Wednesday, May 27, 2009

AWEK R&R DAN POLI ITU TAK TAHU SENI

Hujung minggu lepas. Aku selaku anak bujang sulung mengetuai angkatan keluarga memandu ke Merlimau untuk memunggah harta karun adik aku yang bongsu. Memandangkan hujung minggu itu telah bermulanya sesi cuti sekolah untuk budak-budak poli, jadi aku bersetuju untuk mengetuai rombongan ini dengan strategi serampang dua (2) mata.

Sambil ambil adik, boleh cuci mata.

Setelah keletihan memandu sejak jam 7.00am tanpa bersarapan, akhirnya kami singgah di hentian rehat dan rawat (R&R) Machap arah selatan untuk mencari sesuap sarapan. Aku pilih makanan yang berkhasiat waktu itu bagi mengelakkan rasa ngantuk iaitu mee goreng ceduk, telor mata dan neskafe panas. Masa aku menunggu untuk mengambil baki wang, tetiba awek jaga kaunter yang comel itu tersenyum dan menghulur baki 40sen tu kepada aku.

"Terima kasih Pakcik, datang lagi."

Damn. Buta seni siot.

Itu satu hal. Aku syak tu budak ponteng sekolah yang jaga kaunter. Ponteng kelas sivik dan pendidikan moral. Tak ada kesedaran sivik langsung.

Bila memandu masuk diperkarangan Poli itu, aku lihat ramai awek-awek poli berpeleseran tak tentu arah. Bawa laptop ke mana-mana sahaja. Macam salesgirl pulak aku tengok. Lalu dengan muka innocent, aku pun memperlahankan kereta untuk bertanya arah (walau aku dah tahu arah sebenarnya) kepada sekumpulan awek-awek poli yang merayap di tepi jalan.

"Dik, tanya sikit. Mana arah nak ke blok V3 ye?"
"Pakcik terus kendian ambil lorong yang first tu pastu terus lagi kemudian simpang akhir tu belok kiri." jawap awek yang paling manis di situ.

Damn. Twice. Tak tahu seni langsung.

Betul kata orang tua, muka manis tapi subjek sivik dan pendidikan moral gagal, takde gunanya juga.

Atau aku yang perasan masih muda?

Entah.

5 comments:

  1. oh. kesian dipanggil pakcik. mugkin kena try oil of olay ka, garnier ka,ahaha

    ReplyDelete
  2. Tu la, aku dah plan2 nak jadi duta sabun susu kambeng. Tetiba org panggil aku pakcik, gila sedey....

    ReplyDelete
  3. sedarla ko jimbet dah tua. kutil kat blakang pon dah membesar selari dgn umo ko.hahahahak

    ReplyDelete
  4. Kutil2 jgn sebut ye jimbet. Tu kira mcm tanda lahir aku tu. Berharga.

    ReplyDelete

Komenlah Aku