Tuesday, June 08, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN : TAK CUKUP SETAN KOT


Aku memang nantikan filem-filem yang diangkat dari novel-novel terkenal. Dari filem omputeh sampai-lah ke filem melayu. Semua aku minat walaupun aku belum baca lagi novel itu. Lord Of The Ring, Harry Potter, Ayat-ayat Cinta dan lain-lain.

Filem pertama yang aku baca novelnya terlebih dahulu sebelum tonton filemnya ialah Ayat-ayat Cinta.

Pada mulanya, aku agak kecewa dengan hasil filemnya, tetapi apabila membaca penerangan pengarahnya tentang kenapa filem itu direka sebegitu, aku terfikir. Aku betulnya juga. Kenapa filem tak boleh ditiru bulat-bulat dari novel?

Ok, aku cuma hendak ulas filem melayu yang diangkat dari novel popular sepanjang zaman, "Lagenda Budak Setan".

Aku belum baca lagi novel ini. Frankly, aku tak larat nak baca buku yang mempunyai 500++ pages itu.

Oleh sebab aku tak baca lagi novel ini, jadinya aku tiada gambaran asas tentang filem ini. Siapa itu Kasyah, kesetanan Kasyah yang menyebabkan dia jadi lagenda, siapa itu Ayu dan sebagainya. Aku kosong. Aku peminat baru.

Aku dapat lihat kekuatan aura novel ini ketika di sekolah menengah. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Baca novel sampai tertonggeng-tonggeng. Bila baca bab Kasyah dengan kelakuan setannya, dia hempas buku. Bila bab Kasyah bercinta dengan Ayu, dicium-cium novel itu. Punya la....

Bila aku tonton filem ini, aku tak dapat feel macam aku tengok gelagat kawan-kawan yang baca novel ini dulu. Rasa macam filem yang biasa-biasa. Ini novel lagenda ni beb! Kena rasa something. Eh silap, mesti rasa something!

Tak "legend" langsung dinamakan budak setan kalau setakat buat jahat seciput je. Jahat pun jahat budak-budak aje. Alahai... Kalau begini pun boleh dikira budak setan, aku rasa dah ramai yang jadi lagenda.

Berikut adalah salah satu luahan rasa hati seorang peminat Lagenda Budak Setan yang paling true...

"Apa yg Legend? Mana ntah Budak Setan nya. FK tak sesuai bawak watak kasyah.Lisa pun tak sesuai bwk watak ayu.Que superb.Fazura biasa2 je. Syikin kamal? totally out. Ape salahnye kalau buku setebal 500 m/s tu bagi 3?wat trilogy.tak payah nak pk sgt pasal sambungan novel LBS - Katerina & Kasyah-Lagenda Berakhir sbb kekuatan cite nya adalah berkisar ... See Morepada Kasyah & Ayu, tapi tak digarap baik kisah diorg.pukul org sikit,kacau 'cikgu' sikit (kat kolej mana ada org panggil lecture cikgu),taruk cicak sket,dah kira budak setan? bercinta pun sekejap gile.mana part diorg main skate,makan coney dog & rootbeer,duk kat seatle.. Really dissapointed.out of 5, i can give only 1.5. Even kalau tak bace novel pun i give the same sbb plot terlampau longgar.sorry sharad.pity ahadiat.LBS the movie patut cari tajuk lain,for me,cite ni tak layak guna nama tu.."




Sorry Sharad, you failed me. You failed a lot of fan. Alasan pengarah Ayat-ayat Cinta langsung tak boleh digunakan oleh Sharad.

Maybe, Khabir Bahtia nak cuba buat re-make next time?

Ulasan Tentang Pelakon
Lisa - Kejap sangat berlakon. Rasa tak puas tengok dia.
Farid - Kamu dah tak remaja dowh.
Que - Lu memang psycho bro. Love it!
Shiqin Kamal - Err.... Usaha lagi.
Raja Farah - Serabut sangat la kak...
Fazura - Amaran you kat ex-bf you memang superb. Class gitu.


3 comments:

  1. huhu. saya menyokong entry ini ye..cos the movie sangat disspointing. the movie cam xflow dengan baik and banyak ulang2. ulang2 lagu. ulang2 kene pukul. ulang2 shot tgh ambik2 gamba. syg la. patutnya bole best cerita ni..

    but lokasi2 penggambaran sanagt lawa. itu superb ye. even the interior utk rumah diorg pun cam lawa gilos. and que haidar mmg terbaik. tajuk lagenda budak setan tu mcm ceritakan perangai Que and bukan FK.

    HIHI.luahan hati saya jek.

    :)

    ReplyDelete
  2. aku pon sokong entry ni..

    aku keluar wayang dengan perasaan frustrated teramat sangat. kalau aku lah penulis novel, mesti aku nangeh.

    kalau kasyah yg nakal gtu dah kire lagenda, aku konfem kau boleh claim title "maharaja budak setan".

    kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. Hehehe.

    Gila la, jadi maharaja budak setan.

    Boleh buat novel baru ni. Hehehe

    ReplyDelete

Komenlah Aku