nak tengok HEGEMONI juga sebab dah dekat tapi tak sempat pula.

REVIEW : SANG PEMIMPI


Keterujaan aku bermula selepas menonton filem pertama, Laskar Pelangi. Selepas itu, aku mula beli novel-novel tulisan Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi iaitu, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.

Satu yang membuatkan aku tersihir dengan novel dan filem adaptasi ini; persahabatan unik yang berkongsi cita-cita walaupun dalam kondisi yang paling susah dan mustahil untuk meneruskan cita-cita atau mimpi mereka yang paling tinggi.

Dalam filem adaptasi ini, watak utamanya ialah Ikal, Arai (Sepupu Ikal yang kematian orang tuanya) dan Jimbron (pemuda Islam yang dijaga oleh seorang paderi sahabat orang tuanya).

Kisah persahabatan mereka unik. Ikal dan Arai sentiasa bekerja kuat untuk mengejar cita-cita mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Macam-macam kerja mereka buat. Kerja di pasar ikan, kerja kedai makan. Oleh kerana SMA yang terdekat dengan Gantong berada di Manggar, mereka bersekolah di sana dan berkongsi bilik sewa.

Jimbron, budak gagap yang mula gagap apabila melihat kematian bapanya di depan matanya kerana kecelakaan kebakaran. Sangat obses dengan kuda dan Lashmi. Dia jenis yang ikut-ikut saja. Belajar tak pandai tetapi amat menghargai persahabatan.

Filem ini jujur. Arai yang digelar seniman gila oleh Ikal sanggup melakukan sesuatu yang diluar fikiran Ikal untuk lakukan. Pernah dia sewa seekor kuda untuk Jimbron semata-mata mahu melihat kawannya itu memikat Lashmi. Dan hari itu, Lashmi mula tersenyum kembali.

Arai memang gila. Sanggup dia belajar main gitar dengan Bang Zaitun semata-mata untuk memikat Zakiah Nurmala yang sangat kiut. Arai memang membuka fikiran Ikal untuk menyambung pengajian di Paris.

Jika dalam filem Laskar Pelangi, lagu Bunga Seroja adalah antara lagu lama yang terkenal di Malaysia, tapi dalam filem ini, ada 2 lagu yang biasa kita dengar sampai aku jadi keliru samada lagu-lagu ini memang lagu dari Indonesia atau berasal dari Malaysia? Lagu Rentak 106 (Pak Ketipung) dan Fatwa Pujangga.

Untuk mereka yang sudah lupakan mimpi mereka, patut menonton filem ini. Ini filem tentang harapan, persahabatan dan motivasi pembangunan diri.

9 bintang!

REVIEW : THE LAST AIRBENDER

Aku mula menonton siri animasi Avatar, The Last Airbender semasa aku menuntut di Kampus Utara lagi. Aku mula tertarik dengan kuasa super sumber alam yang diketengahkan dalam animasi ini. Sumber kuasa angin, air, tanah dan api. Masa itu, aku rasa syok kalau dapat kawal sumber alam itu semua. Boleh aku balas balik budak yang suka buli aku.
.
Adaptasi ke layar perak.
Aku mulanya tidak mengharapkan kesempurnaan selepas kekecewaan beberapa siri animasi dan siri permainan video yang diangkat ke layar perak tetapi gagal memenuhi citarasa aku. Tekken, Street Fighter dan Dragonball contohnya. Semua filem itu, aku bagi rating "just so-so" saja. Rating aku sebagai penonton, sebagai pembayar tiket. Aku bukan pengkritik filem.
.
Mula-mula aku kagum dengan kemunculan watak Sokka dan Katara. Outfit mereka memang mirip, dari rambut Sokka tocang belakang, rambut Katara panjang kiri dan kanan, rantai Katara (dalam siri animasi, rantai ini pemberian neneknya, asalnya dari bekas kekasih neneknya dari Northern Water Tribe) hinggalah ke senjata boomerang Sokka. Wow! Kemudian dengan kemunculan Aang dalam ketulan ais besar. Wow! Dan Wow! untuk 10 minit pertama ialah kemunculan Appa, Bison terbang yang aku tak terfikir yang tuan direktor akan munculkan watak ini. Teruja! Teruja Teruja!
.
Kemudian dengan kapal perang Fire Nation yang mengeluarkan asap hitam. Pergh! Kemudian dengan alat luncur layang-layang milik Aang. Dan yang paling tak sangka, tuan direktor masih mengekalkan kata arahan untuk terbangkan Appa, "Yip-yip". Hehehe. Power!
.


Melihat Aang bagai melihat aktor cilik Hong Kong yang terkenal sekitar 1990-an yang banyak membintangi watak ahli shaolin muda, Ashton Chen Xiao Long . Muda dan comel. Muka komersil.
.
Kemudian pada akhir cerita ini, adrenalin menerobos. Kota Northern Water Tribe memang fantastik. Watak guru waterbending (dalam siri animasi, dia inilah kekasih nenek Sokka dan Katara) pun ada, menjadi pengajar kepada Aang dalam memasterkan diri kesemua elemen. Dan Puteri Yue pun ada. Wah, lebih cantik berbanding siri animasi. Dan Wow! @ ekor ikan kap hitam dan putih pun ada. Hahahaha. Teruja! Teruja! Teruja!
.
Aksi Aang menghalau tentera Fire Nation menggunakan ombak tsunami memang Wow! Terbaik. Oh ya, sang naga dalam siri meditasi Aang kalau tak silap aku ialah Avatar terakhir sebelum Aang. Ia wujud dalam bentuk naga untuk membantu Aang. Harap-harap ada sambungan untuk siri Aang belajar earthbending.

Friday, August 06, 2010

TAKTIK DALAM RESUME

Tiap kali kita habis temuduga kerja, kita akan ubah resume kita. Sebab kita goreng lebih dalam resume tu. Cerita macam kita ini best. Dan bila temuduga kerja, bila penemuduga tanya itu dan ini, kita tak dapat jawap. Kaku. Melopong.

Standard la. Nak dapat kerja zaman sekarang, mesti la nak nampak best dalam resume. Padahal...

Ok la, aku nak ubah resume. Tadi penemuduga tanya aku pasal Costing dengan Manufacturing Account , aku blur. Padahal, skrip dalam poket.

Cilakak.

NOTE TO SELF - [1]

Jogging... Jogging... Jogging...

Hujung minggu!

Gila malas kau weh!

Wednesday, August 04, 2010

POWER OF LOVE

Do you ever saw a lovely couple get in fight?

Once, they look like sweetest couple ever live on planet earth. But, if they get in fight, they don't even think about others. Pick a fight in a car, on Facebook, on telephone, lake garden, food court and most bizarre place i ever seen is in the toilet.

Like i said, if they want to, they think planet earth is belong to them. Ikut suka tok nenek depa jek.

But.

When all the madness goes away, they don't remember what the fuck they already done.

But people do remember what they been fight for.

Actually, i print-screen the status (the place where they gaduh-mulut).

Not for humiliate them but to remind me the magical of love.

Yeah!

REVIEW : DIARY OF A WIMPY KID


Setiap dari kita akan mengalami perubahan fasa kehidupan. Dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan mati.

Ok, filem ini bercerita tentang seorang budak yang akan naik tingkatan ke "middle school". Fasa peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah agaknya. Yang mana-mana di fasa ini kita akan dapat lihat mereka akan mencari identiti mereka sendiri.

Greg, melihat kawannya, Rowley sebagai seorang yang tidak hip dan cool kerana masih berfesyen seperti budak sekolah rendah. Pakai seluar slack, naik basikal warna pink, pakai beg sandang sangkut dua, bermain kombat dan permainan video selepas waktu sekolah dan bermacam-macam lagi.

Jadi, Greg cuba ubah Rowley untuk jadi remaja seperti yang Grey fikir remaja. Greg rasa dia bertanggungjawap untuk ubah kawan baiknya itu.

Tapi setiap kali Greg cuba jadi lebih baik (dan lebih remaja) dari Rowley, tiap kali itu Greg akan bernasib malang dan Rowley akan bernasib baik. Beberapa insiden lucu dan tak disangka melibatkan budak yang kononnya telah dewasa di dalam filem ini sedikit sebanyak mencuit nostalgia di awal saya bersekolah menengah dulu.

Mahu seluar tempah ukuran kaki besar, baju t-shirt cop, kasut sekolah pallas jazz, jam besi, minyak rambut tancho, urban legend di sekolah dan macam -macam lagi.

Bagi yang mahu menonton filem yang ringan dan easy-going, tak tekanan dan tak seram, filem ini sesuai untuk ditonton. Cheese touch!

MEREKA SUDAH MULA SAKIT OTAK

Aku rasa berakhir susah bulan overtime aku untuk waktu ini. Dah boleh balik awal. Mungkin di pejabat hanya tinggal 2,3 staf sahaja yang perlu balik lambat untuk siap-siapkan kerja-kerja akhir sebelum semuanya benar-benar berakhir. Ada juga staf yang sudah mula bercuti. Ada juga yang rancang untuk cuti minggu depan.

Petang itu, aku pulang awal.

Sambil menyeret jaket aku di atas lantai (lantai ofis aku berkarpet) dan berpura-pura macam letih sangat-sangat, aku melintasi kubikel-kubikel staf yang belum balik lagi.

"Eh, awalnya dah bawa hadiah?" tegur Staf 1.

"Hadiah?" Tanya aku, "Hadiah apa?"

"Tuuu...." Jawap Staf 1 sambil menjuihkan bibir ke arah jaket yang aku heret.

Aku jadi bingung. Besar betul impak bulan sibuk bulan lepas, makan saraf juga.

"Krismas lama lagi. Kau dah bawa hadiah nak bagi orang." Kata Staf 1 ter"kui-kui" di kubikelnya.

Budak praktikal belakang kubikel cakap, "Ha'ah la, baru perasan!"

Cilakak depa ni. Ada yang aku sumbat dengan jaket aku ni karang. Kau ingat santa klaus. Esok-esok, pulih la kot sakit otak depa ni.

Aku senyum kelat sambil lambai bye-bye double meaning.

Tuesday, August 03, 2010

NAK MASUK INDIE ART, KENA DAFTAR MANA?


Zaman sekarang ini zaman indie art tengah naik.

Indie art ada macam-macam. Aku pun tak tahu makna sebenarnya indie art. Mungkin sejenis art yang pihak TV tak nak ketengahkan dalam intisari rancangan mereka. Sebab tak ada selebriti popular agaknya.

Zaman sekarang semua orang 'into' indie art.

Hujung minggu ini aku nak hadiri majlis art yang agak popular. Dah masuk tahun ketiga diadakan. Kali ini lebih banyak penyertaan luar negara. Dekat tengah-tengah Kolumpo.

Apa dah tak ada indie art scene dekat Johor ke?

Ada, tapi mungkin tak kena dengan fizikal aku kalau nak lompat-lompat hempas kepala. Tapi aku suka indie art yang ini. Kalau mereka buat di Johor, jimat tambang keretapi aku. Dulu, mereka pernah buat sekali tapi masa tak kena. Aku tengah nak ambil skrol ijazah masa itu.

Harap-harap kalau mereka nak buat di Johor, aku tak ada masalah lain yang tak munasabah la hendaknya.

Ok -lah. Aku datang sebab aku tak nak jadi kodi!

HOW MUCH DOES YOUR LIFE WEIGHT?


Quotes from Ryan Bingham in Up In The Air (2009)

How much does your life weight?

Imagine for a second that you're carrying a backpack. I want you to pack it with all the stuff that you have in your life. You start with the little things. The shelves, the drawers, the knickknacks, then you start adding larger stuff. Clothes, tabletop appliances, lamps, your TV.

The backpack should be getting pretty heavy now. You go bigger. Your couch, your car, your home. I want you to stuff it all into that backpack.

Now I want you to fill it with people. Start with casual acquaintances, friends of friends, folks around the office and then you move into the people you trust with your most intimate secrets. Your brothers, your sisters, your children, your parents and finally your husband, your wife, your boyfriend, your girlfriend.

You get them into that backpack, feel the weight of that bag. Make no mistake your relationships are the heaviest components in your life. All those negotiations and arguments and secrets, the compromises. The slower we move the faster we die.

Make no mistake, moving is living. Some animals were meant to carry each other to live symbiotically over a lifetime. Star crossed lovers, monogamous swans. We are not swans. We are sharks.

REVIEW : "MOUTH-WATERING" SALT


Before i watched this movie, i already told my feeling of this movie to some of my friend. I said, this movie is female version of Jason Bourne. Government agent had a hidden agenda that show to audience that she is so bad but at the end, she is innocent.

After i watched this movie, i do think that my thought earlier is really true. Err... Almost at least. This movie is the succulent, mouth-watering version of Jason Bourne. Well-trained secret-agenda agent from Russia been swap with US Agent and wait for Day-X. But in the end, she been planned-release by her enemy-to-be-friend Agent.

Just so-so movie, and hate the ending. If there are no sequel, it's like very sucks movie. Huh! At least give an ending to Salt, not just throw her away at hyperthermia-Lake.

Monday, August 02, 2010

YOU CAN INSPIRED PEOPLE

Don't you ever think that although you feel that you're just normal person, having normal life, socialize with normal friend and living in normal house, you also can admire by others. By somebody that use to close to you. Your friend, class-mate, college-mate, team-mate or it can be anyone.

At some level of your life, you actually inspired somebody around you, even you don't realize it. Maybe you think you just done a little thing but it could give a big impact to others. It may change their thought and life. Who's know?

We not a loser for ever. Sometime we're heroes and give motivation to others. But sometimes, we're just pain in their ass.

Live with it. Do a good sincerely deed even though it is as small as eye could see rather than try to show off with what you can do. People don't see on what you can do, they see on what you have done. You also can be Oprah!

Just note to self.

SUPPER AND FRIEND

Had a big supper with my friends late night. We had the Wak Radol's Satay, some beverage and a big talk. Each of them got stories to tell. And we gained a lot of new knowledge.

There are a kind that i met almost every week.

Last i met him on Friday. We watched SALT together. He is one of The Jantans. An academician at local university. When he talked about journal review, journal publish and all that stuff, i just got stunned! This dude is evolving to another phase of life. Hardly to believe :)

There are a kind that i met one in several week.

Last i met him was at night of Faiz & Famizah wedding. We had a karaoke session at Diva Southern City. He is man of little word. His world is only about lorry, kontena, lorry driver and replace colleague slot.

There are a kind that i met whenever he came back to Malaysia.

Last i met him was during Aidilfitri last year (2009). He is PHD-to-be. Also a academician at local university but in study leave for 3 years. He just arrive from Aussie last 2 days. Heading to Bangkok tomorrow for some academic conference. In order to complete his PHD, he must reading, study, head-breaking and talk a lot.

I love my friend because when we gather and talk about things, there are always a good conversation, no shit-talk, gain knowledge. Although i just listening they talking and know nothing about the topic.

Even they just "cerita kaum" among themselves, it not big deal for me to keep quiet and pick up something from their conversation.

That's what friend mean for, rite?

NOT SO WELL

I'm sick.

The only anecdote i need is holiday and new environment.

*sigh*

Kilang pakaian pun kilang pakaian la.