Dalam bulan Ramadhan ini, biasanya, di Malaysia akan berlaku satu kemeriahan yang aku jangkakan kemeriahkan yang paling meriah sepanjang tahun. Kemeriahan penjualan juadah berbuka di Bazaar sekitar anda. Manusia akan tiba-tiba handal membuat air soya, buat murtabak, ayam golek, kuih-muih dan macam-macam lagi yang kita jarang jumpa masa bulan-bulan islam yang lain.
Time inilah kita mengidam itu, kita beli. Kita mengidam ini, kita beli. Mudah. Tak payah nak mengidam apa-apa. Hatta, kalau mengidam nak makan kambing golek juga senang diperolehi!
Tapi dalam bulan Ramadhan ini, aku mengidam sesuatu yang aku agak tiada di jual di mana-mana bazaar di sekitar anda. Mengidam kenangan berbuka puasa bersama kawan-kawan NTMTTS di SeMeKAS dulu. Di dewan makan. Makan guna tray besi.
Lebih-lebih lagi, masa aku menduduki SPM Y2K.
Alahai!
Juga berbuka puasa semasa zaman study di Kampus Utara. Juadahnya biasa-biasa sahaja. Tapi kemeriahan berbuka dengan kawan-kawan memang sesuatu yang lain.
Entah kenapa aku lebih rindu untuk berbuka dengan kawan-kawan macam dulu, berbanding dengan berbuka dengan keluarga.
Entah la.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku