Wednesday, January 14, 2009

PESANAN DARI DIA YANG SEDANG PRAKTIKAL

"Nanti kau tengok masa hantar report dan kelas-kelas akan datang. Lagi kau terperanjat dia cakap. Ala....Layan je. Memang orang yang berjaya mulut stock macam ni. Contoh terdekat macam aku."

~Shah, AAC Gombak, 2009~

BUSINESS UNTUNG TAK BANYAK SUDAH MELEBARKAN SAYAP

Alhamdulillah, perusahaan dadih secara manual telah berjaya melebarkan sayapnya apabila membuka satu lagi cawangannya di DPP Petronas yang diusahakan oleh Cik Noorliza dan Puan Julizan.

Walaupun perusahaan ini seakan diperlekehkan oleh sesetengah pihak, tetapi itu semua tidak melunturkan semangat kami untuk meneruskan legasi ini biarpun untung yang kami perolehi adalah ciput berbanding dengan perniagaan lain yang menjana keuntungan yang jauh berlipat kali ganda.

Resepi asal masih lagi digunapakai tetapi kini dengan sentuhan kewanitaan berbanding sebelum ini hanya dengan sentuhan jantan hebat. Mungkin rasanya lebih enak dan berkrim. Atau mungkin tidak. Jadi anda semua yang akan menentukan rasa sedapnya dadih di cawangan ini.

Perasa yang diperkenalkan di cawangan tetap sama dengan di cawangan-cawangan lain kerana kami ingin mengekalkan rasa sedap yang tidak terhingga produk kami ini.

Jadi, apa lagi. Dapatkan secawan untuk nikmati bersama kawan-kawan anda. Dan dapatkan untuk kawan-kawan anda sekali ya. Cheers!

Tuesday, January 13, 2009

SELAMATKAN GAZA!

Biarkan agak terlewatkan, tapi aku masih sempat.

Sunday, January 11, 2009

JANGAN PERCAYA LAGI

Tempat : KARNIAWAN 2009

Malam Pertama
Aku : Bang, harga printer ni berapa?
Brader Printer : RM110 je dik. Dapat free gift.
Aku : Murah sikit tak dapat ke?
Brader Printer : Dah murah dah tu dik.

Malam Kedua
Aku : Bang, harga printer ni berapa?
Brader Printer : RM110 je dik. Dapat free gift.
Aku : Murah sikit tak dapat ke?
Brader Printer : Dah murah dah tu dik.


Malam Ketiga
Aku : Bang, harga printer ni berapa?
Brader Printer : RM110 je dik. Dapat free gift.
Aku : Murah sikit tak dapat ke?
Brader Printer : Dah murah dah tu dik.


p/s : Hukum ekonomi yang standard mengatakan semakin berakhirnya sesuatu ekspo, semakin murah-lah harga barang dagangan.

Malam Terakhir
Aku : Bang, harga printer ni berapa? (Sampai perhatikan tag harga RM1XX. Budget-budget harganya jadi less than RM110)
Brader Printer : RM120 je dik. Free gift habis.
Aku : Aik bang, semalam harga RM110, hari ini dah naik pula. (Dengan nada penuh sesalan)
Brader Printer : Tu semalam dik, harini dah naik dah. Semalam waktu peak.
Aku : WTF! (Dalam hati)

Macam haram. Hukum ekonomi bodoh mana yang brader ni follow pun aku tak tahu.

Saturday, January 10, 2009

FINANCIAL GLOBAL CRISIS

Aku sebenarnya tidak berapa cekap lagi dalam menghadiri apa-apa pembentangan kertas kerja atau apa-apa seminar. Sejak dari peringkat sekolah lagi. Hantar-lah mana-mana penceramah sekali pun, walau apa jantina sekali pun, walau seksi mana sekali pun, walau se-hensem mana sekali pun, jiwa aku memang tak kena langsung nak dengar-dengar orang membebel.

Tapi sejak dah berada lama di kampus ini, melihat pelbagai ragam orang, bangsa, etnik, warna kulit dan keazaman manusia untuk berubah, sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku. Aku cuba menanam minat dengan majlis-majlis ilmu, conference-conference, seminar-seminar, pembentangan kerja kertas dan lain-lain lagi. Mana la tahu jika hobi baru aku ini boleh menambah nilai di dalam resume aku nanti. Chikas sekarang pun minat orang-orang yang agak intelek. Value added tu.


Aku rasa seminar kali ini aku jadikan sebagai batu loncatan untuk meneruskan langkah murni aku ini pada masa akan datang.

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama IBBM (Institut Bank-Bank Malaysia) dan kampus aku untuk memberi peluang pelajar-pelajar peringkat sarjana dalam bidang perbankan membentangkan penyelidikan mereka terhadap krisis kewangan global yang sedang melanda dunia. Ia sebenarnya dikhususkan kepada sesetengah pelajar jurusan perbankan dan kewangan tetapi pelajar lain juga dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

Pembentangan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang berlainan bagi memendekkan masa yang selalu mencemburui. Dan dalam kumpulan aku ada 4 orang presenter yang masing-masing adalah pengurus bank. Antara tajuk-tajuk penyelidikan mereka ialah "Subprime issue : How Islamic Financing Able To Solve Problem During Financial Crisis", "Economic Stimulus : How Effective Are They", "Interest Reduction : A Solution For Financial Crisis" dan "Bank's Roles In Preventing Financial Crisis".

Walaupun aku tak faham kebanyakkan fakta yang ditengahkan sebab banyak melibatkan fakta-fakta perbankan, tapi aku cuba hadam perlahan-perlahan fakta-fakta tu. Moga-moga berguna satu hari nanti.

Oh ya, aku hadir dengan seorang chikas yang sedikit sebanyak mendorong aku untuk hadir.

Kalau nak muat-turun nota-nota penyelidikan mereka, boleh-lah berbuat demikian. Bukan apa, aku cuma berharap dengan penyebaran ilmu-ilmu ini kita dapat bersama-sama memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut.

Apa guna kalau simpan, kan? Sharing is caring.

BUSINESS TAK UNTUNG BANYAK

Kilang memproses dadih secara manual yang dikendalikan oleh usahawan muda, Encik Rohaizal, secara rasminya telah memulakan operasi bikin dadih cara manual-nya pada hari semalam, Jumaat bersamaan 9 Januari 2009.

Dengan berbekalkan semangat niaga yang jitu (mungkin terpengaruh dengan KARNIAWAN 2009 yang sedang berlangsung) dan beberapa sindiran sinis, produk dadihnya yang pertama berjaya dihasilkan, iaitu berperisa coklat, strawberi, vanilla dan tembikai susu.

Bermodalkan wang pinjaman yang sedikit, beliau berharap projek dadih manualnya ini mendapat tempat di hati peminat-peminat produk tenusu kerana dadih yang beliau hasilkan ini bebas dari sebarang penggunaan bahan terlarang seperti melamine dan gelatin haiwan.

Menggunakan resepi turun temurun dari usahawan sebelum ini, beliau yakin dengan penggunaan bahan "rahsia" yang bakal menarik selera pelanggan terhadap dadih ini. Penggunaan 'nata de coco' kental pelbagai perisa di dalam dadihnya itu bakal menyuntik elemen pop tatkala disuapkan ke dalam rongga mulut.

Pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan untuk menambahbaikkan dadih cara manual-nya ini yang melibatkan bahan-bahan tambahan serta perisa-perisa baru. Biji selasih atau lebih dikenali dengan jolokan 'telur katak' juga bakal ditambah bagi mempelbagaikan lagi elemen nikmat di dalam setiap suapan. Perisa-perisa baru seperti perisa daging dan kerang juga bakal diperkenalkan kepada pelanggan yang bernafsu karnivor. Perisa aloe vera dan perisa daun kaduk juga diperkenalkan kepada pelanggan yang ingin menjaga kesihatan muka dan jenis yang "veggie".

Dengan penuh harapan, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyokong tindakan beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini. Terima kasih.

Fin.

Friday, January 09, 2009

SIRI TERKENANG - KE MANA DIA? 1


Sedang bergembira berpraktikal seorang diri di sebuah firma audit yang terkenal di selatan Gombak. Gembira bukan kerana kerja, tetapi dengan syurga dan nikmat dunia yang bisa mengejakulasikan mata-mata lelaki, mana yang terpandang paha gebu mulus.

Sedang mengejar cita-citanya, sebagai juruaudit, yang mula tersemai selepas mendapat beberapa anugerah pelajar cemerlang peringkat diplomanya. Walaupun dia sedar, bahawa jalannya ke level cemerlang masih jauh, tapi dia masih lagi mampu berhuha-huha dan berhibur, sehingga terjelupuk baru-lah dia sedar tujuan dia hidup di dunia.

Pernah dilukai oleh ramai wanita tetapi bangkit semula melukakan ramai wanita lain. Pernah menolak pelawaan nakal wanita seksi semata-mata mahu kelihatan macho di hadapan kawan sendiri. Pernah juga menolak pelawaan "hilang akal" wanita kurang seksi semata-mata tidak mahu menjadi buah mulut makcik cleaner ketika makan tengahari.

Benci atau tidak, itu-lah dia.

MASUK TEMPAT ORANG, BAWA OTAK BUKAN PISAU

Suatu petang yang sunyi tanpa gangguan bunyi mesin rumput. Berbual-bual-lah 2 orang sahabat, yang seorang dari Kelantan. Dan. Yang seorang mengaku Kelantan.

Dak Kelate Pure : Mu dok kelate?

Dak Kelate Palsu : Kawe orghe kelate :p

Dak Kelate Pure : Mu bole kecek siye?

Dak Kelate Palsu : Tokseh, kawe cumo bole kecek male.

Dak Kelatu Pure : WTF???

Thursday, January 08, 2009

RINTIHAN SAHABAT

"Aku tak tahu kenapa semua ini jadi 'time' kita betul-betul perlukan kawan-kawan dalam mengejar impian..."
~ Ijat, 2009 ~

Thursday, January 01, 2009

SALAM TAHUN BARU MASIHI 2009. APA YANG MENARIK DI 2008?

Apa sebenarnya yang berlaku sepanjang 2008? Aku rasa macam pantas sahaja masa berlalu untuk 2008. Banyak yang berlaku sebenarnya. Ada yang melibatkan linangan air mata, hilaian gelak ketawa, hati makan hati, topeng-topeng plastik dan menaiktaraf martabat diri.

Kalau aku nak cerita satu per satu, 12 entry yang terbaik sepanjang tahun lepas adalah cara yang lagi mudah untuk bercerita. Sebab apa yang berlaku sepanjang tahun lepas, aku suka titipkan di dalam blog aku ini. Dan ini yang terbaik pada aku.

So, inilah yang terbaik (dalam blog aku) sepanjang tahun 2008.

Jan : GADIS MUDA : SUATU SUBJEKTIF YANG PELIK
Feb : CINTA MENGUBAH MANUSIA. KE ARAH POSITIF DAN NEGATIF.
Mac : TIADA KATA SEINDAH BAHASA : UNTUK AIN YANG SEDANG MEWANITAKAN DIRINYA
April : TANYA SAMA ITU HUD-HUD!
Mei : KISAH BENANG DAN SUDU
Jun : KISAH MALAM JUMAAT
Julai : BILA SI BIJAK MULA MEMASAK
Ogos : SUMPAH! AKU TAK SENGAJA.
Sept : SIRI CINTA BUSUK PTUIH! - GEBANG KUAT KALAH AHLI POLITIK
Okt : KUASA KATA
Nov : LAGU TEMA ADIK-BERADIK
Dis : ADA MALAM AKU TONTON WANITA (PERASAN) CANTIK

Aku juga, di kesempatan ini, ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang terasa dirujuk atau terasa dihina/ dikutuk/ dilibatkan, secara langsung atau tidak, di dalam blog ini. Ketahuilah oleh kamu, bahawa ianya tiada kena mengena dengan kamu hatta sebesar zarah sekalipun.

Sungguh!