Friday, August 13, 2010

PENGALAMAN SAYA DENGAN ROOM-MATE, PADA SATU HARI DI BULAN RAMADHAN TAHUN ITU

Satu hari di bulan Ramadhan di Kampus Utara.

Kuliah berjalan seperti biasa. Hari itu tiada kuliah yang tamat awal atau yang batal. Pensyarah kebanyakkannya, mahu menamatkan silibus sebelum menjelang cuti raya kerana seperti tahun-tahun berikutnya, selepas cuti raya, pasti ramai pelajar yang lajak cuti sampai seminggu.

Entah kenapa, hari itu aku penat yang luar biasa. Melangkah longlai ber-rebut menaiki bas kitaran kampus. Aku hairan, bulan puasa pun budak-budak ni ada tenaga nak ber-rebut naik bas.

Tiba di bilik, rumet aku belum balik. Usai bersalin kain pelekat (sebab cuaca petang itu agak panas. Makanya, berkain pelekat adalah pakaian yang sesuai), baru Wan sampai bilik. Muka penat bukan main. Macam muka aku (bila aku lihat cermin di toilet tadi).

"Kita tidur dulu la met. Dalam pukul 5.30 nanti kita bangun beli lauk. Amacam?" Tanya aku.

Wan mengangguk sahaja. Tak menjawap sangat. Letih betul.

Dan petang itu, kami tidur dengan lena sambil buka kipas kuasa penuh.


*************


"Nasi tak masak lagi eh?" tanya aku.

"Kejap lagi kot." jawap Wan

Aku masih lagi mengunyah tamar Yusof Tayyub. Sesekali meneguk air suam bagi menghilangkan sisa-sia tamar di celahan gigi. Aku lihat jam. 8.00pm. Lauk ikan keli goreng masih lagi dalam plastik. Maggi perasa kari dah mula kembang. Sengaja aku kurangkan kuah supaya rasa kari pekat sikit. Senang nak buat kuah nasi nanti.

Tiba-tiba,

"Woi, baru nak buka!" Jerit Daus sambil buka pintu bilik aku.

"Kau la cilakak tak kejut" Jerit Wan pula. Sambil gelak-gelak.

Kami semua gelak-gelak. Gelak sakan. Mengenang nasib masing-masing. Gelak-gelak lagi.

Malam itu, sebelum tarawikh, baru aku, Wan dan Daus mula berbuka puasa makan nasi. Nasib baik Daus terjaga pukul 7.15pm, sempat juga beli ikan keli goreng.

Aku dengan Wan?

Hanyut. Laukkan maggi je la. Dengan kicap cap kipas udang.

3 comments:

  1. Dulu je dapat rase eh, skerang dah takdapat dah nak rasa terlajak bukak posa..haha

    http://life-around-research.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Skrg nak terlajak mende... Umah aku ramai org.... xkn terlajak de.... ko lain la... dok hostel lagi... student PHD... Hehehe

    ReplyDelete

Komenlah Aku