1.
Pernah dengar tak penyakit ini? Benar... Ini bukan penyakit MC nak mintak cuti. Ini bukan penyakit nak meraih perhatian orang. Ini penyakit adalah benar-benar kejadian. Walaupun kes-kes yang dilaporkan adalah kecil, ini tidak bermakna penyakit ini tidak merbahaya. Kebanyakkan yang dilaporkan berakhir dengan kematian. Apekejadahnya penyakit ini? Nama macam pelik je?
~
**Aku rasa macam kena penyakit ni la.
2.
Sebentar tadi aku ada menonton drama bersiri "House M.D" di saluran AXN. Ya... Episod kali ini mengesahkan pesakit yang menghidap "Broken Heart Syndrome". Seorang sukarelawan lelaki telah menyelamatkan seorang wanita yang dia sendiri tidak kenali dalam satu kebakaran berkeadaan "BackDraft" di mana lelaki ini terpaksa menjalani prosedur pencantuman kulit selepas peristiwa itu. Itu kisah lama mereka. Mereka menjadi kawan selepas peristiwa itu. Sekali lagi kebakaran berlaku yang hampir meragut nyawa wanita ini tapi lelaki ini gagal menyelamatkanya kerana pengsan sebelum sempat memberikan bantuan. Wanita itu selamat dan sentiasa menemani lelaki itu di hospital. Pasukan House cuba mencari jawapan persoalan mengapa lelaki tadi boleh pengsan secara tiba-tiba. Rupa-rupanya mereka tersalah diagnosis. Setiap kali lelaki ini bersama dengan wanita itu di hospital, setiap kali itu lah dia terkena serangan jantung. Serangan ini agak pelik kerana jantung lelaki ini adalah sihat. Rupa-rupanya ia berkaitan dengan Sindrom Patah Hati kerana ia suka wanita itu dan tidak pernah menyatakan perasaannya sehinggalah dia mendapat berita bahawa wanita itu adalah tunang abangnya! Ironiknya, itu semua adalah khabar angin dan lelaki itu telah menjalani prosedur renjatan otak untuk memadam segala memori dan menyelamatkan nyawanya sebelum dia mengetahui keadaan sebenar.
~
3.
Penyakit ini berkaitan dengan kardiologi. Penyakit ini berpunca daripada kejutan emosi yang akan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi walaupun jantung adalah sihat dan segala saluran arteri dalam keadaan baik selepas pemeriksaan andiogram. Berlainan sama sekali dengan penyakit jantung biasa yang berpunca daripada salur arteri yang tersumbat. Kegagalan kardio dan permainan emosi mungkin mempunyai kaitan secara terus dan inilah yang dikaji oleh sepasukan pakar dari John Hopkin Medicine dan masih lagi dalam peringkat kajian.
~
** Aku taknak la kena penyakit ni. Aku tak kahwin lagi. Amal pun tak cukup.
Link ke John Hopkin Medicine : Broken Heart Syndrome
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku