Sunday, November 23, 2008

APA YANG DAPAT KITA PELAJARI SEPANJANG SEMESTER INI

Semester ini sudah pun berakhir bagi pelajar yang dah habis exam. Cuma tinggal beberapa paper lagi sebelum final exam menutup tirainya pada 26 November ini.

Sekarang. Di kampus cuma tinggal beberapa kerat pelajar yang tergolong dalam golongan penutup pintu dewan peperiksaan. Dan. Beberapa kerat pelajar yang malas mahu pulang ke rumah. Aktiviti tak banyak. Malam layan movie, waktu siang beraktiviti tidur.

Dan. Aku perolehi satu aktiviti baru. Memancing. Bukan memancing perempuan. Tidak. Ini mancing betul. Mancing ikan kecil-kecilan. Elok la mancing ikan kecil, dari berlagak nak dapat ikan besar tapi seekor ikan pun tak dapat. Ha ha ha!

Oh, *kelalen. Lupa. Apa yang aku dapat belajar pada semester ini selain pelajaran akademik?

1) Aku kena kurangkan sedikit perasaan curiousity dan busy-body dalam diri aku. Macam-macam benda terjadi jika aku tidak dapat mengawal perasaan itu. Samada ia boleh membawa kebaikan kepada aku atau membawa bencana kepada aku. Tapi biasanya, buruk je la.

2) Biasanya, pada hujung-hujung tahun pengajian, macam-macam boleh terjadi kepada nilai persahabatan. Yang makin erat, bagus la. Yang makin menjauh, lain pula ceritanya. Tapi it's very damn stupid bila membina nilai persahabatan selama 3 tahun tapi putus sebab benda kecil? WTF!

3) Tak semua orang boleh faham dengan lawak kita. Dan. Tak semua semua boleh tahan dengan lawak kita. Semua orang ada paras ego yang tersendiri. Bergantung kepada berapa banyak nilai keberlagakkan dia. Tapi ingat, tak semua orang ber-ego mempunyai hati yang kental. Ianya fragile. Mudah pecah. Hati kristal. Handle with care.

4) Hidup ini indah bila kita dikelilingi oleh kawan-kawan yang amat memahami. Dan kita tidak akan rasa kehilangan mereka sehingga takdir yang memisahkan kita. Perpisahan kompulsari terjadi bila ramai kawan-kawan yang dah cukup masa belajar akan tamat pengajian dan akan menjalani kehidupan sebagai tax payer di luar sana.

5) Laptop adalah anugerah berharga kepada kita. Dan jangan mendera ia dengan memuatkan pelbagai jenis software, movie, games dan "benda-benda pelik" ke dalamnya. Kita tidak akan merasakan kasih sayang dia sehinggalah ia kena over-haul masuk bengkel HP. *Really miss my laptop*

6) Berkali-kali harga rokok naik pada semester ini. Dan berkali-kali aku tidur lewat pada semester ini untuk menyetelkan projek dan tugasan akademik. Kaitan? Tidur lewat merangsang perasaan aku untuk menghisap rokok. Kata orang, buat kawan berjaga. Aku rasa semester depan aku perlu awalkan tidur supaya aku tidak merokok. Harga naik RM0.30 pun terasa goyang poket aku.

7) Don't ever trust last semester student. Ever! Ini pernah terjadi pada aku. Jangan bagi pinjam apa-apa benda, lebih-lebih benda yang berharga pada anda (tapi tak berharga pada mata orang lain). Nanti bila kita call nak barang kita semula, dia dah sampai rumah dah. Dan kita pula yang susah-susah nak mencari semula barang kita yang dia letakkan bersepah. Damn!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku