Hari ini menjadi permulaan bermulanya hari-hari terakhir seorang sahabat, Normala, untuk berada di kampus ini. Bukan kerana tamat pengajian, tetapi untuk meneruskan cita-cita dan kerjaya yang diidamkan selama ini. Selama dua tahun setengah kami bersama menuntut ilmu yang sama tetapi mempunyai pointer yang berbeza. Kenangan yang indah, buruk, jelek, lucu dan pelbagai lagi menjadi penyeri sepanjang persahabatan ini.
Beliau merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum beliau berjaya melanjutkan pengajian dalam Kursus Perakaunan Sistem Maklumat di kampus ini, beliau terlebih dahulu mendapat didikan awal dalam bidang perakaunan di Politeknik Kota Kinabalu. Menyedari bahawa beliau lebih berpotensi untuk bekerja berbanding belajar, beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian kerana ditawarkan kerjaya yang cukup menarik. Beliau akan menghadiri sesi lapor diri di Putrajaya pada 5 Mei 2008 dengan menjawat jawatan Penolong Akauntan di kementerian yang masih belum pasti.
Menyedari bahawa rakan-rakan lain sedang bersungguh-sungguh mengulangkaji kerana peperiksaan hanya berada di sekitar selekoh, beliau mengambil keputusan untuk menghebahkan perkara ini kepada beberapa orang rakan kepercayaannya sahaja sebagai teman mengadu. Beliau bercadang untuk pergi tanpa mengucapkan bye-bye kepada kami. Sungguh kejam keputusan itu.
Dengan daya inisiatif gabungan beberapa kepala bengong para sahabat, mereka merancang untuk mengadakan majlis selamat tinggal secara kecil-kecilan peringkat rakan terdekat (sekitar kolej laluan B sahaja tetapi seorang sahabat laluan A tersesat di sini). Idea yang datang pada waktu petang itu dilaksanakan dengan masa yang singkat. Proses pembelian kek, jajan-jajan, snek-snek, air berkarbonat, biskut belanda (boikot!) dan juga friskies (?) mengambil masa kurang daripada 3 jam. Para AD-HOC majlis memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk memastikan program ini berjaya.
Setelah memastikan para jemputan semuanya telah hadir kecuali ZAN yang tidak kelihatan dengan alasan tidak kukuh; mahu study FALAN 2. Ke awek tak bagi datang? Atau ada alasan lain yang boleh menyebabkan kami rasa kasihan pada kamu? Ah...persetankan dia, kami memberi isyarat “O.K” kepada mastermind, Liza dan Oli supaya Mala dibawa dinner (Kononnya. Sebagai alasan je).
Setibanya Mala ke tempat majlis (Cement Ferro depan asrama wanita Kolej Petro), tiada riak wajah terkejut atau terperanjat. Hanya wajah yang biasa-biasa sahaja. Wajah biasa seperti pergi menghadiri kelas Puan Adura. Cis, kecewa betul. Dah la tak menitiskan air mata kesedihan, tak terkejut pula tu. Penat kami bawa berkoyan-koyan tisu muka (bukan tisu wanita) sebagai persediaan takut-takut ada yang teriak nanti. Hampeh.
Majlis yang berlangsung dengan penuh gelak ketawa, snap-snap gambar, kutukan-kutukan mengusik couple baru batch kami (Si dia dan Zan), potong-potong kek dan pelbagai lagi aksi lawak spontan yang dipersembahkan oleh badut-badut profesional kami. Nampaknya majlis berakhir dengan jayanya. Sesi ucapan penghabisan oleh wakil pelajar kursus AIS dan PURE diadakan dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
Enjoy! Beberapa gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung.
(click picture to enlarge)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku