Thursday, May 14, 2009

ANGELS AND DEMONS - WICKED!


Aku sebenarnya bukan minat sangat baca novel-novel inggeris tetapi apa yang aku dapat tahu, Dan Brown adalah salah seorang novelis yang berkontroversi dengan novelnya yang terdahulu, "The Da Vinci Code". Dan aku tonton filem ini adalah kerana 2 sebab; 1) Reputasi kontroversi "The Da Vinci Code", dan 2) Kerana aku adalah salah seorang peminat Tom Hanks.

Aku mulanya sangat semangat untuk menonton filem ini. Rata-rata peminat yang menonton bersama aku tadi, merupakan peminat sejati Dan Brown, aku rasa. Kebanyakkan di antara mereka siap baca novel "Angels And Demons" sementara menunggu waktu tayangan. Sangat fanatik.

Ternyata filem ini tidak melepasi tahap yang aku inginkan. Apa yang aku harapkan ialah sebuah penyelesaian misteri zaman dahulu yang dibongkarkan oleh Robert Langdon itu sendiri, seperti di dalam "The Da Vinci Code" tetapi filem ini hanya sekadar provokasi si tamak Patrick dengan menggunakan nama "Illuminati", pengetahuan am tentang Bernini, tukang arca zaman Galileo dan sedikit misteri yang tak misteri pun.

Aku tonton filem ini bukan sebab bawaan elemen kristianiti yang sepenuhnya dalam filem ini. Konflik pewaris Pope di Vatican City terutamanya sekali dan juga dendam ahli sains zaman dahulu kerana gereja menolak menerimaan kajian sains di dalam agama kristian katolik. Dan bagi sesiapa yang tidak suka filem "sehari", jangan tonton filem ini. Filem ini merupakan rentetan kejadian (di dalam filem) yang mengambil masa kurang daripada 48 jam. Penyelesaian misteri kurang dari 48 jam.

Kombinasi konflik ilmu fizik tentang tenaga anti-jisim dan kristianiti. Apa kaitannya? Versatil sekali penggunaan gambar janaan komputer apabila bekas tenaga anti-jisim itu meletup di angkasa Vatican City. Cantik. Oh, elemen suspennya juga menarik. 2,3 kali juga-lah aku meneka-neka si penjahat. Sukar untuk meneka dari awal siapa si penjahat. Sekejap jadi baik, sekejap jadi jahat. Oh ya! itulah maksud "Angels And Demons" (barangkali-lah).

Pergi menonton jika anda peminat Dan Brown dan Tom Hanks. Selain itu, tiada sebab anda menonton filem ini.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku