Saturday, November 01, 2008

PENGARUH WANG DALAM PANDANGAN AKU

Jika kita berkata tentang duit, mustahil ada di antara kita yang tidak tahu kegunaan duit dan kepentingannya pada zaman sekarang. Segalanya perlukan duit. Kiranya kalau kita tiada duit, susah juga-lah mahu survive.

Macam-macam cara manusia zaman sekarang berusaha untuk mendapatkan wang. Cara bersih. Cara kotor. Menipu. Putar belit alam. Segalanya dilakukan dengan mengenepikan aspek-aspek kemanusiaan. Kira duit ni lebih hebat dari etika kemanusiaan sejagat-lah.

Aku juga suka duit. Duit membawa aku ke alam yang aku sukai. Duit memudahkan kegiatan harian aku. Hingga kadang kala aku pun terlupa bahawa duit itu akan kian susut. Duit itu umpama asap rokok ditiup angin kipas. Hilang begitu sahaja. Yang tinggal cuma bau rokok. Yang tinggal cuma hutang-hutang PTPTN. Huhuhu....

Aku berpendapat bahawa sentiasa dambakan kehidupan yang sederhana. Yang rezekinya setakat kurang lebih untuk simpanan dan hiburan sedikit. Tidak terlebih-lebih. Bagi aku cukup sekadar untuk aku hidup tanpa hutang (serta sedikit simpanan) dan hidup dengan perkara yang aku minat. Yang aku suka buat.

Bukan aku sudah putus syahwat kepada duit. Bukan juga aku sudah putus saudara dengan duit. Cuma bagi aku, jika aku sudah mempunyai duit melewati jangkaan atau impian aku, aku akan jadi lupa daratan. Lupa asal usul. Macam kacang lupakan kulit. Macam haruan lupakan anak.

Bukan aku tidak pernah alami situasi ini. Pernah. Dulu. Twice. Memang heaven masa tu. Aku rasa macam aku ni Ismet Ulam Raja pula. Berbelanja tak ingat dunia. Makan tak ingat budget macam aku ni host JJCM. Berjalan sana sini macam aku ni host Destinasi Budget.

Tapi apa yang jadi lepas tu? Aku mula sengsara pada masa kemudiannya. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.

Aku mula risau pada seorang sepupu aku. Di dalam minded dia sekarang ni, memang fikir duit selalu. Cara hina atau kotor, belakang kira. Yang penting dapat duit dengan banyak dalam masa singkat. Biasa la orang muda. Darah masih panas.

Huhuhu... Moga-moga dia sedar cepat la hendaknya :p

1 comment:

  1. askm Fikri,

    suatu hari abg ajai penah tanya adik bongsu,masa jln2 naik motor...mcm mana nak buat orang masam jadi senyum?...bagi duit dekat dia..mesti senyum,siap tersipu -sipu lagi...he!3.."duit mengerakkan sesuatu"...teori yg tak penah diajar dlm kelas sains masa sekolah dulu...Newton pun patut ubah teori dia....he!3
    teringat kata2 Madonna 'kaya membuat orang kelihatan cantik'...

    ReplyDelete

Komenlah Aku