Thursday, February 07, 2008

TATKALA MEREKA BERCUTI, AKU TURUT BERCUTI. TATKALA AKU EXAM, MEREKA BERGEMBIRA.

Dah lama aku tidak menghantar post dalam blog aku sendiri. Sebenarnya, aku berada dalam mode rehat dan santai. Kerana selepas musim perayaan Tahun Baru Cina ini, aku terlalu amat sungguh sibuk dengan pelbagai aktiviti. Peperiksaan pertengahan semester menanti giliran untuk mengambil tempat dalam jadual harian aku. Datang bersama perasaan gentar. Walaupun cuti pertengahan semester [walaupun belum sampai setengah semester] telah berlalu hampir seminggu lamanya, aku tak rasa sedikit pun nikmat bercuti. Kerana sejak kaki aku berpijak atas bumi Johor, jadual harian aku mula berubah sejajar dengan pelan-pelan "last minute" yang rata-rata dibincangkan tanpa pengetahuan aku.
~
Ahad lepas, selepas kenduri arwah 40 hari untuk makcik aku pada sabtu malam, sebelum sempat aku bermesra dengan katil aku sendiri, seorang sahabat meminta tolong menemaninya ke Seremban untuk temuduga jawatan Kaunselor MRSM. Apa salahnya aku temankan. Janji fully support dari pihak penaja. Mudah-mudahan bila dia dapat kerja, tak lah dia lupakan aku. Amin. Lepas habis temuduganya, kami yang dipandu oleh seorang lagi sahabat, Pensyarah PoliPD, bergegas ke HKL untuk melawat makcik aku yang sudah 3 minggu terlantar selepas pembedahan kakinya. Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengannya. Walaupun keadaannya amat lemah, dia sempat membuka matanya dan mendengar apa yang aku katakan. Dan aku belajar sesuatu di sini. Kita yang hidup di dunia ini perlu selalu bersyukur dengan segala apa yang diberikanNya. Dalam apa keadaan sekalipun kita kena sentiasa ingat kepadaNya.
~
Dalam keadaan diri aku yang sibuk dan dambakan waktu santai, aku menyempatkan diri untuk berkunjung ke Badan Cemerlang Plaza Angsana untuk bercuci mata dengan buku-buku baru di pasaran. Targetku cuma satu, iaitu membeli buku yang menjadi bualan ramai, "Ayat-Ayat Cinta". Telahku sediakan wang secukupnya. Walaupun baki akaun bank PTPTNku telah menyusut jatuh ke 3 angka, aku gagahkan juga untuk membelinya. Ahh... Aku jadi pusing. Kenapalah Alaf 21 menerbitkan "Ungu Karmila" tatkala aku dambakan "Ayat-Ayat Cinta". Novel terbaru Abg Ramlee. Aku pertimbangkan sebaiknya. Mahukan novel cinta padang pasir yang menjadi bualan ramai atau menambahkan lagi koleksi tulisan Abg Ramlee. Apa salahnya jika aku beli kedua-duanya. Bukan senang aku punyai masa untuk ke bandar untuk membeli lagi. Aku jadi tamak. Apa boleh buat. Aku kepingin kedua-duanya. Harap-harap perkara sebegini tidak terjadi tatkala aku sedang berpacaran. Pilih 1 antara 2. Minta simpang la malaikat 44.
~
Maaf ya Pais, tak dapat temankan kamu menonton CJ7 di Johor Bahru. Aku tak boleh langgar jadual yang aku dah rancang beberapa hari ini. Mungkin lain kali. Setelah kamu meletakkan jawatan sebagai "Jejaka Metropolis" lantas bertukar status sebagai "Jejaka Suburban JB". Jadik tak?
~
Apox, semoga berjaya dengan rancangan bawa keluarga bercuti. Apa-apa hal, Insya-Allah aku tolong.
~
Ketemu lain kali ya. [Aku dah semacam terpengaruh dengan Ayat-Ayat Cinta. Ayat-ayat aku pun dah berbaur Indonesia.]

5 comments:

  1. xpe.. aku dah tgk cj7..

    ReplyDelete
  2. bkn ko lh eh wiwin yg nangis ngk
    CJ7..

    ReplyDelete
  3. ayat-ayat cinta sangat hebat tulisannya :)

    aku sgt suka

    ReplyDelete
  4. Iza: CJ7 kat sintok takdak la. Tggu kuar CD la. Aku nangis?

    Apox: Sama-sama

    Jane: Kau jauh lagi nak jadi Sofea :p No offense

    ReplyDelete

Komenlah Aku