Tarawikh malam pertama memang tarawikh paling semangat antara 30 malam bertarawikh. Sebab malam itu malam pembukaan ke bulan Ramadhan. Ke bulan berpuasa di siang hari.
Malam itu aku berpakaian orang Arab. Jubah arab yang ayah beli masa mengerjakan umrah dulu. Kopiah pun sama. Cuma aku pakai kain pelikat bagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan. Dan berselipar croc hitam-merah yang aku beli 3 minggu lepas di pasar karat JB. Aku beli selipar croc sebab nak nampak yang aku ini mengikut aliran fesyen semasa.
Bukan main seronok aku Tarawikh malam itu. Tahun lepas, semangat aku ke "laut". Duduk rumah bujang, tiada siapa yang memaksa atau bising. Lepas buka, terbongkang depan TV. Tapi tahun ini, duduk di rumah, Alhamdulillah, aku berubah sikit-sikit.
Macam biasa, malam pertama merupakan malam yang paling ramai jemaah berbanding malam pertama perkahwinan yang hanya mempunyai 2 jemaah. Ini memang sudah di duga lalu pakcik noja buka ruang sembahyang baru untuk kaum wanita. Anak-anak riang lari ke sana sini tanpa menghiraukan suara mereka yang nyaring dan bising sedikit sebanyak membangkitkan rasa marah aku. Budak-budak....
Waktu nak balik selepas selesai tarawikh, sesuatu yang tidak pernah terlitas di fikiran aku berlaku.
**************
Tatkala tapak kaki aku yang bertelanjangan dan kesejukkan mencecah lantai parkir di rumah, aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan ke solat tarawikh hari-hari dan mencari selipar croc hitam-merah aku yang dirembat orang!
Hargh!
P/S : SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA.
hihi..
ReplyDeletemalam pertama (terawikh taw) aku..
8.30 gerak gi masjid besi putrajaya. mak aih parking mcm haram. pastu gi masjid putra.. pun sama..agaknya semua org nak gi semayang kat masjid besi kot.
last2 berterawikh di mydin presint diplomatik.. dapat jugak beli barang2 sahur.. hehe
Imam Mydin je la eh... Kah kah kah.. Ala-ala masjid india tak?
ReplyDelete