Thursday, August 19, 2010

HIJAB - SEBUAH CERKAS SERAM UNTUK UJIBAKAT

Busu kasihan melihatkan si Karem. Sejak dia pulang dari kerja luar daerah ke Kuala Pilah minggu lepas, hidupnya menjadi tidak terurus. Katanya dia nampak bayangan ibu dan bapanya setiap saat, minit dan jam. Seingat Busu, ibu bapa Karem dah lama meninggal dunia. Gangguan itu menyebabkan Karem terpaksa berhenti kerja kerana gangguan ini menyukarkan dia bekerja. Lebih baik berhenti katanya.

Busu selaku kawan serumah semakin risau. Hati kawan mana yang sanggup kawannya terkurung dalam bilik tanpa makan dan minum. Cukup sekali sekala sahaja dia ke dapur. Itu pun pada waktu malam. Gangguan kurang waktu-waktu begitu, katanya.

Busu teringatkan Ustaz Muaz yang tinggal di Ampang. Dulu, waktu adik Busu, si Minah terkena buatan orang, Ustaz Muaz la tolong pulihkan. Setelah menghubungi Ustaz Muaz dan menetapkan waktu yang sesuai, Busu menyediakan bahan-bahan yang Ustaz Muaz minta.

Pada malam Jumaat minggu itu, Busu datang membawa Karem.

"Karem ni kata dia boleh nampak makhluk halus, Ustaz. Saya rasa hijab dia dengan dunia satu lagi dah terbuka. Boleh Ustaz tolong apa-apa?" Kata Busu memulakan bicara memandang Karem yang masih membungkam. Diam sahaja.

"Ermm... Ustaz tolong apa yang berdaya la ya. Insya-allah dengan izin-Nya, masalah ini dapat selesai." Jawap Ustaz Muaz lembut tetapi matanya seperti tertancap pada Karem. Bagai ada sesuatu yang mengganggu fikiran Ustaz Muaz.

Busu dah mengagak, memang ada sesuatu yang tak kena pada Karem. Memang tak salah dia bawa Karem berubat dengan Ustaz Muaz. Biar Ustaz Muaz membuang segala bahana yang mengganggu Karem.

Busu mengeluarkan sebotol 1.5L air mineral dan sekotak kismis minda dari plastik beg. Diletakkannya di hadapan Ustaz Muaz.

"Sekarang, kamu tutup mata dan ikut bacaan saya. Lepas itu, baca ayat Qursi 3 kali dan surah Al-Fatihah, boleh?"

"Eh, kawan saya ni ha yang sakit Ustaz. Bukan saya." Jawap Busu menunjuk ke arah Karem.

Ustaz Muaz tersenyum dan menjawap, "Takpe, kamu pun buat, Karem pun buat. Kita sama-sama doa. Insya-Allah diberkati."

Cara Ustaz Muaz bagai menarik rambut dalam tepung. Ada agenda sendiri yang Busu sendiri tak tahu. Tapi dia ikutkan saja.

10 minit berlalu. Selesai berdoakan dan ikut semua arahan Ustaz Muaz, Busu membuka matanya. Tapi yang ada cuma Ustaz Muaz sahaja. Karem entah ke mana. Mungkin ke tandas barangkali.

"Kita dah selesai ke Ustaz?" Tanya Busu, "Karem pergi mana ni Ustaz?"

Ustaz Muaz tersenyum kelat. Wajahnya tertulis 1001 rasa bersalah.

"Ada lagi di sini" jawap Ustaz Muaz lembut, "Cuma kamu dah tak nampak dia lagi. Ustaz dah tutup hijab kamu. Kamu minum air dan kismis ini. Baca selawat 3 kali."



Tiba-tiba hati Busu bagai direntap. Tersentap. Menggigil. Sejuk tiba-tiba. Semangat hilang bagai disedut lubang hitam!


**********


Keesokkan harinya, Busu ambil MC. Dia mahu berehat sahaja di rumah selepas peristiwa malam semalam. Apa yang terjadi semalam benar-benar menggetarkan hatinya. Lemah semangatnya. Sambil menghirup segelas air mineral dan 7 biji kismis yang Ustaz Muaz bekalkan semalam, dia duduk di kerusi malas dan membawa akhbar hari itu. Muka depan akhbar yang mengejutkan ramai pihak terutamanya Busu.


"MAYAT LELAKI DALAM GAUNG DI BUKIT PUTUS"
Seorang mayat lelaki dipercayai terlibat dalam kemalangan dijumpai di KM5 Jalan Senawang - Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus semalam. Mangsa, Karem Bin Jabar, 26, dipercayai terlibat dalam kemalangan minggu lepas tetapi hanya ditemui apabila sekumpulan orang asli yang berburu di kawasan sekitar itu........."


TAMAT.

Bazinga!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku