Friday, May 22, 2009

NIGHT AT THE MUSEUM 2 : BATTLE OF THE SMITHSONIAN

Masa aku tonton filem pertamanya yang terdahulu, aku dapati pengarah semacam tidak mempunyai visi untuk membuat sekuel untuk filem ini. Tetapi memandang sambutan yang menggalakkan dari para penonton seluruh dunia, mungkin pengarah mahu ambil peluang untuk membuat sekuelnya.

Ini bukan sekadar filem. Anda boleh pelajari mengenai sejarah darinya. Macam filem pertamanya dulu, tetapi mungkin ini sejarah yang lain. Aku tidak pasti pula jika kebanyakkan patung yang digunakan di dalam filem itu benar-benar wujud di Institut Smithsonian itu. Kalau betul la ada, mahu sahaja aku pasang cita-cita untuk melawatnya satu hari nanti. Kalau malas nak baca buku sejarah, tonton dan rehatkan sahaja minda untuk filem ini. Aksi, komedi, romantik, adventur, semuanya bertemu dalam filem ini.

Dari filem ini, kita boleh tahu bahawa Amelia Earhart adalah wanita pertama yang membawa kapal terbang merentasi lautan atlantik secara solo. Ia adalah lambang kepada pembukaan minda manusia zaman itu yang rata-ratanya tidak menduga bahawa wanita boleh mengendalikan kapal terbang. Lawat website wanita ini.

Kita juga boleh tahu monyet pertama yang dibawa oleh manusia ke angkasalepas, Able seekor monyet jenis Rhesus, yang selamat tiba di bumi semula selepas berjaya mengembara di ruang angkasa.

Yang kelakarnya, watak antagonis filem ini, Kahmunrah mengumpul beberapa orang pemimpin tersohor dalam sejarah peradaban manusia, Ivan The Terrible, Napoleon Bonaparte dan Al-Capone, untuk menakluki dunia. Dialognya melucukan bila 3 pemimpin ini bersatu dalam satu kumpulan.

Selain dari Presiden Theodore Roosevelt yang terlibat dalam filem ini, Patung Memorial Abraham Lincoln di National Mall, Washington turut memeriahkan filem ini. Bayangkan patung setinggi 19 kaki itu boleh "hidup".

Aku membayangkan kalau Malaysia melahirkan filem berbentuk sejarah seperti ini, macam filem "Puteri Gunung Ledang". Ia pasti dapat menarik budak-budak untuk mengetahui sejarah Malaysia. Boleh juga dijadikan ABM (Alat Bantu Mengajar) untuk guru-guru subjek sejarah.

Anyway, just family movie. Boleh la layan dengan special effect yang cun. Berbaloi-baloi!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku