Saturday, January 10, 2009

FINANCIAL GLOBAL CRISIS

Aku sebenarnya tidak berapa cekap lagi dalam menghadiri apa-apa pembentangan kertas kerja atau apa-apa seminar. Sejak dari peringkat sekolah lagi. Hantar-lah mana-mana penceramah sekali pun, walau apa jantina sekali pun, walau seksi mana sekali pun, walau se-hensem mana sekali pun, jiwa aku memang tak kena langsung nak dengar-dengar orang membebel.

Tapi sejak dah berada lama di kampus ini, melihat pelbagai ragam orang, bangsa, etnik, warna kulit dan keazaman manusia untuk berubah, sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku. Aku cuba menanam minat dengan majlis-majlis ilmu, conference-conference, seminar-seminar, pembentangan kerja kertas dan lain-lain lagi. Mana la tahu jika hobi baru aku ini boleh menambah nilai di dalam resume aku nanti. Chikas sekarang pun minat orang-orang yang agak intelek. Value added tu.


Aku rasa seminar kali ini aku jadikan sebagai batu loncatan untuk meneruskan langkah murni aku ini pada masa akan datang.

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama IBBM (Institut Bank-Bank Malaysia) dan kampus aku untuk memberi peluang pelajar-pelajar peringkat sarjana dalam bidang perbankan membentangkan penyelidikan mereka terhadap krisis kewangan global yang sedang melanda dunia. Ia sebenarnya dikhususkan kepada sesetengah pelajar jurusan perbankan dan kewangan tetapi pelajar lain juga dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

Pembentangan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang berlainan bagi memendekkan masa yang selalu mencemburui. Dan dalam kumpulan aku ada 4 orang presenter yang masing-masing adalah pengurus bank. Antara tajuk-tajuk penyelidikan mereka ialah "Subprime issue : How Islamic Financing Able To Solve Problem During Financial Crisis", "Economic Stimulus : How Effective Are They", "Interest Reduction : A Solution For Financial Crisis" dan "Bank's Roles In Preventing Financial Crisis".

Walaupun aku tak faham kebanyakkan fakta yang ditengahkan sebab banyak melibatkan fakta-fakta perbankan, tapi aku cuba hadam perlahan-perlahan fakta-fakta tu. Moga-moga berguna satu hari nanti.

Oh ya, aku hadir dengan seorang chikas yang sedikit sebanyak mendorong aku untuk hadir.

Kalau nak muat-turun nota-nota penyelidikan mereka, boleh-lah berbuat demikian. Bukan apa, aku cuma berharap dengan penyebaran ilmu-ilmu ini kita dapat bersama-sama memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut.

Apa guna kalau simpan, kan? Sharing is caring.

2 comments:

  1. sebagai akauntan, kena juga tahu sikit2 hal ekonomi....
    dahsyatla wiwin

    ReplyDelete
  2. Aku nak blajar sikit sikit jadi insan berguna ni.

    Huhuhu

    ReplyDelete

Komenlah Aku