Wednesday, August 13, 2008

SUMPAH! AKU TAK SENGAJA.

Setiap pagi. Aku akan tunggu Muaz. Aku tumpang motornya hampir setahun. Untuk ke kelas jam 8.00 a.m. Kalau dia pergi kelas, ke kelas jua la aku. Kalau dia ponteng, ponteng jua la aku. Dah macam belangkas pula.

Aku tak tahu la apa dia kata dalam hati. Tapi dari riak wajahnya, sememangnya dia ikhlas tumpangkan aku. Thanks Muaz.

Pagi itu. Macam biasa. Aku ke kelas. Dengan Muaz. Ke kelas Business Law. Belajar lebih kurang dalam kelas. Sebab sejuk. Sebab Zan main seluk-seluk poket. Sebab Zan main cubit-cubit. Tak boleh beri penumpuan maksimum. Otak dah pergi galaksi mana, tinggalkan jasad termangu mengadap pensyarah.

Balik dari kelas. Masih lagi sejuk. Sebab aku pakai kemeja lengan pendek. Macam biasa. Aku jadi rider. Muaz jadi pembonceng. Walaupun motor tu Muaz yang punya.

Awek-awek tengah lintas jalan. Manis muka waktu pagi.

Masih macam biasa. Muaz pegang bahu aku untuk naik motor. Sambil kata "Naik dulu.".

Pagi itu macam biasa-biasa juga. Aku cuba berborak dengan Muaz atas motor. Umpat U.K, kutuk Zan. Tapi mungkin Muaz mandom pagi itu. Langsung tak layan borakan aku.

Sampai di selekoh ke parkir kenderaan. Aku nampak makcik tua pakai kain batik di tepi jalan. Persis orang kurang siuman. Merayap sekitar kampus sebegitu rupa. Macam biasa. Aku cuba memulakan aktiviti kutukan. Dengan Muaz. Aku toleh ke belakang. Untuk dapatkan sesi perbualan 2 hala yang lebih maksimum. Eh?

Agak-agak korang la. Apa perasaan korang bila tengok motor korang berlalu pergi meninggalkan korang temangu-mangu membuat pelbagai andaian. Tanpa sempat naik motor.

"Muaz, lama ke tunggu?" Aku sapa. Muaz tengah duduk di Subaidah.

Muaz muka masam. Terus acungkan jari tengahnya. Sebelum aku sempat turun motor.

"Butuh hang"...

Sori Muaz tertinggalkan kau sebelum sempat kau naik motor...

2 comments:

  1. wah hah ha, wa hah hah ha.

    kau tu..

    ReplyDelete
  2. sedih menyayat hati
    kelakar memecahkan perut

    samai hatimu wiwin bertindak sebegitu

    ReplyDelete

Komenlah Aku