Sunday, November 02, 2008

ALARM UNTUK DIRI SENDIRI YANG SEMAKIN ALPA

Peperiksaan dah berada di hujung selekoh. Tapi. Macam biasa. Aku masih berada di dunia aku sendiri. Dunia mendownload pelbagai cerita menarik dari alam cyber. Satu per satu, 2 kali sehari, aku akan ke makmal komputer. Aku kini kian ketagihkan rancangan Destinasi Budget 2 di 8TV. Urgh! Dan lagi. 5 Jingga! Ha! Ha!

Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku tidak seperti student lain yang pulun study kaw-kaw. Siang, malam, pagi, petang. Rujuk macam-macam jenis buku. Study group berhari-hari.

Cam'on beb. Tak kan kau nak stay sini sampai umur kau dah lanjut. Dan ganyut. Kau patut rasa malu bila sekeliling kau semuanya student-student awal 20-an. Dan. Adik-adik ini lebih rajin dari kau. Lebih bijak dari kau. Rasa segan pun dah cukup dah.

Cepat-lah kau keluar dari sini. Pergi cari kerja di luar sana. Jangan bergantung terus pada PTPTN dan elaun PAMA sahaja. Get a life! Your own money!

False alarm! False alarm!

1 comment:

Komenlah Aku