Saturday, November 15, 2008

APA YANG AKU CARI SEBENARNYA DALAM HIDUP INI?

"Ku bukan superstar, kaya dan terkenal,
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal,
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi,
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai..."
~~Project Pop : Bukan Superstar~~

Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ini. Sekarang, aku rasa keputusan aku untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti ini adalah satu keputusan yang mementingkan diri sendiri. Keputusan untuk aku lari dari realiti hidup yang sebenar. Aku takutkan realiti yang aku akan jadi dewasa dan pikul tanggungjawab seperti orang dewasa. Cari kerja, tolong keluarga, punya kereta atau kenderaan (sekurang-kurangnya), ada masa depan yang cerah dalam membina karier, tidak bergantungan kepada bantuan ibu bapa semata-mata dan mempunyai keluarga sendiri.

Kini, usia aku dah menginjak lagi satu tahun lebih tua. Bertambah lagi beban yang aku perlu pikul. Dalam usia yang jubli perak ini, aku rasa aku perlu cuba ubah sesuatu tentang diri aku. Mungkin jadi lebih matang. Atau lebih bertanggungjawab mungkin? Aku belum pasti lagi apa perubahan yang aku nak pilih. Drastik atau konsisten? Langsung atau tidak langsung? Jelas atau kabur?

Dalam usia yang dah bertambah setahun ini juga, aku bersyukur kerana tiada lagi sesiapa yang bertanyakan status perkahwinan aku. Dah kahwin atau bujang? Belajar atau kerja? Aku rasa mungkin wajah muda aku yang sering tersenyum ini yang membantu. Wajah dan gaya budak sekolah, orang kampung aku kata. Bukan aku yang kata.

Erm, mungkin aku perlu simpan jambang untuk nampak lebih gaya "brader-brader" kot?

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku