Monday, August 09, 2010
REVIEW : SANG PEMIMPI
Keterujaan aku bermula selepas menonton filem pertama, Laskar Pelangi. Selepas itu, aku mula beli novel-novel tulisan Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi iaitu, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.
Satu yang membuatkan aku tersihir dengan novel dan filem adaptasi ini; persahabatan unik yang berkongsi cita-cita walaupun dalam kondisi yang paling susah dan mustahil untuk meneruskan cita-cita atau mimpi mereka yang paling tinggi.
Dalam filem adaptasi ini, watak utamanya ialah Ikal, Arai (Sepupu Ikal yang kematian orang tuanya) dan Jimbron (pemuda Islam yang dijaga oleh seorang paderi sahabat orang tuanya).
Kisah persahabatan mereka unik. Ikal dan Arai sentiasa bekerja kuat untuk mengejar cita-cita mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Macam-macam kerja mereka buat. Kerja di pasar ikan, kerja kedai makan. Oleh kerana SMA yang terdekat dengan Gantong berada di Manggar, mereka bersekolah di sana dan berkongsi bilik sewa.
Jimbron, budak gagap yang mula gagap apabila melihat kematian bapanya di depan matanya kerana kecelakaan kebakaran. Sangat obses dengan kuda dan Lashmi. Dia jenis yang ikut-ikut saja. Belajar tak pandai tetapi amat menghargai persahabatan.
Filem ini jujur. Arai yang digelar seniman gila oleh Ikal sanggup melakukan sesuatu yang diluar fikiran Ikal untuk lakukan. Pernah dia sewa seekor kuda untuk Jimbron semata-mata mahu melihat kawannya itu memikat Lashmi. Dan hari itu, Lashmi mula tersenyum kembali.
Arai memang gila. Sanggup dia belajar main gitar dengan Bang Zaitun semata-mata untuk memikat Zakiah Nurmala yang sangat kiut. Arai memang membuka fikiran Ikal untuk menyambung pengajian di Paris.
Jika dalam filem Laskar Pelangi, lagu Bunga Seroja adalah antara lagu lama yang terkenal di Malaysia, tapi dalam filem ini, ada 2 lagu yang biasa kita dengar sampai aku jadi keliru samada lagu-lagu ini memang lagu dari Indonesia atau berasal dari Malaysia? Lagu Rentak 106 (Pak Ketipung) dan Fatwa Pujangga.
Untuk mereka yang sudah lupakan mimpi mereka, patut menonton filem ini. Ini filem tentang harapan, persahabatan dan motivasi pembangunan diri.
9 bintang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku