Wednesday, August 25, 2010

KENANGAN RAMADHAN - CERITA TIGA

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA TIGA
Circa 2007 - Kampus Utara

Bulan Ramadhan tahun itu bagi aku tak berapa power sangat sebab aku sekali lagi kena berpuasa di perantauan. Di dunia baru bagi aku. Dengan kejanggalan pada cara masakan orang sini, aku cuba membiasakan tekak aku untuk menerima keadaan ini.

Ya, tahun itu aku berkawan dengan seorang student dari Johor. Bercakap pun ala-ala orang Johor. Style kentut bersepah pun macam aku. Aku tengok kami dah ada keserasian di situ. Lagi satu sebab aku berkawan dengan dia, sebab dia ada motor. Senang aku nak ke mall ke pekan ke naslem Kg.Darat ke.

Ada satu malam di bulan Ramadhan, dia, aku dan Wan (rumet aku) dah rancang nak sahur sedap-sedap sikit memandangkan esok tiada kuliah, boleh bangun lambat. Sedap-sedap di sini tak bermaksud nak makan Siakap 3 Rasa dan Kangkung Goreng Belacan. Bagi kami, setakat beli lauk kari ayam, sayur goreng, paru sambal dan tempe goreng pun dah kira ok dah. Beli kat Kafe Muamalat. Plan malam itu tak nak tidur. Tidur lepas subuh je.

So, malam itu kami layan movie-movie yang kami kutip dari kawan-kawan. Aku dengan Wan di bilik kami. Dia di bilik dia.

"Pukul 4am aku roger kau." Aku pesan pada dia.


**********************


"Eh, mana budak ni?" Tanya aku pada Wan, "Call tak berangkat."

"Kau pergi bilik dia la."

"Ok, aku pergi beli lauk dengan dia. Kau masak nasi deh.."

Aku berangkat ke bilik dia. Ketuk punya ketuk punya ketuk, dia buka pintu. Aku pelik tengok mata dia yang kebasahan. Nak kata putus cinta, tak juga sebab dia bukan ada makwe pun.

"Kau aphal ni?" Tanya aku, "Aku call tak angkat."

"Takde benda. Jom pegi beli makan." Kata dia sambil tarik aku. Macam tak bagi masuk bilik dia.

Aku tak puas hati. Marah aku sebab dia call dekat 10 kali dari tadi tak berjawap. Aku masuk dalam bilik dia dan seketika kemudian aku gelak kuat-kuat.

"Woi, apa jadah tengok cite My Girl boleh nangis weh!" Jerit aku, "Pagi-pagi buta plak tu."


***************


Pagi itu, kami bersahur dengan lauk yang sedap-sedap dan kami sedap-sedap gelakkan dia sebab feeling sangat tengok cerita drama Korea. Masa ini, drama korea memang "in". Mamat-mamat ragbi pun tengok. Tapi jenis tengok malam-malam sikit la. Takut kena kutuk geng lain.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku