Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.
CERITA DUA
Circa 2000 - Segamat
Oleh kerana jadual peperiksaan SPM kelas aliran sastera dan aliran sains berbeza, kami, pelajar aliran sastera mempunyai waktu senggang yang agak panjang sebelum kertas terakhir bermula yang mana kertas terakhir itu merupakan kertas terakhir untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun itu di sekolah kami.
Aku, selaku pelajar aliran sastera mengambil peluang ini untuk pulang ke rumah untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga tercinta.
Apabila pulang semula ke Segamat, aku mendapati ada beberapa rakan sekelas yang sama-sama pulang dan bertemu di Fajar, satu pasaraya yang agak wow suatu ketika dahulu. Kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di benteng depan Upwell. Pada mulanya, kami mahu beli bungkus dan makan di asrama. Tetapi selepas mendengar kata-kata Pidy, salah seorang pelajar yang pakar dalam aktiviti "Masuk-Asrama-Lambat-Tapi-Tak-Pernah-Kantoi"
"Ala, Jaga Omar tak jaga malam rabu (malam berkenaan) la. Pukul 8.00pm kita masuk je lalu pintu depan. Pengetua dengan GPK HEM pun mesti dah balik kampung."
Petah sekali Pidi berkata-kata sampai kami semua percaya. Langsung lupa perihal plan B atau C. Semua stick to plan A. Memang sure habis la pada plan si Pidi ni. Lalu dengan perasaan gembira, kami masuk ke Upwell dan bermain game token.
*************
"Weh, kenapa baju kau kotor ni Win?"
Aku sengih-sengih. Zahri pun sengih-sengih. Pidi masih lagi lap peluh. Budak-budak lain yang dah lepas awal semua dah masuk dorm tukar baju. Belengas barangkali.
Agak-agak jauh dari pendengaran rakan-rakan lain, aku sound Pidi.
"Bangsat lu Pidi. Kata Jaga Omar tak jaga malam ni. Tak pasal-pasal aku kena jadi komando malam ni. Nasib baik lubang pagar belakang tu besar. Kalau tak?"
Aku bebel sampai puas. Pidi cuma gelak dan gelak dan gelak.
jadi komando yer. senyap x?
ReplyDeleteBising mulut aku bebel jek...
ReplyDelete