Suatu malam, 2 lelaki yang dahulunya pernah makan bersama di Warong Singgel itu, bertemu kembali. Dalam suasana yang samar-samar, cahaya kelam-kelam, dan dan suara anjing menyahut-nyahut. Masih lagi duduk bersembang di bawah pokok mengkudu yang separuh tumbang dan di dahannya ada ayam bertenggek menumpang tidur. Musang masih lagi bersarang di bawah pokok, menanti-nanti nasib ada ayam yang mengigau turun ke tanah.
Tangan lelaki-lelaki bujang itu masih bertatang bekas polistrina terisi nasi dan lauk-lauk enak dari Warong Singgel. Lauk hasil tangan oleh bibik-bibik Indonesia itu langsung membuatkan selera bujang terbuka luas. Mungkin kerana daging dendeng. Atau gado-gado-nya. Mungkin iwak lele masak pecel. Ah, itu semua mereka tak ambil peduli sangat. Asalkan nasi bungkus ini sedap!
Mereka mengharungi malam itu seperti malam-malam yang pernah mereka lalui bersama. Beberapa kali.Saling bertukar-tukar lauk. Macam selalu-selalu. Tapi malam itu berlainan sedikit. Melah yang dari tadi menunggu pengangkutan awam, kelihatan resah-resah ibu kucing. Mungkin dia tidak tahu yang bas terakhir pada jam 8malam tadi. Mungkin juga dia sengaja memancing pandangan 2 lelaki bujang tadi. Hati Melah sememangnya dalam sekali. Tersihir pandangan Atrash, si lelaki satu. Dalam rancak berbual dengan Fudail, si lelaki dua, sempat juga dia mengerling rahsia Melah yang berada 30 kaki nun di seberang jalan.
Ya, lumrah alam. Lelaki cair dengan wanita. Belum sempat Fudail buat finishing move, Atrash terlebih dahulu bangun dan cuci tangan lebih kurang dengan air sirap limau. Lap-lap mulut dan tangan dengan tisu subsidi Warong Singgel. Terus-terusan melulu ke arah Melah. Fudail termangu.
"Adakah tinggal aku seorang sahaja yang terus menjadi pelanggan Warong Singgel?" Ujar hati-sepinya.
Ya, lumrah lelaki untuk meninggalkan teman apabila sudah tersihir dengan wanita.
Fudail campak bekas polistrina itu ke pangkal pokok mengkudu yang di bawahnya musang bersarang. Tak dapat ayam, tulang iwak lele pun jadi la, kata musang.
"Damn, aku ditinggalkan sebab perempuan?" Kata hati Fudail berapi.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku