Friday, May 29, 2009

PESTA BUKU VERSI JOHOR BAHRU

Walaupun tidak-lah se-gah pesta buku Kuala Lumpur, tetapi boleh-lah. Dari takde.

Aku berjalan mengelilingi khemah moden itu. Terletak di kawasan taman Danga City Mall (Best World lama). Tidak banyak booth yang dibuka pada hari pertama. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Tentunya ramai peniaga yang sudah keletihan kerana menyediakan formasi susunan buku yang menangkap mata pengunjung.

Aku singgah di booth yang menjual produk "Ana Muslim". Produk ini agak popular bagi pelajar-pelajar IPT masa kini. Selain menjual kemeja T labuh dan berlengan panjang, rekaannya juga menarik. Sempat la juga belek-belek 2,3 produk untuk dijadikan bukti sokongan terhadap produk ini yang rata-ratanya mengajak kaum wanita untuk cenderung kepada menutup aurat. Produk lain seperti buku tulis, patch, batch dengan imej awek bertudung kiut miut. Sejuk je mata memandang.

Masa aku nak bayar di kaunter, awek tu cukup manis. Gigi putih, pipi bagai pauh di layang, kulit kuning langsat. Memang idaman ibu mertua la pendek kata. Tetapi sayang....

Walaupun ini booth produk "Ana Muslim", penjaga kaunter dan penolong jualan berpakaian macam tak berpakaian. Tak "in" langsung dengan tema produk. Pakcik-pakcik yang nak masuk booth bawa anak-anak pun kena pikir 2,3 kali. Ada makcik tu sampai cubit-cubit lengan pakcik yang asyik dok pejam celik pejam celik tak keruan.

Alahai.

Wednesday, May 27, 2009

POSKAD PERTAMA SAYA

Aku tak pernah dapat poskad. Walau ada kawan-kawan yang berjalan jauh keliling dunia, tapi haram seorang pun tak pernah hantar poskad untuk aku. Semua nak save budget hantar khabar berita guna bahan elektronik yang lain.

Ini adalah poskad aku yang pertama. Terima kasih kepada Tok Rimau. Walaupun duduk di negeri dan daerah yang sama.... Ape-ape pon, terima kasih je la. Hehehe.

BUDAK NOVELIS ZAMAN PURBA DAH TERLIUR

Dulu. Masa di sekolah. Semua orang sibuk nak baca novel-novel dari Ahadiat Akashah. Macam dah tiada novelis lain. Kiranya siapa yang tak pernah baca novel Ahadiat Akashah ni memang out-dated ni dan susah nak ngorat awek, kira macam novel dia ini sumber inspirasi pejadah kepada buaya-buaya. Bible of Ngorat, katanya.

Cakap je la siapa buaya yang tak pernah baca novel ni. Dari Shafiq Azzwan sampai la Shah Jamal. Membawa ke Faiz Ateman sampai la Umar Haiyat. Semua baca. Semua taknak jadi out-dated. Semua hendak disayangi. Bohong sangat la kalau ada pelajar yang kata, "Ana baca Mathurat sahaja. Ana tak baca novel jiwang."

Senaraikan je la novel-novel Ahadiat Akashah, masing-masing dah ada koleksi. Sampai sanggup kongsi-kongsi beli pastu senior pau tak pulang-pulang. Memang dashyat penangannya. Cari Pilot Cafe, Hikayat Cinderella, Malam Ini Kita Semua Menangis, Untuk Tiga Hari, Kasyah, Katerina, dan macam-macam lagi.

Kini Lagenda Budak Setan akan difilemkan. Jadi, para penjiwang purba, sila ambil perhatian. Baca semula novel itu. Ambil mood. Simpan duit. Ambil cuti. Dan bersedia untuk mengimbau cinta zaman lalu. Jangan rasa malu-malu nak bawa awek atau isteri. Mungkin mereka pun ada kenangan yang tersendiri.

Mungkin para pelakonnya amat tipikal dengan watak jiwang, tapi terima je la.

AWEK R&R DAN POLI ITU TAK TAHU SENI

Hujung minggu lepas. Aku selaku anak bujang sulung mengetuai angkatan keluarga memandu ke Merlimau untuk memunggah harta karun adik aku yang bongsu. Memandangkan hujung minggu itu telah bermulanya sesi cuti sekolah untuk budak-budak poli, jadi aku bersetuju untuk mengetuai rombongan ini dengan strategi serampang dua (2) mata.

Sambil ambil adik, boleh cuci mata.

Setelah keletihan memandu sejak jam 7.00am tanpa bersarapan, akhirnya kami singgah di hentian rehat dan rawat (R&R) Machap arah selatan untuk mencari sesuap sarapan. Aku pilih makanan yang berkhasiat waktu itu bagi mengelakkan rasa ngantuk iaitu mee goreng ceduk, telor mata dan neskafe panas. Masa aku menunggu untuk mengambil baki wang, tetiba awek jaga kaunter yang comel itu tersenyum dan menghulur baki 40sen tu kepada aku.

"Terima kasih Pakcik, datang lagi."

Damn. Buta seni siot.

Itu satu hal. Aku syak tu budak ponteng sekolah yang jaga kaunter. Ponteng kelas sivik dan pendidikan moral. Tak ada kesedaran sivik langsung.

Bila memandu masuk diperkarangan Poli itu, aku lihat ramai awek-awek poli berpeleseran tak tentu arah. Bawa laptop ke mana-mana sahaja. Macam salesgirl pulak aku tengok. Lalu dengan muka innocent, aku pun memperlahankan kereta untuk bertanya arah (walau aku dah tahu arah sebenarnya) kepada sekumpulan awek-awek poli yang merayap di tepi jalan.

"Dik, tanya sikit. Mana arah nak ke blok V3 ye?"
"Pakcik terus kendian ambil lorong yang first tu pastu terus lagi kemudian simpang akhir tu belok kiri." jawap awek yang paling manis di situ.

Damn. Twice. Tak tahu seni langsung.

Betul kata orang tua, muka manis tapi subjek sivik dan pendidikan moral gagal, takde gunanya juga.

Atau aku yang perasan masih muda?

Entah.

Friday, May 22, 2009

NIGHT AT THE MUSEUM 2 : BATTLE OF THE SMITHSONIAN

Masa aku tonton filem pertamanya yang terdahulu, aku dapati pengarah semacam tidak mempunyai visi untuk membuat sekuel untuk filem ini. Tetapi memandang sambutan yang menggalakkan dari para penonton seluruh dunia, mungkin pengarah mahu ambil peluang untuk membuat sekuelnya.

Ini bukan sekadar filem. Anda boleh pelajari mengenai sejarah darinya. Macam filem pertamanya dulu, tetapi mungkin ini sejarah yang lain. Aku tidak pasti pula jika kebanyakkan patung yang digunakan di dalam filem itu benar-benar wujud di Institut Smithsonian itu. Kalau betul la ada, mahu sahaja aku pasang cita-cita untuk melawatnya satu hari nanti. Kalau malas nak baca buku sejarah, tonton dan rehatkan sahaja minda untuk filem ini. Aksi, komedi, romantik, adventur, semuanya bertemu dalam filem ini.

Dari filem ini, kita boleh tahu bahawa Amelia Earhart adalah wanita pertama yang membawa kapal terbang merentasi lautan atlantik secara solo. Ia adalah lambang kepada pembukaan minda manusia zaman itu yang rata-ratanya tidak menduga bahawa wanita boleh mengendalikan kapal terbang. Lawat website wanita ini.

Kita juga boleh tahu monyet pertama yang dibawa oleh manusia ke angkasalepas, Able seekor monyet jenis Rhesus, yang selamat tiba di bumi semula selepas berjaya mengembara di ruang angkasa.

Yang kelakarnya, watak antagonis filem ini, Kahmunrah mengumpul beberapa orang pemimpin tersohor dalam sejarah peradaban manusia, Ivan The Terrible, Napoleon Bonaparte dan Al-Capone, untuk menakluki dunia. Dialognya melucukan bila 3 pemimpin ini bersatu dalam satu kumpulan.

Selain dari Presiden Theodore Roosevelt yang terlibat dalam filem ini, Patung Memorial Abraham Lincoln di National Mall, Washington turut memeriahkan filem ini. Bayangkan patung setinggi 19 kaki itu boleh "hidup".

Aku membayangkan kalau Malaysia melahirkan filem berbentuk sejarah seperti ini, macam filem "Puteri Gunung Ledang". Ia pasti dapat menarik budak-budak untuk mengetahui sejarah Malaysia. Boleh juga dijadikan ABM (Alat Bantu Mengajar) untuk guru-guru subjek sejarah.

Anyway, just family movie. Boleh la layan dengan special effect yang cun. Berbaloi-baloi!

LOVING COUPLE

Seriusly, pasangan ini amat cocok sekali. Romantik pula tu. I learned something from them. Love is not about colour, size or show-off. Just a bit of surprise party and brownies. Pandai sorok hubungan (atau aku yang tak ambil tau?) Ha ha ha. Anyway, Happy birthday Liyana Rabuan and Happy-happy selalu Ketek a.k.a Syafiq.

p/s : Rupanya yang Syafiq rindu-rindukan selama ini ada depan mata aku je. Damn! Aku tak sedar. Ha ha ha. Junior-junior aku ini memang penuh dengan misteri la.

p/s/s : Ulasan dari hati ke hati. Hehehe. Klik sini.

Thursday, May 21, 2009

JAWAPAN SITUASI

Beberapa hari lepas aku ada bertanyakan mengenai satu soalan personaliti. Yang mana soalan itu tiada jawapan sebenarnya. Jawapannya terletak pada hati masing-masing. Apa pilihan anda, itu-lah jawapannya. Klik sini, untuk soalan.

Apa pula jawapan aku?

Kalau aku, aku akan keluar dari kereta sukan aku yang dipenuhi set karaoke aku itu, ada memberi kunci kereta itu pada kawan baik aku dan menyuruhnya pergi menyelamatkan diri bersama orang tua itu. Di sini, aku telah menyelamatkan 2 nyawa.

Aku teruskan menunggu bas di situ bersama-sama dengan wanita pujaan aku itu. Better late then never. Aku teruskan duduk situ sebab untuk mengurat wanita itu, untuk yang terakhir kali. Sebab samada aku akan mati ditelan ribut atau aku selamat dan akan bahagia bersama wanita itu. Kita tidak apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kan?

Wednesday, May 20, 2009

KAYA - BUKAN UNTUK SAPU DI ROTI

Dunia sekarang dunia cepat. Berputar dengan kadar yang takjub. Semua seperti Usain Bolt. Dunia sekarang bermakna siapa lambat, dia ketinggalan. Sambil gerak, kena ikut fesyen semasa. Fesyen baju sampai la fesyen budaya. Tak ikut fesyen semasa juga bermaksud ketinggalan. Manusia sekarang mana yang nak ketinggalan.

Fesyen sekarang, orang nak kaya. Tak nak kaya lambat, semua pakat nak kaya cepat-cepat. Hari ini melabur RM1, esok mesti nak dapat pulangan berlipat kali ganda. Ikhlas? Tak pernah ada dalam kamus hidup Si Kaya Segera.

Pinjam duit sana sini. Projek besar sana sini. Gebang kuat sana sini. Duit kopi si pengamal birokrasi bukan main banyak. Sogok, sogok, sogok. Ha ha ha, confirm dapat projek juta-juta, katanya.

Si Kaya Segera pegang pada semangat, "Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya". Elok. "Pinjam sekali bukan bermakna tak pinjam lagi", kata orang lain pada Si Kaya Segera.

Orang berniaga, dia sibuk nak berniaga. Orang ada ilmu berniaga, dia cuma ikut kata hati. Apa kata hati dia? "Yang penting kita 'kipas' pengamal birokrasi. Orang lain ikut kemampuan, dia cuma ikut suka. Orang lain kaya, dia menanggung hutang. Bodoh.

Hutang tak bayar, duit makan pun dah tiada. Esok-esok nak beli kaya sapu roti pun kena bayar guna bulu jembut. Bebal.

Tuesday, May 19, 2009

SEDEKAH

Ada satu kali itu. Masa peringkat remaja. Masa diploma. Dengan keadaan mewah sebab bantuan kewangan PTPTN baru sahaja masuk akaun bank, pelbagai aktiviti mewah dirancang. Kami serumah bercadang nak tengok X-Games di KLCC. Wui, KLCC tuuu... Masa tu aku dalam keadaan jakun sangat. Maklum la, bukan orang Key Ell.

Kami naik bas ekspress sampai ke Pudu. Dan dari situ kami berjalan kaki hingga ke Pasar Seni untuk mendapatkan LRT ke KLCC.

Dalam perjalanan aku lihat, ramai pengemis. Kasihan. Aku berlalu tanpa beri apa-apa.

"Sorry pakcik, duit saya dalam bank. Belum kuarkan lagi." Aku cuba bermonolog dalam hati. Nak bagi sedap hati yang rasa bersalah.

Tetiba.

"Woi, kedekut. Sedekah la sikit kat pakcik tadi." Jerit Zarul dari belakang. Budak rumah aku yang dari kursus berbeza.

"Alah, kau ngata orang. Kau sedekah ke?" Aku mula melawan. Huh!

"Aku dah senyum kat pakcik tadi..." Sengih Zarul. Shot! Terkena tepat di dahi.

Aku karate kaunter tiket LRT tang tang tu juga. Lahanat, macam mana aku boleh lupa. Senyum itu kan satu sedekah.

KAD POS HIDUP DI NERAKA

Terima kasih kepada Tok Rimau kerana bakal mengeposkan aku poskad "Life In Hell" yang sendiri tidak tahu asalnya dari mana, apa isi kandungannya dan sehebat mana kad itu. Yang pastinya, jika poskad ini tiba di peti pos rumah aku, aku akan tabalkan bahawa poskad ini adalah poskad pertama yang aku terima selama aku pernah hidup di muka bumi ini.

Entri suka-suka yang aku buat, akhirnya melayakkan aku menerima poskad ini. Aish, rasa bangga pun iye. Aku menang. Hehehe.

Thanks anyway, Tok!

Entri kemenangan. Klik sini.

Monday, May 18, 2009

BUDAK

Semalam. Aku terserempak dengan seorang kawan zaman diploma dulu. Dia yang sudah berkahwin, bersama-sama dengan anak lelakinya yang berusia kira-kira 3 tahun. Juga bersama suaminya yang gagah.

Aku tegur. Sebagai seorang sahabat, bukan pemusnah rumahtangga. Selepas bersalaman lebih kurang dengan suaminya, aku salam dengan anaknya yang comel itu.

"Aiman, sini salam dengan Uncle Fikri." kata kawan aku tu.

Aku tersenyum sahaja melihat teletah anak kecil itu. Menggeletak hati bila dia lihat mamat besar nak salam dia. Takut bukan main. Tapi aku tak kesah. Dah biasa. Dulu, ada budak menangis tak henti-henti bila emak dia kata aku ni Bangla nak ambil dia sebab dia nakal.

Ceh!

Sebelum beredar, aku bisikkan sesuatu di telinga kawan aku.

"Rin, kau jangan ngajar anak kau panggil gua UNCLE. Panggil ABANG pun takpe. Gua bukan tua sangat pon."

Rin angguk tanda setuju. Muka terukir senyuman sinis. Aku tak kisah kalau orang kata aku besar, tapi aku pantang kalau orang panggil aku UNCLE. Gua bukan tua sangat pun.

Saturday, May 16, 2009

STOKIN

Satu hari. Keadaan kampus utara menjadi basah dek kerana hujan yang tak henti-henti turunnya. Dan hari itu adalah cuti yang panjang. Ramai pelajar yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing. Tidak ketinggalan juga, Ad, yang rumahnya berjarak sepelaung sahaja dari kampus. Nak ambil duit belanja katanya.

Hari Ahad adalah hari aku menumpang Ad ke kelas awal pagi. Dek kerana malas nak berebut menaiki bas uzur itu, yang rata-ratanya pelajar akan berkelakuan seperti haiwan berbulu, berebut macam haram.

Pagi itu Ad macam biasa-biasa je. Tetiba, selepas turun dari motor dan dalam menuju ke kelas, Ad tanya aku,

"Hang ada nampak apa-apa pelik kat aku dak?"

"Hensem macam biasa je." Aku memuji. Bodek. Lain kali boleh tumpang lagi.

Aku hairan dengan tingkat laku dia. Pagi ni dia macam kontrol-kontrol macho, tak macam pagi-pagi sebelum ni, sempoi habis. Rambut tak bersikat pun boleh pi kelas. Selamba. Tapi tidak untuk pagi ini.

Sepanjang perjalanan ke kelas sehingga la menuju ke kafe berdekatan, aku pelik. Ramai orang dok usha-usha aku. Aku paling ke arah Ijat dan Ad. Mereka dok buat selamba. Aku "check" zip seluar aku. Ok, tak terbuka. Lantas aku ambil sikat di poket belah kiri belakang. Sikat lebih kurang dan melangkah gagah ke kafe.

Sambil makan-makan, Ad pandang keliling. Usha sana, usha sini.

"Hang ada stokin lebih dak?" Tetiba Ad bersuara.

Aku dengan Ijat buat muka pelik. "Aphal?" Kata bertanya serentak dalam keadaan yang awkward.

Damn! Patut la pun orang asyik dok usha kami sahaja.

*****

"Musim hujan dok" Kata Ad, "Stokin aku basah. Aku tinggal je kat umah. Aku terlupa plak stokin dah takde kat hostel". Ad menyarung stokin Ijat. Test power.

"Kot ye pun, tak payah la nak pakai stokin bola kaler oren tu pi kelas. Obvious sangat warna dia" Ijat tegur.

Aku tengah gelak-gelak sampai berair mata. Ada juga manusia yang sanggup pakai stokin bola kaler oren pi kelas.

*****

Seminggu kemudian, awek Ad pun menghadiahkan 3 pasang stokin jenama Polo sempena besday Ad. Itu-lah hadiah paling bermakna dalam hidup Ad.

Thursday, May 14, 2009

ANGELS AND DEMONS - WICKED!


Aku sebenarnya bukan minat sangat baca novel-novel inggeris tetapi apa yang aku dapat tahu, Dan Brown adalah salah seorang novelis yang berkontroversi dengan novelnya yang terdahulu, "The Da Vinci Code". Dan aku tonton filem ini adalah kerana 2 sebab; 1) Reputasi kontroversi "The Da Vinci Code", dan 2) Kerana aku adalah salah seorang peminat Tom Hanks.

Aku mulanya sangat semangat untuk menonton filem ini. Rata-rata peminat yang menonton bersama aku tadi, merupakan peminat sejati Dan Brown, aku rasa. Kebanyakkan di antara mereka siap baca novel "Angels And Demons" sementara menunggu waktu tayangan. Sangat fanatik.

Ternyata filem ini tidak melepasi tahap yang aku inginkan. Apa yang aku harapkan ialah sebuah penyelesaian misteri zaman dahulu yang dibongkarkan oleh Robert Langdon itu sendiri, seperti di dalam "The Da Vinci Code" tetapi filem ini hanya sekadar provokasi si tamak Patrick dengan menggunakan nama "Illuminati", pengetahuan am tentang Bernini, tukang arca zaman Galileo dan sedikit misteri yang tak misteri pun.

Aku tonton filem ini bukan sebab bawaan elemen kristianiti yang sepenuhnya dalam filem ini. Konflik pewaris Pope di Vatican City terutamanya sekali dan juga dendam ahli sains zaman dahulu kerana gereja menolak menerimaan kajian sains di dalam agama kristian katolik. Dan bagi sesiapa yang tidak suka filem "sehari", jangan tonton filem ini. Filem ini merupakan rentetan kejadian (di dalam filem) yang mengambil masa kurang daripada 48 jam. Penyelesaian misteri kurang dari 48 jam.

Kombinasi konflik ilmu fizik tentang tenaga anti-jisim dan kristianiti. Apa kaitannya? Versatil sekali penggunaan gambar janaan komputer apabila bekas tenaga anti-jisim itu meletup di angkasa Vatican City. Cantik. Oh, elemen suspennya juga menarik. 2,3 kali juga-lah aku meneka-neka si penjahat. Sukar untuk meneka dari awal siapa si penjahat. Sekejap jadi baik, sekejap jadi jahat. Oh ya! itulah maksud "Angels And Demons" (barangkali-lah).

Pergi menonton jika anda peminat Dan Brown dan Tom Hanks. Selain itu, tiada sebab anda menonton filem ini.

Tuesday, May 12, 2009

WARONG SINGGEL - SIHIR WANITA

Suatu malam, 2 lelaki yang dahulunya pernah makan bersama di Warong Singgel itu, bertemu kembali. Dalam suasana yang samar-samar, cahaya kelam-kelam, dan dan suara anjing menyahut-nyahut. Masih lagi duduk bersembang di bawah pokok mengkudu yang separuh tumbang dan di dahannya ada ayam bertenggek menumpang tidur. Musang masih lagi bersarang di bawah pokok, menanti-nanti nasib ada ayam yang mengigau turun ke tanah.

Tangan lelaki-lelaki bujang itu masih bertatang bekas polistrina terisi nasi dan lauk-lauk enak dari Warong Singgel. Lauk hasil tangan oleh bibik-bibik Indonesia itu langsung membuatkan selera bujang terbuka luas. Mungkin kerana daging dendeng. Atau gado-gado-nya. Mungkin iwak lele masak pecel. Ah, itu semua mereka tak ambil peduli sangat. Asalkan nasi bungkus ini sedap!

Mereka mengharungi malam itu seperti malam-malam yang pernah mereka lalui bersama. Beberapa kali.Saling bertukar-tukar lauk. Macam selalu-selalu. Tapi malam itu berlainan sedikit. Melah yang dari tadi menunggu pengangkutan awam, kelihatan resah-resah ibu kucing. Mungkin dia tidak tahu yang bas terakhir pada jam 8malam tadi. Mungkin juga dia sengaja memancing pandangan 2 lelaki bujang tadi. Hati Melah sememangnya dalam sekali. Tersihir pandangan Atrash, si lelaki satu. Dalam rancak berbual dengan Fudail, si lelaki dua, sempat juga dia mengerling rahsia Melah yang berada 30 kaki nun di seberang jalan.

Ya, lumrah alam. Lelaki cair dengan wanita. Belum sempat Fudail buat finishing move, Atrash terlebih dahulu bangun dan cuci tangan lebih kurang dengan air sirap limau. Lap-lap mulut dan tangan dengan tisu subsidi Warong Singgel. Terus-terusan melulu ke arah Melah. Fudail termangu.

"Adakah tinggal aku seorang sahaja yang terus menjadi pelanggan Warong Singgel?" Ujar hati-sepinya.

Ya, lumrah lelaki untuk meninggalkan teman apabila sudah tersihir dengan wanita.

Fudail campak bekas polistrina itu ke pangkal pokok mengkudu yang di bawahnya musang bersarang. Tak dapat ayam, tulang iwak lele pun jadi la, kata musang.

"Damn, aku ditinggalkan sebab perempuan?" Kata hati Fudail berapi.

SITUASI

Ini adalah ujian personaliti. Sila jawap seikhlas hati.

Anda berada dalam situasi di mana ada bencana yang akan menimpa kawasan kejiranan anda. Anda jadi gentar dan ingin menyelamatkan diri. Lalu anda keluarkan kereta Mazda RX8 dari bangsal kereta dan pandu laju-laju sebab nak selamatkan diri. Tiba-tiba anda melintasi satu pondok menunggu bas dan melihat 3 orang di situ yang kelam-kabut nak tunggu bas penyelamat datang.

Seorang adalah seorang lelaki tua yang tinggal di kawasan kejiranan anda. Jalan lambat dan bertongkat. Tua benar la dia ni. Anda kenal sangat dia ni cuma orang tua ni je yang tak kenal anda. Seorang lagi ialah kawan baik anda yang menjadi tempat anda meluahkan rasa suka dan duka anda. Memang terbaek la dia ni. Dan yang ketiga ialah seorang wanita yang menjadi idaman anda sejak anda berpindah di kawasan kejiranan anda. Anda dah dok perhatikan dia sejak 10 tahun yang lalu. Cantik, sopan santun, adat ketimuran, rambut panjang paras bahu dan berkain dalam.

Bencana semakin menggila. Kereta anda sudah sarat dengan perkakasan karaoke di seat belakang. Cuma boleh, bawa 2 orang je. Pemandu dan 1 penumpang. Anda perlu buat keputusan cepat-cepat. Tak boleh nak pikir berejam rejam. 2,3 saat dah cukup.

Siapa yang anda akan pilih untuk menumpangi kereta anda?

KONSEP 1MALAYSIA YANG KAMI TERAPKAN



Sebenarnya konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita itu sudah lama diterapkan di dalam masyarakat asrama. Sebagai contoh, di dalam program-program seperti menyambut ulangtahun kelahiran para sahabat. Penglibatan dari semua pihak adalah diperlukan sepanjang program berlangsung. Tugasan diagihkan mengikut kemahiran masing-masing. Dari aktiviti merancang, penyediaan bahan, lokasi, alat pengikat, tentatif program, jurufoto, penyedia air pili bomba hingga-lah ke pelaksana "hukuman".

Foto-foto di atas adalah bukti kami, yang terdiri dari pelbagai suku kaum di Malaysia, menyertai program-program seumpama ini. Dari Melayu, Cina, India, Pan-Asia dan beberapa orang dari suku kaum etnik Sabah dan Sarawak.

Kami bersatu!

**Jangan tanya mana aku. Aku takde dalam gambar. Sembunyi. Aku tahu plan dorang nak kenakan aku juga.

Monday, May 11, 2009

X-MEN ORIGIN : WOLVERINE


Aku berkesempatan untuk menonton filem ini di Johor Bahru. Ini adalah antara filem yang menanti di dalam Pelan Filem Mesti Tonton 2009 aku. Aku hendak sangat tonton filem ini sebab aku suka dengan X-Men. All time favourite. Sejak kecil sampai la dah besar panjang ni.


Filem ini tidak mencapai tahap yang aku harapkan. Jalan cerita yang terlalu simple. Atau memang jalan ceritanya sepatutnya begitu? Aku tak tahu.

Nasib baik watak yang aku tunggu sejak 3 filem yang lalu muncul dalam filem kali ini iaitu Remy LeBeau a.k.a Gambit. Seorang yang digambarkan sebagai cool tetapi tak berapa cool. Kemunculan watak sampingan seperti Zero, Deadpool, Bolt dan ramai lagi.

Beberapa misteri yang sebelum ini menyelubungi aku akhirnya terjawap di dalam filem ini seperti, dari mana datangnya nama "Wolverine" itu?, apa maksud "Weapon X"?, apa kaitan Wolverine dengan Sabretooth?, siapa itu William Stryker? dan apa asal-usul kuku Wolverine?.

Walaupun tidak mencapai standard yang aku harapkan, tetapi ia filem yang seronok ditonton. Kesan teknik komputer terlalu jelas. Aku rasa watak Patrick Stewart a.k.a Profesor X pada akhir filem juga hasil janaan komputer. Tak real langsung. Macam haram. Lawa lagi budak Les Copaque buat Upin Ipin.

**Aku tonton sambil usha-usha awek seksi sebelah aku. Tak memberansangkan betul filem ni.

Friday, May 08, 2009

WONDER WOMEN

Sebenarnya, tanpa kita sendiri sedari, kaum wanita mempunyai bidang kerja atau kerjaya yang lebih luas dari kaum lelaki. Biar apa sekalipun kelulusan wanita tersebut. Dari sijil SRP, PMR, SPM, STPM, Sijil Akademik, Sijil Pertandingan Pantun Kebangsaan, apa-apa kelayakkan sekalipun-lah, mereka tetap akan bekerjaya. Macam-macam bidang.

Ada di antara mereka yang menjadi Dietician.
Ada yang jadi Chef.
Ada juga yang jadi Doktor Peribadi.
Ada yang jadi Jururawat.
Ada juga yang jadi Penyanyi.
Ada yang jadi Housekeeping.
Jadi Motivator pun ada.
Kadang-kadang tu jadi Pendidik pun ada.
Tapi yang banyak sekali jadi Babysitter a.k.a Bibik.
Jadi Laundryman memang dah selalu.
Boleh jadi Jurubank.
Boleh jadi Penganalisis Ekonomi.
Pemidato pun boleh.

Ha...tengok. Berapa banyak kerjaya yang kaum wanita boleh buat dalam satu-satu masa. Banyak kan?

Emak saya seorang wonderwomen. Kerjaya-kerjaya di atas itu, semua adalah kerjayanya dalam satu-satu masa, serentak. Saya salute emak saya. Lebih dari salute. Tak terhingga. Banyak laut. Luas cakerawala.

Emak saya BEST. Selamat Hari Ibu (in advance).

CALON YANG LEMBUT

.
Pyan seorang samseng kolej. Dengan susuk tubuh pemain rugbi-nya, pasti menjadi gerunan ramai samseng-samseng lain. Tapi untuk mereka yang berlainan jantina, tubuh ini adalah dambaan fantasi tidur mereka.
.
Pyan ada segalanya yang diidamkan oleh setiap lelaki. Chikas-chikas hot, badan sasa, otak bijak, duit berkepok, bibir lebam banyak sangat isap rokok, kaki saiz 42, baju saiz L, seluar saiz 27, joran terbaik. Senang kata, segalanya-lah!
.
Satu hari, dengan gaya manja, Pyan masuk bilik tivi. Layan cerita yang agak jiwang di mata lelaki lain, tetapi tidak di mata Pyan.

.
"Kalau kau la, kau nak awek yang macam mana?" Tetiba Pyan tanya. Nak tak nak, aku kena jawap. Samseng yang tanya tu.

.
"Yang biasa-biasa la." Aku jawap pendek. Takut. "Yang macam perempuan."

.
"Kalau aku," Kata Pyan "Aku lebih suka yang lembut-lembut. Yang ala-ala perempuan melayu terakhir."

.
"Lain macam pulak selera kau?" Tanya aku.

.
"Ye la, lelaki kan keras. Mesti nak rasa kelembutan wanita. Ni tidak, nak bermanja asyik kena maki sahaja. Dia pulak kata kita ni mengada-mengada. Keras mesti la nak lembut kan?" Terang si Pyan. Bersungguh-sungguh.

.
Ada betulnya juga kata Pyan. Lelaki mana yang tak mahu calon isterinya lemah lembut, penyayang, manja dan sebagainya. Ye tak? Kalau awek sama keras dengan boifren, silap-silap orang ingat cinta sama jantina pulak. Aha!
.

Thursday, May 07, 2009

3 BULAN TIDAK PULANG

Tanpa aku sedari, dah 3 bulan aku tidak pulang ke rumah. Mengalahkan sibuk orang yang bekerja pula. Padahal student jek.

Dalam masa 3 bulan, macam-macam yang berlaku di sekitar Johor Bahru ni. Di sekitar rumah aku lagi la berbeza. Pembangunan luar biasa, gaya hidup penduduk setempat pun dah berubah.

Dan yang paling berubah sekali ialah cucu ayah, Comot.

Besarnya kau COMOT!

Wednesday, May 06, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA BERGELAP

3.45 am. Bilik tivi. Arsenal vs Manchester United.

Macam biasa. Yang samseng-samseng dan bakal-bakal samseng dapat baring di grand stand. Yang malas nak tunjuk samseng, duduk la mana-mana yang boleh. Malas nak bertekak sangat dengan budak-budak samseng tak matang. "Biar la, bebudak baru nak naik." kata sorang samseng otai sekitar kawasan bilik tivi.

Aspa tak peduli apa orang nak kata. Dia hanya nak tengok perlawanan ini dengan hati yang menari-nari selepas kertas peperiksaannya tamat lewat siang semalam. Dia cuma nak tengok Adebayor, mentornya dalam arena bola sepak.

30 minit berlalu. Tiba-tiba, suasana gelap gelita. Aspa memang panas hati bila dia nak tengok bola tetiba elektrik terputus. Ni memang kerja si Pucong la ni. Memang selalu dia buat gini. Tapi sampai arini, Aspa memang dah tak boleh nak tahan-tahan lagi.

"Woi Setan, buka balik main switch la." Aspa puas hati dapat jerit kuat-kuat macam gitu.

Aspa memang la puas hati, orang lain macam mana?

Samseng Pyan yang baring sebelah Aspa tak boleh nak tahan-tahan. Dia lepuk kepala Aspa separa kekuatan. Aspa terkebil-kebil kebingungan.

"Setan, jangan mengigau kuat-kuat boleh tak?"

Monday, May 04, 2009

MARI TONTON FILEM JIWANG : HE'S JUST NOT THAT INTO YOU


Dalam aku sibuk-sibuk musim peperiksaan, aku sempat lagi menonton filem "He's Just Not That Into You" hasil daripada muat turun dari internet oleh adik-adik junior. Filem yang menampilkan pelakon-pelakon hebat ini, mempunyai mesej cinta yang sarat dengan lawak-lawak sinikal yang mengusik hati sensitif sesetengah pihak.

Jalan cerita yang mudah. Mungkin ada di antara anda (yang sudah masak dengan adegan percintaan realiti) sudah dapat mengagak perjalanan filem ini tetapi ini adalah kenyataan. Kenyataan yang kita sendiri tak sedari atau kita takuti atau kita hindari.

Aku suka sikap kalut Gigi, sebab dia ada semangat untuk bercinta. Sebab mak dia pernah berkata, "MAN ACT LIKE JERK, IT MEANS THEY LIKE YOU."

Kind of funny and damn straight girl yang suka pada Connor, agen hartanah yang berkawan dan menyintai dalam senyap kawannya, Anna yang suka kepada Ben, suami kepada Janine. Gigi dan Janine merupakan rakan sepejabat yang mempunyai teman sepejabat yang lain, Beth yang mempunyai masalah dengan boifrennya, Neil yang tidak percaya pada perkahwinan selepas 7 tahun menyemai cinta bersama Beth. Neil dan Ben merupakan sahabat baik.

Gigi agak kecewa selepas Connor tidak layan dia lalu mencari pelbagai trick untuk berjumpa Connor. Like i said earlier, she is damn straight girl. Lalu takdir mempertemukan Gigi dengan Alex, teman serumah Connor. Yang merupakan pengurus sebuah Bar dan menjadi penasihat cinta kepada Gigi.

Connor yang kecewa cintanya ditolak oleh Anna akhirnya bertemu cintanya dengan seorang wartawan, Mary yang sering gagal bercinta dan cuma mencari cinta melalui jaringan sahabat alam maya, Myspace.

Duh, filem ni memang mengingatkan aku pada beberapa kisah cinta kawan-kawan yang pernah berlaku. Serius, cerita ini semua memang pernah berlalu. Fakta.

Rasanya, Sue pun suka cerita ini kan? So Sue, which girl are you? He he he...

Sunday, May 03, 2009

AKU MULA BERCUTI. LOL!

Aku tengah bercuti di Pulau Pinang. Lepas habis exam, bercuti kian bermakna. Tapi aku tak mahu tengok result exam. Mesti macam haram. Soalan macam haram. Hati aku yang ber-waltz malam tadi, tiba-tiba terhenti tariannya. Mimpi macam haram!