Tuesday, November 25, 2008

GOSIP AKHIR SEMESTER

Aku ada ramai kenalan. Kenalan tak semestinya kawan. Sekadar kenal di suatu majlis atau kelas atau kawan atas kawan. Tak semestinya rapat dan tak perlu bertegur sapa. Cukup sekadar angkat kening atau dengan sapaan "Hai". Jangan sampai berselisih bahu pula. Tak elok. Sebab kita kan orang melayu, penuh budi bahasa.

Nak dijadikan cerita, aku ada dengar cerita tentang gambar "projek" seorang student dengan balaknya, juga seorang student. Aku tak tengok lagi. Bukan tak mahu. Mahu. Cuma belum jumpa fotonya lagi. Foto ini mula tersebar secara tidak konsisten di kebanyakkan kolej. Dengan teknologi sekarang yang serba canggih, sebaran dikatakan sepantas kilat, selaju deruan angin.

Satu hari, kawan aku tunjukkan aku muka student itu, yang kebetulan melintas depan kami. OMG! Ini salah seorang kenalan aku yang pernah sekelas. Tak sangka pula dia "pelakon"nya.

Apa yang aku perhatikan sepanjang aku sekelas dengan dia, 2 tahun dahulu, dia mempunyai seorang kawan baik. Yang aku rasa mungkin jauh lebih baik nasibnya dari dia sendiri. Pada semester yang awal, kawannya itu sudah mempunyai teman lelaki. Tetapi tidak pada dia. Mungkin disebabkan figure tubuh badannya yang agak berisi atau fesyennya yang agak ke"makcik-makcik'kan menyebabkan dia dipergunakan sebagai injakan untuk mengorat kawannya.

Dahulu dia bertudung elok. Macam- awek-awek biasa. Biarpun figure tubuhnya tidak seksi, namun tidak pula mulut jahat aku ini mahu mengutuk. Biarpun tubuhnya tidak diselimuti baju-baju seksi, wajahnya tidak dipalit alat solek mewah, bagi aku itu sudah memadai.

2 tahun yang berlalu benar-benar mengubah penampilan dia yang semakin seksi. Bonjolan-bonjolan lelemak tidak lagi malu disorokkan. Sudah nampak"air"nya, kata orang-orang muda. Rambut sudah berani ditampilkan dengan gaya rebonding. Pakaian ala-ala gadis metrofulus. Pendek kata, dia sudah menjadi seseorang yang baru.

Bukan aku mahu menyibuk atau suka jaga tepi kain orang tapi aku sedih. Kasihan mengenangkan nasib kenalan itu. Dah la tak lawa, maruah dah hilang, malu berbakul-bakul pula tu. Bukan setakat 2,3 orang yang meleret mata bila nampak dia, malah ada yang meleleh air liur. Kan ke elok, walaupun tak lawa tapi akhlak itu elok. Tak jadi buah mulut orang.

Mungkin dia mahu jadi "Ikon Seks" kot.

6 comments:

  1. Erk..Bro, 'She's not d gal aite? u knw wat i mean..
    (gua nk komen. tapi takut disalah erti, kerna aku bukan kekasih gelap mu. Lu kasi tukar boleh tak?Huhu..)

    ReplyDelete
  2. mana gmbr nya?


    p/s: apa kejadah nya word verification bwh ni "mency"

    ReplyDelete
  3. Singular : Bukan gadis itu. Jangan risau. Masih ada harapan yang cerah. heheh... Dan kau bukan kekasih gelap aku!

    Ano : Nak gambor? Bagi emel.

    ReplyDelete
  4. emaildia@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Jack, lu ni sex maniac la. Gua main-main je. Lu bagi e-mel betul-betul ke?

    Baik lu layan redtube la.

    ReplyDelete
  6. jgnlah buat i mcm ni..

    ReplyDelete

Komenlah Aku