Monday, October 11, 2010

APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?

"Aritu sikit lagi ayah nak kena saman," Kata ayah tiba-tiba semasa memandu pulang dari kampung, "Ada polis follow je kereta ayah dari belakang. Nasib baik ayah sempat pakai seat belt. Kalau tak, melayang duit nak bayar saman. Ha ha ha."

Cara ayah cakap macam dah raya syukur sangat sebab tak kena saman. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, kira ayah macam power la sebab sempat pakai seat belt sebelum polis saman.

Malam itu jalan lengang. Tak banyak kereta. Ayah pun bawa laju. Walaupun permukaan jalan tak berapa elok untuk merempit, ayah tak hirau sangat. Asalkan cepat sampai. Sampai di selekoh lampu isyarat di Kempas, ada sekatan jalanraya. Ayah jadi kaget.

"Encik, minta i/c dan lesen." Kata polis muda.

"Nah." Jawap ayah sambil menghulurkan i/c dan lesen. Peluh dah penuh di dahi ayah.

"Ok, terima kasih. Tapi encik, lain kali jangan lupa pakai seat belt ye." Kata polis muda sambil tersenyum. Mungkin gelihati dengan tingkah laku ayah yang agak kalut.

"Ok, terima kasih encik ye." Jawap ayah sambil senyum macam kerang busuk.

Kira-kira selepas 10 minit lepas peristiwa tu.

"Haaaa.... terer tak ayah? Dah kena tahan tapi tak kena saman. Ha ha ha."

"Ok, dengan peristiwa ini," Tiba-tiba adik bersuara, "Apa pengajaran yang kita perolehi?"

Ayah terdiam. Senyum yang tadi bukan main lebar dan mula mengendur. Kami anak beranak gelak kuat-kuat.

"Kena saman ke tak kena saman, bukan ada efek pun. Sama je tak pakai seat belt." Kata emak yang turut tersengih.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku