Tuesday, May 12, 2009

SITUASI

Ini adalah ujian personaliti. Sila jawap seikhlas hati.

Anda berada dalam situasi di mana ada bencana yang akan menimpa kawasan kejiranan anda. Anda jadi gentar dan ingin menyelamatkan diri. Lalu anda keluarkan kereta Mazda RX8 dari bangsal kereta dan pandu laju-laju sebab nak selamatkan diri. Tiba-tiba anda melintasi satu pondok menunggu bas dan melihat 3 orang di situ yang kelam-kabut nak tunggu bas penyelamat datang.

Seorang adalah seorang lelaki tua yang tinggal di kawasan kejiranan anda. Jalan lambat dan bertongkat. Tua benar la dia ni. Anda kenal sangat dia ni cuma orang tua ni je yang tak kenal anda. Seorang lagi ialah kawan baik anda yang menjadi tempat anda meluahkan rasa suka dan duka anda. Memang terbaek la dia ni. Dan yang ketiga ialah seorang wanita yang menjadi idaman anda sejak anda berpindah di kawasan kejiranan anda. Anda dah dok perhatikan dia sejak 10 tahun yang lalu. Cantik, sopan santun, adat ketimuran, rambut panjang paras bahu dan berkain dalam.

Bencana semakin menggila. Kereta anda sudah sarat dengan perkakasan karaoke di seat belakang. Cuma boleh, bawa 2 orang je. Pemandu dan 1 penumpang. Anda perlu buat keputusan cepat-cepat. Tak boleh nak pikir berejam rejam. 2,3 saat dah cukup.

Siapa yang anda akan pilih untuk menumpangi kereta anda?

7 comments:

  1. aku pilih org tua dgn kawan baik.

    kalau perempuan ni, belum tentu die nak kat kite kan?

    ReplyDelete
  2. Dol, pilih sorang je. Yang kau pilih 2 org apasal?

    ReplyDelete
  3. ok. aku pilih. org tua. kesian kat atuk tu.

    tp, kalau kuorkan set karoke tu takleh ke? yg set tu lak dah nak lapuk dek zaman.

    ajak jek tiga2 tu?

    ReplyDelete
  4. Ok, kau pilih org tua. Set karaoke tu takle kuarkan. Jangan ngengada nak ubah soalan.

    ReplyDelete
  5. aku pilih perempuan 2.. if girl 2 pakai bra jer.. aku pilih kwan baik if dia bagi dia bagi awek dia kat aku.. aku pilih org tua 2.. if dia nak bagi ilmu pengasih kat aku... hakhakhakhak.. everything is about chick

    ReplyDelete
  6. Ok, memang betul. Kau mmg pervert nak mampos.

    ReplyDelete
  7. person who I choose:

    1. "kawan baik anda yang menjadi tempat anda meluahkan rasa suka dan duka anda"
    - of course friend indeed is friend in need"

    ReplyDelete

Komenlah Aku