Dunia sekarang dunia cepat. Berputar dengan kadar yang takjub. Semua seperti Usain Bolt. Dunia sekarang bermakna siapa lambat, dia ketinggalan. Sambil gerak, kena ikut fesyen semasa. Fesyen baju sampai la fesyen budaya. Tak ikut fesyen semasa juga bermaksud ketinggalan. Manusia sekarang mana yang nak ketinggalan.
Fesyen sekarang, orang nak kaya. Tak nak kaya lambat, semua pakat nak kaya cepat-cepat. Hari ini melabur RM1, esok mesti nak dapat pulangan berlipat kali ganda. Ikhlas? Tak pernah ada dalam kamus hidup Si Kaya Segera.
Pinjam duit sana sini. Projek besar sana sini. Gebang kuat sana sini. Duit kopi si pengamal birokrasi bukan main banyak. Sogok, sogok, sogok. Ha ha ha, confirm dapat projek juta-juta, katanya.
Si Kaya Segera pegang pada semangat, "Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya". Elok. "Pinjam sekali bukan bermakna tak pinjam lagi", kata orang lain pada Si Kaya Segera.
Orang berniaga, dia sibuk nak berniaga. Orang ada ilmu berniaga, dia cuma ikut kata hati. Apa kata hati dia? "Yang penting kita 'kipas' pengamal birokrasi. Orang lain ikut kemampuan, dia cuma ikut suka. Orang lain kaya, dia menanggung hutang. Bodoh.
Hutang tak bayar, duit makan pun dah tiada. Esok-esok nak beli kaya sapu roti pun kena bayar guna bulu jembut. Bebal.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku