Wednesday, February 27, 2008

.::SI COMEL PART 1 : TIADA UNSUR MEMALUKAN.::.

~
Tiada siapa pun yang mengenali Comel (Bukan nama sebenar) ketika dia mula-mula masuk kampus ini. No body. No one, bak kata Alicia Kekunci. Dan tiada sesiapa yang mahu mengenali dirinya. Take note ok!
~
Hidupnya hanya bergantung kepada rakan-rakan sepolitekniknya sahaja. Tak lebih, tak kurang. Tiada usaha mencari rakan baru. Kesian.
~
Tapi dia bernasib baik kerana ada kawan-kawan lain yang sudi menerima kehadirannya dalam hidup mereka. Dia dikutuk.Dia diherdik. Dia dibuli. Dia redha. Nak masuk set sosial ini bukan mudah. Ini cabarannya. Tahniah, anda berjaya!
~
Sekarang Comel pun dah pandai kutuk orang. Perli orang. Bagi nama buruk dekat orang. Tapi satu je yang tak berubah. Kalau pergi makan, dia takkan order air minum. Never. Nehi. Tak akan. Realiti, ini adalah realiti.
~
Pelik? Ini belum lagi pelik. Kisah percintaannya lagi pelik. Aku suka. Aku ikuti perkembangan sejak dia mula-mula mengorat lagi. Aku bangga dengan kejayaan dia sekarang. Ganbatte kudasai.

Monday, February 25, 2008

.::JANGAN MELENTING, YA SAHABAT::.

~
Kebelakangan ini saya lebih cenderung menulis entry-entry berunsurkan kisah cinta pelik-tapi-sukses kebanyakkan rakan-rakan di sekitar kampus ini.
~
Kisah ini aku ceritakan bukan untuk menjatuhkan air muka atau maruah sesiapa sahaja. Ini untuk projek 20 tahun akan datang. Untuk kesenangan anda di masa hadapan. Bila anda buka blog ini untuk jangkamasa 20 tahun akan datang, mesti kisah-kisah silam ini mula melampiaskan rasa rindu.
~
Ada lagi.
~
Mungkin bagi memudahkan keturunan anda. Untuk apa? Bagi diorang tahu yang anda semua ini pernah menjadi topik dalam blog ini. Anda pernah popular. Walaupun hakikatnya 20 tahun akan datang, anda cuma orang tua yang duduk tempat TV dan hanya membebel sahaja.
~
Tidak lebih, tidak kurang. Itulah niat saya.
~
P/S: Aku juga suka bersahabat dengan wanita-wanita gossip. Banyak gossip terkini yang aku perolehi. Suka atau tidak, itulah kenyataan. Gossip-gossip membuatkan aku sedar yang manusia itu tidak sempurna untuk membuatkan mulut-mulut orang berhenti bergossip.
~
Entry akan datang. Kisah pencintaan 14 Februari: Si Comel. La ni tengah kumpul data. Tunggu!

HANYA DOA MENGIRINGI YANG TELAH PERGI

~
Semalam, sewaktu kelas SAD bermula, sebelum lecturer bagi tugasan, adik aku menelefon aku. Ada khabaran buruk. Pakcik aku sebelah bapa aku meninggal di dalam tidur. Waktu itu anak sulungnya kejut untuk bangun Solat Subuh. Tetapi tiada respon.
~
Arwah seorang pesara Medical Assistant (M.A) di Hospital Sultanah Aminah, sangat suka membaca. Adamasa lapag, dia penuhi dengan membaca.
~
Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
~
Makcik aku yang sebelum ini menjalani pembedahan untuk membuang kaki kanannya kerana jangkitan kuman berpunca dari penyakit kencing manisnya, telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu minggu lepas.
~
Alhamdulillah, saya sempat melawatnya sebelumpulang ke Kedah.
~
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman. Amin.

Wednesday, February 20, 2008

CINTA MENGUBAH MANUSIA. KE ARAH POSITIF DAN NEGATIF.


Setiap kehidupan di muka bumi ini memerlukan perasaan kasih sayang untuk meneruskan kehidupan. Dunia ini memang penuh dengan kekejaman. Sebab itu kita perlukannya. Di sini saya ingin perkatakan mengenai keajaiban cinta. Apa yang cinta boleh lakukan jika kita tidak menjaganya dengan betul. Walaupun ianya benda yang intangible, ia tetap memberi kesan kepada kita.
~
Kita mulakan.
~
Kesan Negatif.
Kesakitan disebabkan cinta adalah lebih sakit dari kesakitan yang ada di muka bumi ini. Hinggakan ada yang berpendapat, lebih baik mati sahaja dari sakit kerana cinta. Punya la pedih. Menghiris kalbu. Amin ada bercerita mengenai perihal cintanya yang sakit. Sakit ini tidak mempunyai ubat tertentu. Tiada seorang doktor pun yang mampu mencipta dos yang boleh merawat sakit cinta. Hatta Ibnu Sina, ilmuwan islam dalam bidang perubatan. Ianya nampak remeh tapi kesannya amat mendalam kepada sesiapa yang mengalaminya. Kadang-kala ia boleh menjurus ke arah kematian. Ia dipanggil Sindrom Patah Hati. Sindrom ini boleh membuatkan pesakitnya berfikiran buas, langsung tak berfikir mengenai dirinya sendiri.
~
Di sini saya ini menceritakan pengalaman saya bersahabat dengan pesakit ini.
~
Dia nampak seperti biasa jika berada dalam khalayak ramai. Tapi jangan dibiarkan dirinya bersendiri di dalam bilik. Dia pasti akan menangis. Menyanyi-nyanyi lagu kesedihan bergenre rock atau R&B dengan volum yang kuat lagi memekakkan. Dia akan baring memeluk bantal, kadang-kala berborak-borak dengan bantal bagaikan berborak dengan kekasihnya. Sikapnya dari bukan perokok kepada perokok tegar. Maksud saya, terlalu-amat-sangat tegar. Mengalahkan perokok sendiri. Kesian saya tengok bekas roommate saya itu. Hampir 2 bulan dia berkelakuan begitu. Tapi sekarang, Alhamdullilah dia berubah dan menemui cinta yang baru.
~
~
Kesan Positif.
Kebanyakkan cinta memberi kesan yang positif pada peringkat awal. Ya, ketika ianya baru berputik. Waktu itu sangat indah dan waktu itu juga yang paling sesuai untuk manusia berubah. Tak banyak yang saya perlu huraikan kerana ramai di kalangan kalian yang sudah menikmatinya lebih dari 2 kali. Betul?
~
Kisah terdekat yang saya ceritakan ialah seorang sahabat bernama Zan. Dahulu, sebelum cinta itu berkamus dalam hatinya, Zan seorang yang simple, perengus, anak jantan dn pelbagai lagi sifat mazmumah, ada dalam dirinya. Tetapi baru-baru ini, apabila cinta mula bertinta dalam kamus hidupnya, Zan benar-benar berubah walaupun hanya 5% sahaja.
~
Dahulu, perfume di dalam almarinya hanyalah berlabel "Malaikat Subuh" tetapi kini perfumenya berganti kepada jenama "Fantasia" Mawi. Hebat penangan cinta. Hebat!
~
Dahulu, bila bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai motor tapi berjalan kaki dengan awek, dia akan kata, "Kufur nikmat wei. Ada motor tapi hang jalan kaki". Tapi kini, dia telan balik kata-katanya. Lihat sahaja entry yang lepas di mana dia berjalan kaki dengan aweknya ke Perpustakaan. Hebat!
~
Dahulunya, Zan tak seterika baju untuk ke kelas dan hanya ala kadar sahaja, tetapi kini Zan lebih peka kepada fesyen Lelaki Metroseksual. Apa yang majalah syorkan, tak lama kemudian mesti dah ada dalam almari pakaiannya. Sangat peka. Hebat!
~
Dahulu... Penat la taip. Esok pagi nak exam. Sambung esok-esok je la.
~
Bye...

Tuesday, February 19, 2008

KAU BUKAN BANGANG. KAU CUMA JAHIL.

Pada suatu ketika, waktu perut berbunyi dan dalam perjalanan ke Lego.
~
Zan : Kau tahu tak maksud “mumayiz”?
~
Shah: Entah.
~
Me: Kau tak tahu? Dulu kan kau sekolah arab.
~
Zan: Mumayiz tu tahap manusia yang belum tahu bezakan yang buruk dan yang baik.
~
Me: Yang hak dan yang batil.
~
Zan: Waktu air kencing kau tu belum jadi najis.
~
Shah: Oh! Ye ke?
~
Me: Kau tak tahu? Kau kan bekas pelajar sekolah arab.
~
Shah: Jadinya aku ni, kalau tak tahu bezakan buruk dengan baik, boleh dipanggil mumayiz la. Eh?
~
Zan: Kau tu dah banyak kali baligh, kau boleh pulak kata kau mumayiz.
~
Me: Tu orang panggil bangang, bukan mumayiz.
~
Zan: Tu kasar sangat. Bahasa lembutnya, kau tu jahil.
~
Shah: Oh! Ye ke?

"ITU SEMUA KAWAN COP. SALAH KE AKU KAWAN DENGAN PEREMPUAN?" - ZAN

~
***Sekadar gambar hiasan : Bahana jika tangan anda jenis tak reti-reti nak duduk diam. Sekadar berkongsi pengalaman bersahabat dan bergambar dengan seorang lelaki muda Kota Tinggi yang jakun.
~
Sekadar peringatan kepada rakan-rakan di luar sana yang akan menggunakan mesin untuk mendapatkan gambar saiz pasport. Jika kalian menggunakan mesin mengambil gambar [Instant Photo Machine], sila pastikan kalian benar-benar bersedia dengan segala touch-up muka ataupun rambut. Jangan sesekali membuat persiapan last minute jika kalian sudah berada di posisi mengambil gambar. Biarkan saja muka buruk kalian. Kamera takkan rosak jika tertangkap muka kalian. 4 keping gambar berharga RM10 amat bernilai harganya. Bayangkan jika satu gambar dari 4 keping gambar itu rosak/reject/tak best dan kalian perlukan 4 keping gambar secara urgent, kalian hanya perlu bazir sedikit masa dan RM10 untuk 4 keping gambar yang lain. Is it worth? So, alway be alert okay guys?
~
~
Ini ada satu kisah menarik. Mungkin kalian yang berada di luar dari lingkungan set sosial di kampus kami, kisah ini kurang menarik dan tak rasa penting sangat pun. Tapi sekurang-kurangnya kisah ini boleh dijadikan pedoman kepada para gadis di luar sana [lebih-lebih lagi yang berada di Puchong] agar sentiasa berwaspada dengan jantan ego-tapi-kantoi seperti yang saya bakal ceritakan.
~
Dia baik. Dia rajin [Tapi tak rajin pergi kelas, selalu ponteng]. Dia ada “kuda” yang sentiasa ada orang pinjam untuk beli rokok di kedai bulatan walaupun “kuda”nya dikategorikan sebagai KKU (Kenderaan Kurang Upaya]. Dia boleh bagi pinjam “kuda”nya. Tiada masalah. Tiada isu. Tapi bila isu yang sibuk dibincangkan ialah mengenai perempuan/wanita/gadis muda/ibu gula [Sugar Mummy], dia bukan orang yang sesuai untuk membincangkannya. Bukan dia anti-wanita. Bukan dia minat kaum sejenis [Gay/Homoseks]. Bukan sebab dia pemalu. Ini adalah kerana dia amat pakar dalam bidang memperdayakan hati wanita yang lemah. Sangat pakar. Maksud saya, terlalu-amat-sangat-pakar. Kiranya dah boleh tahap profesor emeritus la. Kita mulakan dengan satu kisah. Kisah yang lain kurang menarik. Kita terus ke klimaks ok?
~
Suatu pagi sabtu yang tenang, ketika kebanyakkan pelajar senior sedang nyenyak tidur manakala para junior sedang sibuk terkejar-kejarkan bas UNIC yang kadang-kala ada kadang-kala tiada untuk ke kelas Ko-Kurikulum, beberapa orang pelajar kolej tepi-tasik-yang-ada-kayak telah pun bangun dari hibernasi pendek dan bersiap untuk ke pekan berhampiran. Dengan tujuan tidak lain dari berhibur [menonton wayang, main bowling] sambil melupakan sebentar assignment yang menimbun. Tetapi seorang daripada mereka mempunyai agenda yang berbeza. Dan seorang yang lain mengetahui agenda “suci”nya. Disogoknya dengan penggunaan “kuda” selama sehari. Ya, rakan-rakan lain sewa kereta untuk berhibur manakala rakan yang mempunyai agenda lain ini berjalan kaki ke perpustakaan. Suatu tempat yang tidak pernah [tidak mungkin?] dijejakkakinya jika tiada “orang” yang mengajaknya. Bila ditanya, “Kau nak ke mana? Tak nak join kami ke?”, dengan selamba dia berbohong [Dia juga pakar berbohong] “Tak nak la. Aku ada discussion”. Ok, fine. Tujuan baik. Nak discussion assignment.
~
Seketika selepas rakan-rakannya pergi ke pekan, dia; aku kenalkan sebagai Zan (bukan nama sebenar), meneruskan agendanya: Dating/Berpacaran/Ngedate. Ya, Zan yang tak pernah berjalan kaki ke mana-mana [walaupun ke Mall] kini berjalan kaki dengan awek [Dari entri ini, wanita yang 1st tu]. Sungguh tidak ada sesiapa sangka. Berdating di kala tiada orang yang mengesyaki. Dan berdating di tempat yang dia tau rakan-rakannya tak akan hampiri pada hari sabtu; perpustakaan! Tapi dia kantoi dengan jejaka-kacak-ini. Revenge is a sweet thing ever happen to me.
~
Oh! Itu baru cerita pada Sabtu. Apa yang terjadi pada hari Jumaat? Zan pergi berpacaran/ngedate/dating juga dengan awek yang sama tapi di tempat pertemuan yang berbeza. Tempat yang agak terbuka. Jadi, banyak la mata-mata gatal yang memandang sambil mulut-mulut jahat mengata, “Hee... Tak seswainya jantan itu dengan awek dia. Dia muka pecah rumah tapi awek lawa. Kesian kat awek itu naa”. Situasi makan malam ala-ala romantik di DC Domoto itu disedari oleh seorang sahabat yang kuat gosip. Agak-agaknya la, bila la tembelang jantan ego-tapi-kantoi dan aweknya akan diketahui oleh khalayak. Tembelang jantan pecah. Tembelang awek pecah. Kami tak cemburu tapi orang mengata. Kami tak tahan orang mengata. Kami pun ikut mengata nanti. Orang mengata kau Zan!
~
Kami tak cemburu dia keluar dengan mana-mana awek sekali pun [walaupun dia ada senarai kekasih gelap yang panjang], yang kami hangat hati sangat tu ialah dia akan berlagak. Dia ego. Dia tak akan katakan dia yang ajak wanita itu keluar dan tidak akan mengisytiharkan wanita itu aweknya. Never. Tak mungkin. Sebaliknya dia akan kata, “Dia yang ajak aku keluar. Dia yang tergila-gilakan aku”. Lagi satu, “Bukan aku cinta dia, dia yang cinta aku.” Ada ke patut?
~
Is it fair? Lelaki sekejam Zan mempunyai senarai kekasih gelap yang panjang manakala aku seorang lelaki yang baik dan bersopan santun tiada mempunyai teman hidup walaupun hampir suku abad lamanya? I believe in marriage :)
~
Para gadis di luar sana, jauhi dari jantan ego-tapi-kantoi ini. Please. Aku tak sanggup nak menadah air mata wanita yang dikecewakan dan dipermainkannya lagi. Kalau di ukur menggunakan tolok hujan, tahapnya dah sampai tahap kritikal. Code red. May day. Kece Mase.
~
Percayalah pada ku.
~
Lagi satu pesan aku pada jantan ego-tapi-kantoi.
~

Jangan bakar bilik aku deh :)
~
~

Friday, February 15, 2008

USAHA AKU TIBA-TIBA NAMPAK MUSNAH

Semalaman aku berdating dengan "Awek" tercinta. Sampai bawa ke atas katil. Punya la bersungguh aku berdating. Harap-harap aku boleh berjaya. Harap-harap. Kata kunci.
~
Hari ini hari penentu. Atas segala usaha aku berdating. Kopi Radix dah habis berbungkus-bungkus. Winston dah berkotak-kotak. Maggi dah berpeket-peket. Kertas kajang tak payah cerita la. Lagi banyak. Dakwat pen lagi.
~
Tak puas bergomol malam, pagi tadi kami repeat lagi. Bagi puas. Bagi cerdas. Bagi keluar semua. All out.
~
All out tu, all out jugak.
~
Tengok kertas soalan, senyum dah meleret-leret dah. Senang. Tak lah senang sangat tapi boleh la. Buat punya buat, syok punya syok, alamak! Masa dah nak habis. Bukan 2 jam ke Cik?
~
Ek eleh... 1 jam 1/2 sahaja. Ingat cukup ke? Baik-baik boleh score, terus menerus tak boleh. Hampeh. Semua kerja jadi separuh. Mana ada akauntan sediakan akaun untuk pelanggan, separuh saja. Ini tak boleh jadi. Kalau Encik-encik kena mengadap muka aku lagi semester hadapan, Encik-encik sekalian jangan salahkan saya ye. Salahkan jam dinding dewan peperiksaan petang ini. Dia jalan cepat sangat. Aku tak marah.
~
Ada orang sabotaj kami kot? Aku rasa la.

Thursday, February 14, 2008

AKU JATUH CINTA. ERR... AKU TERPAKSA JATUH CINTA.

Satu dunia meraikan hari kekasih. Walaupun tak semua, tapi ada la segelintir. Aku salah seorang darinya. Temujanji aku bermula sejak malam semalam lagi. Berdating sampai jam 2.00am membuatkan aku kurang bermaya untuk bangun pagi. Ada diskusi mengenai subjek kritikal bersama beberapa orang teman. Dengan mata merah, aku berjalan sekitar fakulti. Kosong. Kekadang nampak sepasang pelajar makan berdua-duaan di Lego [Cafe Hijau Kuning]. Meraikan hari ini dengan budget rendah. Budget pelajar. Tapi peduli apa kan? Cinta itu buta. “Spread the love” Kata orang di Blogosphere.
~
Oh ya! Malam ini aku ada temujanji lagi. Tetapi dengan yang lain. Mungkin sampai ke pukul 4.00am. Terpaksa. Aku bukan nak sangat pun. Tapi kalau tak dating malam ni, nanti ada orang marah. Hehehe...
~
Tapi kalian jangan risau. Aku masih okey walau kena dera macam ini sekalipun. Aku sudah imun. Dah 2 tahun dah. Kerenahnya aku perlu hadapi untuk masa depan yang lebih cerah.
~
Tika orang lain sibuk mencari restoran 5 bintang untuk makan malam romantik diterangi lilin, aku pula sibuk mencari makanan segera untuk bekalan tengah malam. Makan bawah lampu study je. Saat orang sibuk beli kuntuman mawar merah mahal mendadak, aku sibuk cari latihan-latihan dari para wanita dengan harga sekuntum senyuman manis. Ketika orang lain sedang sibuk mengucapkan kata-kata cinta romantik pada pasangan, aku pula sibuk mengomel pada diri sendiri. “Apekejadahnya la tak dapat jawapan dari tadi ni!!!”. Err.....????
~
Peperiksaan pertengahan semester sudah mula mengambil alih jadual hidup aku.
~
Semalam dating dengan timbunan nota, latihan dan buku-buku Percukaian Lanjutan. Aku terpaksa mencintainya. Biar pun hanya untuk satu malam.
~
Malam ini pula aku kena bercinta dengan timbunan nota dan latihan Perakaunan Kewangan Lanjutan 1 [FALAN 1] pula. Aku terpaksa menyintainya. Biar pun hanya untuk satu malam. Mungkin tidur kami lebih romantik malam ini. Persiapan secukupnya telah aku sediakan.
~
Seuncang Kopi Radix. Bukan kopi tegak.
2 bungkus Mee Segera Maggi perasa kari. Lebih romantik jika ada telur.
Rokok winston light 2,3 batang pengganti lilin-lilin romantik.
Dan sedikit rasa kasih sayang dan fokus penuh terhadap kekasihku malam ini, FALAN 1.
~
Aku sudah sedia!!!

Monday, February 11, 2008

PERJALANAN KE UTARA BERSAMA BAKAL-CIKGU. DITAJA PENUH OLEHNYA. TERIMA KASIH.

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina sudah mahu berakhir. Aku diminta untuk menemankan bakal cikgu untuk ke utara. Apa salahnya. Walaupun tiket bas pulang ke Sintok telah aku beli sebulan awal, terpaksa aku jualkannya kepada seorang kenalan dari Johor Bahru yang juga mahu pulang ke Sintok. Tiket semahal RM80 aku jualkan dengan harga RM70. Rugi betul.
~
Perjalanan bermula sejak hari Jumaat lagi, walaupun kelas aku hanya bermula hari Isnin. 2 hari awal. Petang Jumaat itu kami bercadang untuk melawat seorang teman yang bernikah dan bakal melangsungkan persandingan pada hari Ahad. Perjalanan terpaksa dibatalkan memandangkan kami tidak tahu tempat pernikahan dijalankan. Harapan musnah. Malam itu aku bermalam di rumah bakal cikgu. Naik segan aku dengan adik beradiknya sebab kakak dan abangnya semua dah berumur. Dah beranak pinak dah pun. Aku je muda. Ye la, tua tapi belum berumahtangga.
~
Berjalanan kami diteruskan lagi pada 11.00am hari Sabtu. Bersama-sama dengan penumbang baru, anak saudara bakal cikgu akan menumpang kami untuk ke MRSM Merbok, Sungai Petani, Kedah. Perjalanan kami merentas beberapa tempat menarik. Kami singgah di pekan Ayer Hitam. Cadangnya, bakal cikgu mahu membeli hadiah untuk anak saudara yang lagi satu, sempena ulangtahun kelahiran yang lepas. Belek punya belek, tiada yang berkenan untuk dijadikan hadiah tapi ada yang berkenan untuk dijadikan hiasan dalaman kereta barunya, Myvi Hitam JKS 4760. Tema kereta baru: All About Mr Bean. Kami juga singgah di pekan Parit Raja. Sempat la jugak memilih beberapa paket kerepek tempatan untuk dijadikan kudapan di Sintok nanti. Kereta terus dipandu sehinggalah tiba di Muar dimana ia adalah persinggahan terakhir sebelum perjalanan ke Kedah diteruskan.
~
Pengembaraan sebenar bermula jalan 8.30pm hari Sabtu. Dengan menyusuri lebuhraya TMJ Muar-Melaka, kami memasuki Tol Ayer Keroh untuk penjimatan tol yang maksimum. Oleh kerana ini adalah perjalanan aku memandu kereta sendiri ke Utara yang pertama kali, aku berasa begitu teruja. Actually, sangat teruja. Perjalanan malam tanpa makan malam menyebabkan aku lemah. Kami singgah di R&R Seremban arah Utara. Tu dia..... kereta dah macam semut. Selera makan aku terbantut. Jadi, kami singgah di stesen minyak Petronas untuk melangsaikan keperluan duniawi. Memang sudah rezeki kami, terserempak pula dengan Wak Bet, seorang kenalan zaman persekolahan. Dia baru saja pulang dari kampung halaman untuk menguruskan majlis peminangan adik perempuannya. Jurutera Petronas yang bekerja di Labuan ini sudah lama aku tak jumpa. Kira-kiranya sejak reunion NTMTTS yang terakhir di Port Dickson dulu. Zaman mereka di peringkat Universiti.
~
Perjalanan diteruskan lagi.
~
Ini pertama kali aku dapat rasakan keenakkan menikmati roti atau biskut kering di lebuhraya di musim perayaan. Mujurlah aku tak perlu menikmatinya banyak sangat kerana aku menyusuri exit ke Ipoh. Jika aku meneruskan perjalanan melalui Tol Sungai Besi, berapa bungkus roti yang perlu aku habiskan sedangkan kereta mula berasak sejak di exit Nilai. Mujur. Rasanya Pais pun tak sempat makan banyak roti kan?
~
Perjalanan diteruskan lagi.
~
Kami akhirnya berhenti rehat di R&R Tapah arah Utara. Orang kata, tandasnya selesa. Nak tidur dalam tandas pun ok. Punya la selesa. Selera makan kami dirosakkan oleh pilihan [Spoil By Choices]. Kami tak tahu nak makan apa. Makanan segera akhirnya dipilih. KFC. One Two Three. Boring. Minggu lepas pun dah 4 kali aku makan KFC. Mungkin untuk 3,4 bulan akan datang aku tak makan KFC kot. Aku sambung memandu. Perut kenyang, hati senang, air-cond sejuk, mata mengantuk. Padah. Tapi aku gagah.
~
Perjalanan trafik malam itu sangat lancar menuju ke utara. Tak banyak kenderaan yang melintasi. Cuma kekadang bas-bas ekspress memotong dengan kelajuan yang tinggi. Masih tak serik-serik lagi dengan kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Sesekali juga terlihat kelibat abang-abang polis dok melepak bawah jejantas sepanjang perjalanan. Sibuk menembak pesalah-pesalah trafik yang memandu dengan jiwa kelajuan. Mungkin dapat 2,3 mangsa. Juga. Kelihatan abang-abang PLUS menolong pengguna lebuhraya yang mengalami kesulitan. Kebanyakkannya, tayar pancit. Kemalangan tak kelihatan malam itu. Alhamdulillah. Mungkin kerana Ops Sikap kot.
~
Perjalanan lagi diteruskan.
~
Berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol tak banyak membantu perjalanan kami. Mata ini bagai digayuti batu. Tetap nak pejam walau dah disogok bertin-tin Red Bull dan Tongkat Ali Power Root. Perjalanan yang melewati kekuatan metabolisme badan. Menongkah arus rutin harian. Kereta terus dipandu dengan kelajuan sederhana. Memang sederhana. Hingga motor pun mampu nak memotong. Akhirnya kira-kira jam 5am kami tiba di exit Tol Sungai Petani (U). Singgah di Kayu Nasi Kandar. Kami order kayu. Mamak kata “Dah abes la tambey. Ini jam sudah pukul 5. Minum juga ada”. Dia kata 24jam. Aku ingat 24jam ada. Bohong. Bosan dengan pembohongan, kami mencari-cari masjid di celahan kegelapan bandar Sungai Petani. Ya, singgah juga kami di Masjid Sultan Muzaffar Shah. Tumbang baring di wakaf. Sejuk. Embun pagi memang dingin. Sampai nyamuk-nyamuk pun riang menyanyi-nyanyi di telinga kami.
~
Alhamdulillah. Kami berjaya menunaikan fardhu subuh secara berjemaah walaupun mas’buk. Terlewat bangun. Agak-agaknya, bila ek kali terakhir kami subuh berjemaah? Entah. Malas nak ingat peristiwa malu. Kelibat 2,3 orang orang muda mundar mandir di masjid. Student agaknya. MRSM atau UiTM. Orang jauh. Macam kami. Cuma berbezanya, kami ada kereta. Boleh pergi cari sarapan. Telah menjadi sinonim dengan kawasan utara, kami cuba bersarapan di Nasi Kandar Nashmeer. Kami tak order kayu. Takut tak ada lagi. Kami order roti dan telur setengah masak. Ala barat di gerai mamak. Sambung kembali sesi rehat di masjid yang sama dengan tahap perasaan malu yang rendah pada Tok Siak. Tumpang tidur ya Tok Siak.
~
9.30am kami teruskan perjalanan ke Tesco. Cadangnya untuk membeli persiapan terakhir Bakal-Cikgu. Juga persiapan anak saudaranya. Aku turut serta berbelanja. Serba sederhana. Sekonyong-konyong kelihatan seorang sahabat lama. Dah lama menghilang. Jumpanya di Tesco. Penemuan hebat. Bullah Idris. Perbualan rancak kami bersambung di Kedai mamak berdekatan. Kedai mamak lagi. Takpe, Bullah belanja. Mulanya dia nak beli bateri, akhirnya lebih duit bateri dia buat belanja kami. Dia kerja apa ntah. Enggan beritahu pekerjaan sebenarnya. Yang penting, bukan jual dadah, katanya. Lagi satu dia pesan suruh beritahu semua, dia tak pakai kereta lagi. Belum mampu.
~
Lagi perjalanan diteruskan.
~
Setelah tiba di Jitra, maka berakhirlah perjalanan kami. Persiapan terakhir dilakukan sebelum kami berehat sepenuhnya di Sintok. Adoi, penatnya menaip. Nak sambung? Taknak la.

Thursday, February 07, 2008

TATKALA MEREKA BERCUTI, AKU TURUT BERCUTI. TATKALA AKU EXAM, MEREKA BERGEMBIRA.

Dah lama aku tidak menghantar post dalam blog aku sendiri. Sebenarnya, aku berada dalam mode rehat dan santai. Kerana selepas musim perayaan Tahun Baru Cina ini, aku terlalu amat sungguh sibuk dengan pelbagai aktiviti. Peperiksaan pertengahan semester menanti giliran untuk mengambil tempat dalam jadual harian aku. Datang bersama perasaan gentar. Walaupun cuti pertengahan semester [walaupun belum sampai setengah semester] telah berlalu hampir seminggu lamanya, aku tak rasa sedikit pun nikmat bercuti. Kerana sejak kaki aku berpijak atas bumi Johor, jadual harian aku mula berubah sejajar dengan pelan-pelan "last minute" yang rata-rata dibincangkan tanpa pengetahuan aku.
~
Ahad lepas, selepas kenduri arwah 40 hari untuk makcik aku pada sabtu malam, sebelum sempat aku bermesra dengan katil aku sendiri, seorang sahabat meminta tolong menemaninya ke Seremban untuk temuduga jawatan Kaunselor MRSM. Apa salahnya aku temankan. Janji fully support dari pihak penaja. Mudah-mudahan bila dia dapat kerja, tak lah dia lupakan aku. Amin. Lepas habis temuduganya, kami yang dipandu oleh seorang lagi sahabat, Pensyarah PoliPD, bergegas ke HKL untuk melawat makcik aku yang sudah 3 minggu terlantar selepas pembedahan kakinya. Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengannya. Walaupun keadaannya amat lemah, dia sempat membuka matanya dan mendengar apa yang aku katakan. Dan aku belajar sesuatu di sini. Kita yang hidup di dunia ini perlu selalu bersyukur dengan segala apa yang diberikanNya. Dalam apa keadaan sekalipun kita kena sentiasa ingat kepadaNya.
~
Dalam keadaan diri aku yang sibuk dan dambakan waktu santai, aku menyempatkan diri untuk berkunjung ke Badan Cemerlang Plaza Angsana untuk bercuci mata dengan buku-buku baru di pasaran. Targetku cuma satu, iaitu membeli buku yang menjadi bualan ramai, "Ayat-Ayat Cinta". Telahku sediakan wang secukupnya. Walaupun baki akaun bank PTPTNku telah menyusut jatuh ke 3 angka, aku gagahkan juga untuk membelinya. Ahh... Aku jadi pusing. Kenapalah Alaf 21 menerbitkan "Ungu Karmila" tatkala aku dambakan "Ayat-Ayat Cinta". Novel terbaru Abg Ramlee. Aku pertimbangkan sebaiknya. Mahukan novel cinta padang pasir yang menjadi bualan ramai atau menambahkan lagi koleksi tulisan Abg Ramlee. Apa salahnya jika aku beli kedua-duanya. Bukan senang aku punyai masa untuk ke bandar untuk membeli lagi. Aku jadi tamak. Apa boleh buat. Aku kepingin kedua-duanya. Harap-harap perkara sebegini tidak terjadi tatkala aku sedang berpacaran. Pilih 1 antara 2. Minta simpang la malaikat 44.
~
Maaf ya Pais, tak dapat temankan kamu menonton CJ7 di Johor Bahru. Aku tak boleh langgar jadual yang aku dah rancang beberapa hari ini. Mungkin lain kali. Setelah kamu meletakkan jawatan sebagai "Jejaka Metropolis" lantas bertukar status sebagai "Jejaka Suburban JB". Jadik tak?
~
Apox, semoga berjaya dengan rancangan bawa keluarga bercuti. Apa-apa hal, Insya-Allah aku tolong.
~
Ketemu lain kali ya. [Aku dah semacam terpengaruh dengan Ayat-Ayat Cinta. Ayat-ayat aku pun dah berbaur Indonesia.]