Friday, August 27, 2010

MIMPI - SUATU PAGI RAYA TAHUN 2060

Semalam aku bermimpi. Kes banyak sangat tengok drama dan movie raya. Cilakak.


*******************


Kedengaran takbir raya nyanyian kaset. Beraya di kampung dan bandar sama sahaja zaman itu. Sesak dan makan asap.

Aku melontarkan pandangan kosong ke luar tingkap. Jalanraya masih diasak-asak oleh kenderaan. Walaupun kerajaan sudah mewajibkan semua kenderaan menggunakan NGV bagi mengurangkan kadar indeks asap kenderaan, namun jalanraya masih lagi sesak.

"Entah bila Malaysia boleh ada kereta terbang macam Amarika." Ujar aku dalam hati.

Hi-Fi saiz bagak masih lagi mengalunkan lagu-lagu raya malar hijau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Walaupun zaman itu sudah ada lagu raya terkini berentak Punk Rock dan Electro-Pop, namun yang malar hijau juga sedap menjadi halwa telinga.

"Mok, kau sudah-sudah la tengok tingkap tu." Tegur Amin, "Meh, makan burasak yang aku masak ni."

"Kau makan dulu la, Min. Aku tak lapar lagi. Aku tunggu anak-anak aku ni."

Amin cuma geleng-gelengkan kepala sahaja. Tahun ini dah masuk tahun ke 10 aku berkelakuan begitu. Amin yang selama ini mungkin dah masak dengan perangai aku. Tiap kali pagi raya, aku masih lagi mengharap kehadiran anak-anak aku.

"Mok, meh makan meh. Lepas makan, kita pergi jumpa Doktor Zai. Ubat kau dah habis tu." Pesan Amin.

"Kau makan dulu la, Min. Aku takde selera. Nak tunggu anak-anak aku." Aku jawap lagi.

"Mok, nyanyuk kau dah datang tu. Kahwin pun kau tak pernah, macam mana nak ada anak? Dah meh makan meh." Pujuk Amin lagi.

Aku akur. Aku duduk makan burasak dengan asam pedas ikan parang. Bila nyanyuk aku hilang, baru aku ingat. Dah tahun 2060, tapi aku tak kahwin lagi!


***************


Aku bingkas bangun. Basuh muka. Sahur dan buka facebook. Try-out cari awek dalam facebook. Cilakak. Ngeri siot mimpi!

Baca lain-lain versi 2060 :
1) 2060 - Pipiyapong (Original)
2) Hujung Nyawa - Toqreemaow
3) Pasca Apokalips - Sinaganaga
4) Back To The Future 4 - Jimbo Tiram
5) 2060 - Pdaus Ahmad
6) 2060 - Paiseh

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku