Wednesday, January 14, 2009

BUSINESS UNTUNG TAK BANYAK SUDAH MELEBARKAN SAYAP

Alhamdulillah, perusahaan dadih secara manual telah berjaya melebarkan sayapnya apabila membuka satu lagi cawangannya di DPP Petronas yang diusahakan oleh Cik Noorliza dan Puan Julizan.

Walaupun perusahaan ini seakan diperlekehkan oleh sesetengah pihak, tetapi itu semua tidak melunturkan semangat kami untuk meneruskan legasi ini biarpun untung yang kami perolehi adalah ciput berbanding dengan perniagaan lain yang menjana keuntungan yang jauh berlipat kali ganda.

Resepi asal masih lagi digunapakai tetapi kini dengan sentuhan kewanitaan berbanding sebelum ini hanya dengan sentuhan jantan hebat. Mungkin rasanya lebih enak dan berkrim. Atau mungkin tidak. Jadi anda semua yang akan menentukan rasa sedapnya dadih di cawangan ini.

Perasa yang diperkenalkan di cawangan tetap sama dengan di cawangan-cawangan lain kerana kami ingin mengekalkan rasa sedap yang tidak terhingga produk kami ini.

Jadi, apa lagi. Dapatkan secawan untuk nikmati bersama kawan-kawan anda. Dan dapatkan untuk kawan-kawan anda sekali ya. Cheers!

4 comments:

  1. jauh la wak nak beli.
    kalau dekat confirm aku borong

    ReplyDelete
  2. Kalau sokong saja, ya udah memadai.

    ReplyDelete
  3. salam,,,saya berminat dengan perusahaan dadih ni,,sy ni penuntut di utm skudai,saya buat bisness dadih gak,nak cari duit makan..tp mcm ne nak kurang kan kos buat dadih ni,,selama ni saya guna tepung dadih yng dah jual kat kedai,,kalau sudi kongsi2 la resepi.

    ReplyDelete
  4. Naaim, sila emel aku. Aku boleh bagi resepi punya. Takdehal. Tapi emel aku. Resepi rahsia tak boleh dedah-dedahkan. Ye tak?

    ReplyDelete

Komenlah Aku