Satu hari. Keadaan kampus utara menjadi basah dek kerana hujan yang tak henti-henti turunnya. Dan hari itu adalah cuti yang panjang. Ramai pelajar yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing. Tidak ketinggalan juga, Ad, yang rumahnya berjarak sepelaung sahaja dari kampus. Nak ambil duit belanja katanya.
Hari Ahad adalah hari aku menumpang Ad ke kelas awal pagi. Dek kerana malas nak berebut menaiki bas uzur itu, yang rata-ratanya pelajar akan berkelakuan seperti haiwan berbulu, berebut macam haram.
Pagi itu Ad macam biasa-biasa je. Tetiba, selepas turun dari motor dan dalam menuju ke kelas, Ad tanya aku,
"Hang ada nampak apa-apa pelik kat aku dak?"
"Hensem macam biasa je." Aku memuji. Bodek. Lain kali boleh tumpang lagi.
Aku hairan dengan tingkat laku dia. Pagi ni dia macam kontrol-kontrol macho, tak macam pagi-pagi sebelum ni, sempoi habis. Rambut tak bersikat pun boleh pi kelas. Selamba. Tapi tidak untuk pagi ini.
Sepanjang perjalanan ke kelas sehingga la menuju ke kafe berdekatan, aku pelik. Ramai orang dok usha-usha aku. Aku paling ke arah Ijat dan Ad. Mereka dok buat selamba. Aku "check" zip seluar aku. Ok, tak terbuka. Lantas aku ambil sikat di poket belah kiri belakang. Sikat lebih kurang dan melangkah gagah ke kafe.
Sambil makan-makan, Ad pandang keliling. Usha sana, usha sini.
"Hang ada stokin lebih dak?" Tetiba Ad bersuara.
Aku dengan Ijat buat muka pelik. "Aphal?" Kata bertanya serentak dalam keadaan yang awkward.
Damn! Patut la pun orang asyik dok usha kami sahaja.
*****
"Musim hujan dok" Kata Ad, "Stokin aku basah. Aku tinggal je kat umah. Aku terlupa plak stokin dah takde kat hostel". Ad menyarung stokin Ijat. Test power.
"Kot ye pun, tak payah la nak pakai stokin bola kaler oren tu pi kelas. Obvious sangat warna dia" Ijat tegur.
Aku tengah gelak-gelak sampai berair mata. Ada juga manusia yang sanggup pakai stokin bola kaler oren pi kelas.
*****
Seminggu kemudian, awek Ad pun menghadiahkan 3 pasang stokin jenama Polo sempena besday Ad. Itu-lah hadiah paling bermakna dalam hidup Ad.
real ke citer ni wiwin?? mcm meragukan jek...hhihih
ReplyDeleteSerius bai. Kisah nyata. Nama je bukan bukan nama sebenar. Nak tutup aib member. Hihihi
ReplyDelete