Wednesday, January 16, 2008

GADIS MUDA : SUATU SUBJEKTIF YANG PELIK

Tak banyak yang aku nak tulis. Cuma beberapa bingkisan kisah perempuan lucu yang aku pernah temui sepanjang pengajian aku di sini. Perempuan ini bukan seorang badut ataupun peserta Raja Lawak. Ini juga bukan kisah yang benar-benar lucu tapi lebih kepada sarkastik dan slapstik tentang keegoan wanita yang nak melebihi ego lelaki. Kisah yang jika aku fikir-fikirkan semula, ianya tak sepatutnya berlaku. Kelakar la jika kalian dalam posisi aku.
~
Are you in my shoes?”
~
Kisah Gadis Satu.
Aku mengenali dia sejak hari pertama orientasi lagi. Dia seorang yang amat menarik dari segi rupa parasnya. Tapi kami jarang bertegur sapa. Maklum la, pipit dengan enggang mana la boleh terbang bersama. Nanti helang datang menyerang. Dia menjadi perhatian ramai dari peringkat rakan sebaya hingga la ke peringkat fasilitator yang berusia muda. Berkulit putih langsat, pipi gebu, berlesung pipit, matanya redup, sangat menarik tapi dirosakkan dengan suara kanak-kanaknya. Memang patut pun dia tak banyak bercakap. Ramai sudah yang aku lihat kecundang dalam mengharapkan cintanya. Aku tak mahu ambil risiko untuk mencuba kerana aku sudah mendapat firasat yang kurang baik jika aku teruskan. Dan aku bukan orang yang berpegang pada ayat “Apa salahnya mencuba.”. Satu persatu jejaka yang mendampingnya bertukar ganti. Jejaka itu semua tak tahu malu. Kalau nak ikutkan hati aku, aku nak je hadiahkan cermin muka bersaiz gergasi kepada mereka agar mereka sedar sikit. Macam aku. Sedar diri.
~
Nak dijadikan cerita pula [Tapi ini benar-benar kejadian] seorang rakan aku yang tahap kehensemannya kurang sikit je jika dibandingkan dengan Boer, si kambing Australia, tersangat la meminati gadis ini. Jika hendak diikutkan sejarah penglibatannya dalam mematahkan hati para gadis Kuala Lumpur, prestasinya juga amat cemerlang. Tapi entah kenapa dia bagai hilang taringnya jika berhadapan dengan gadis ini. Ahh... Mulanya nampak mustahil. Sangat mustahil jika playboy besar Kuala Lipis boleh cair dengan gadis ini. Manifesto yang diperjuangkannya selamanya ini; “Biar perempuan yang cari dia, bukan dia cari perempuan”, nampaknya kurang berkesan terhadap gadis ini. Dipendekkan cerita, si gadis ini menghantar SMS kepada dia semasa cuti akhir semester 2 semester lepas. Maka, berbunga-bungalah hati sang jejaka. Prasangkanya yang menyatakan dia dipermainkan rakan-rakan jauh meleset. Sejak hari itu, setiap malam la dia berSMS dengan gadis ini. Kami, rakan seperjuangnya mula rakan berbulu; jealous bercampur geram sebab dia masih berpegang pada manifestonya walhal dia yang tergila-gilakan gadis itu. Pernah aku berkata kepada si jejaka ini dengan nada menyindir,
~
“Kalau kau bercinta dengan dia, ibarat syaitan bercinta dengan bidadari tau. Jauh bezanya tu.”
~
Tapi si jejaka perasan ini buat endah tak endah sebab baginya, sebahagian hati gadis itu sudah menjadi miliknya. Mungkin dia mengadu pada gadis ini perihal metafora yang aku berikan tentang perhubungan mereka. Sebelum ini, hubungan aku dengan gadis itu biasa-biasa saja. Setakat bertegur sapa jika terserempak di fakulti. Tapi selepas peristiwa itu, langsung dia tak bertegur sapa dengan aku walaupun duduk makan semeja. Malas la pulak nak bertegur. Takut dilabelkan sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Sungguh paranoia sekali aku ini.
~
Mungkin mata hati gadis ini masih lagi dikaburkan oleh kata-kata manis yang keluar dari mulut masam jejaka ini. Semua baik belaka, manis belaka. Kelakar bukan, hubungan baik antara kami .... Pppoooffff! Hilang sekelip mata kerana metafora yang disalah sangka. Dunia ini bukan tempat yang sesuai untuk orang yang lemah. Terimalah hakikat ini.
~
Kisah Gadis Dua
Gadis dua ini aku kenali semasa aku semester satu. Dahulunya dia seorang rakan yang baik. Dan rajin. Dan aku menggunakan kerajinannya untuk kepentingan diri sendiri. Bukan setakat aku, tapi kebanyakkan antara kami. Notanya complete, kami fotostat. Tutorial siap, kami tiru. Soalan final exam past yearnya banyak, kami pinjam separuh [tanpa pulangkan semula]. Manipulasi sepenuhnya. Dia banyak bersikap minoriti dan kami yang mendominasi. Satu peristiwa yang aku tak lupa bilamana kami berada dalam dewan kuliah dan berdepan dengan ujian. Dia kusut. Sebelum lecturer suruh berhenti menulis, di menjengah kertas jawapan aku dan dapat ditangkap oleh pengawas peperiksaan. Kertas jawapan kami dirampas. Dia dicaj meniru dan aku dicaj memberi tiru. Kena tolak 3 markah dari markah ujian aku yang sikit, 15/50. Ada satu ketika lagi bilamana dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang kawan aku. Bukan berkhalwat. Cuma berjalan bersama semasa pulang dari belajar berkumpulan di perpustakaan. Balik awal pagi, takut pulak si gadis nak berjalan seorang diri. Lantas dirush oleh sekumpulan pengetua kolej yang meronda malam itu. Nah, bala kedua menimpa. Tapi semester demi semester attitutenya semakin berubah menjadi lebih agresif. Lebih dominan. Kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjauhinya diri darinya. Dia lebih bersikap mengarah dan mengongkong. So irritating. Semuanya nak ikut cakap dia. Dia je yang betul. Yucks!
~
Ingat lagi jejaka perasan dari cerita aku di atas? Dia adalah orang yang sangat membenci akan gadis ini. Kebencian yang tiada sempadan sehinggakan dia sanggup tarik diri dari subjek yang memerlukannya berkumpulan dengan gadis ini. Walaupun dia terpaksa tangguh 1 lagi semester. Dia ni dah sampai tahap otai kebencian. Aku dah cakap, dia ni syaitan. Kami menggelarkan gadis ini “Natasha”. Kenapa? Biar cerita ini kami je yang tahu. Gadis dua, jika anda baca artikel ini, harap kita tak bergaduh dalam shout box lagi dan anda tak habis-habis cakap, “Sorry la. Aku tau aku salah.” Eee...yeee..... Gelinya........
~
Kisah Gadis Tiga.
Gadis tiga ini aku kenali semasa aku semester 1 dan dia semester 4 [Senior muda] di mana aku kenalinya ketika satu program anak angkat yang dianjurkan oleh kolej aku. Pada mulanya aku perhatikan, dia seorang yang lemah lembut dan senang nak diajak berborak. First impression aku terhadapnya amat salah. Kami memulakan hubungan persahabatan dengan berbalas SMS pada semester-semester yang seterusnya. Saling menghulurkan bantuan tatkala dia memerlukan, sudah menjadi rutin setiap semester. Tetapi aku langsung tiada hati terhadapnya. Kenapa? Dia seorang yang keras hati, tak nak lihat kelemahan diri sendiri. Pernah dia putuskan beberapa kali hubungan persahabatan kami atas sebab aku kutuk dia. Aku suka kutuk depan-depan. Direct forward. Taknak simpan-simpan. Dia tak nak terima hakikat. Apa aku boleh buat? Dia berhati kaca sebab dia wanita. Tak biasa dengan hakikat yang terus terang. Tapi aku tak kesah sebab dia pasti akan cari aku balik jika nak minta bantuan aku. Ada juga satu ketika kawan aku sendiri yang suruh aku berhubungbaik dengan dia semula sebab tak tahan hari-hari gadis ini bertanya khabar tentang aku, tanya kenapa aku marah kat dia. Rimas la kawan aku. Hubungan kami menjadi end-of-story bila suatu hari dia minta bantuan saya dan dia datang sangat lambat 30 minit dengan alasan pendrivenya hilang. Itu masalah saya ke? Dah la datang lambat, mintak maaf pun tak. Aku nak tolong dia percuma, bukan mintak bayaran pun. Tapi dia tak rasa dia bersalah. Dia cuma bagi pesanan ringkas; “Maaf kalau kau rasa aku bersalah.”. Kalian rasa dia rasa dirinya bersalah ke? Tidak. Dia langsung tak pernah rasa bersalah. Pegi la mampos. Dah la jaja nama aku tak nak tolong dia last minute. Habis busuk nama aku. Aku peduli apa. Asalkan kawan-kawan aku tahu aku tak bersalah itu sudah mencukupi pada aku. Jika antara anda merujuk kepada comment di frienster saya baru-baru ini, sila highlightkan comment dari “Azwa”. Dia la gadis ini. Nampak macam innocent tapi cubalah berkawan dengannya. Anda akan tahu. Kalau anda baca blog ini wahai Azwa, aku cuma harap kau berubah la. Kau tu dah nak jadi isteri orang. Jangan bawa perangai kanak-kanak kau ni.
~
Setakat ini je la. Banyak lagi sebenarnya. Cuma tak larat nak taip je. Kalau ada sesapa nak tolong taip, orait gak. Ok, till then. Salam ukhuwah. Chewah!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku