Sunday, November 09, 2008

SIRI BERBORAK BERSAMA PYAN PADA SATU MALAM SAHAJA - PROLOG PENGALAMAN HANTU

Pyan. Bila dia mula berborak, yang mendengarnya pasti terpaku. Terpaku kaku dengan kisah yang diborakkan. Tak kurang juga yang terlopong, menapis-napis cerita mana yang asli dan mana yang palsu.

Bila Pyan mula singgah bilik, dan bercerita, hajat nak kencing pun boleh ditangguhkan. Yang sedang belajar pun sanggup letak pen. Yang sedang berjalan pun sanggup bersinggahan. Yang sedang berduka, pasti akan rasa riangnya.

Begitu-lah Pyan.

Satu malam Pyan singgah bilik aku. Dengan sebatang rokok Pall Mall merah terkemam di celahan bibir tebalnya. Terkepul-kepul asap nikotin terhambur keluar dari hidung dan mulut. Bagai naga muda yang baru tahu bernafas api. Tersenyum-senyum saja melihat Majid yang sedang membancuh air nescafe 'o.

"Wah, sikit air!" Ayat pertama yang keluar dari mulutnya. Aku dah agak dia akan cakap begitu. Dan aku memang harap dia cakap begitu. Umpan dah disentap. Aku, Wan dan Majid mengulum senyum.

Sambil minum, aku pura-pura buka video filem pendek dari "Siri Agak Seram: Dah ke belum?" di laptop Wan. Pyan nampak berminat dengan filem itu. Terjegil-jegil matanya bila menonton.

"Aku pernah kena kes macam ni dowh". :p Yes! Pyan nak bercerita.

******************************************************************************

Masa tu, aku kat sekolah teknik kota tinggi. Form 5. Petang tu, aku bangun lambat. Sial betul member-member aku. Bukan nak kejut aku. Tetiba aku bangun dah maghrib. Dan dan aku terus pegi mandi. Bila dah siap-siap nak pi dewan makan, aku baru sedar yang Bob pun tak bangun lagi. Aku panggil nama dia 2,3 kali. Dia dengan muka mamai rambut berserabai, just angkat kepala, pandang aku dan tarik balik selimut merah bau lahanat-nya. Sial betul. Pandang aku macam nak gaduh. Aku ingat dia demam. Aku biar je la. Aku terus la pegi dapur dewan makan. Makan nak kena cepat. Nak kena kejar sembahyang maghrib kat surau lagi.

Bila aku sampai kat dapur dewan makan, aku tengok Bob tengah sedap berborak sambil mulut mengunyah nasi. "Eh, cepat pulak dia sampai", aku cakap dalam hati.

"Weh Bob! Bab makan kau memang nombor satu. Bukan main cepat kau turun. Baru je tadi aku nampak kau tidur syok dengan selimut merah kau." Aku jerit dari luar lagi.

"Kepala hotak kau. Aku dah lama borak dengan Wak. Sejak pukul 6.30pm tadi kot."

Jawapan Bob benar-benar buat selera makan aku putus. Aku ambil tembikai sepotong dan cepat-cepat turun surau. Kulit muka aku yang sawo matang ni tetiba berubah jadi pucat.

Kalau bukan Bob, mana ada lagi budak gemuk dorm aku yang berani tidur katil Bob yang bau macam lahanat tu? Apakah?

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku