Thursday, August 26, 2010
SUATU KETIKA - MAKAN HOTEL
Dulu hidup kami tidaklah susah melarat tapi tidaklah senang lenang. Hidup kami biasa-biasa sahaja. Ayah dan emak pun kerja biasa-biasa sahaja. Dengan berkat kerja biasa-biasa itulah yang menyara kami adik beradik sehingga jadi saiz tak masuk akal ini.
Emak merupakan penjawat awam yang bergaji rendah dan bagi menampung perbelanjaan seharian kami, emak buat kerja ambil upah jahit baju. Dan seperti tahun-tahun yang lepas, untuk persiapan hari raya tahun itu, emak akan gunakan simpanannya untuk kegunaan kami sekeluarga. Dari persiapan langsir raya, baju raya kami adik beradik hinggalah ke kuih raya.
Ayah pula kerja makan gaji. Tidak ada kerja sampingan. Mujur ada overtime. Jadinya, tiap malam menjelang ramadhan tahun itu, ayah rajin bukan main. Tiap-tiap hari balik lambat.
Tapi dengan gaji taraf biasa-biasa dan kerja overtime itu, ayah mahu membawa keluarganya ke satu level lain dalam komuniti. Ayah tak mahu kami adik beradik jadi manusia yang outdated. Yang kolot. Yang tak tahu dunia luar. Kalau boleh, apa yang keluarga lain ada dan buat, ayah mahu keluarganya dapat juga. Jadinya, pada bulan puasa tahun itu, ayah buat sesuatu yang kami tidak akan lupa sehingga kini. Dan ia merupakan bulan puasa paling bermakna bagi kami sekeluarga.
Tahun itu, ayah dapat bonus raya dari majikannya. Yang dia terima sebelum bulan puasa lagi. Kami tak tahu apa rancangan ayah. Ayah kata, "Ikut ajeeee." Makanya, kami pun ikut ajeeeeee.
Ayah bawa kami ke salah satu bangunan yang dulunya pernah di bawah seliaannya, Hotel Puteri Pan Pasific (kini dikenali sebagai Hotel Puteri Pasific). Kata ayah, dia dapat diskaun buka puasa di situ sebab pengurus hotel itu kawan ayah. RM60++. Waktu itu, dengan harga begitu, sangat besar nilainya.
Hari itu merupakan hari pertama kami adik beradik buka puasa di hotel secara orang kata "buffet". Rambang mata sebab sebelum ini kami hanya disajikan dengan 2,3 jenis lauk sahaja untuk hidangan berbuka. Tapi hari itu selera kami disajikan lebih dari 30 jenis lauk dan lebih 20 jenis makanan entah apa-apa ntah.
Itu menjadi titik tolak kami adik beradik mula berbuka puasa secara buffet di hotel. Dan mulai tahun itu ke tahun berikutnya, ayah jadikan aktiviti berbuka di hotel sebagai aktiviti tahunan keluarga kami setiap kali aku atau adik beradik lain pulang bercuti (dari asrama sekolah).
Tapi tahun kebelakangan ini, ayah tidak lagi perlu keluarkan duit poket sendiri untuk aktiviti tahunan kami ini. Sejak ayah kerja dengan syarikat developer, banyak kontraktor yang belanja buka di hotel. Kadang-kadang, hingga 5,6 jemputan dalam sebulan. Sampai kami naik jemu. Lauk buka zaman sekarang dah makin mengarut tetapi terkenangkan undangan orang, kami pergi saja. Nothing to lose.
********************
Pada tiap akhir Ramadhan, aku akan mula terfikir. Mampukah aku lakukan seperti mana yang ayah lakukan untuk keluarga? Berjimat untuk memastikan keluarga dapat macam keluarga lain dapat?
Labels:
Cerita Puasa,
Diari Ramadhan,
Jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jimat cermat bawak berkat. mesti boleh buat mcm ayah kau.
ReplyDeletekalau dah selalu makan kat hotel akn rasa eleh makanan x serupa dgn bayaran. ceit!