Okay, hari ini dalam masa 2 tahun yang lalu, aku ada menetapkan KPI untuk diri sendiri iaitu mencari bakal calon isteri solehah dalam masa 3 tahun. Kini 2 tahun dah berlalu dan progres masih lagi macam itu.
KPI ini adalah rentetan dari KPI jangka pendek yang aku tetapkan 4 bulan sebelum aku mulakan KPI jangka panjang aku ini.
Pada awalnya aku lancarkan KPI "30 hari mencari cinta" gara-gara terpengaruh dengan filem Indonesia "30 hari mencari cinta". Kebetulan juga ada mengenali seorang makwe kiut tapi sombong.
Tamat 30 hari, KPI gagal. Dan dan itu juga aku terus lancarkan KPI "3 Bulan Mencari Cinta" iaitu sebelum tamatnya semester itu aku mesti berjaya mencari cinta. Tapi seperti selalu-selalu, aku masih lagi gagal. Dek kerana sibuk dengan tugasan sebagai pelajar <----- Alasan cliche. Buwek!
Dan dari itu aku lancarkan 3 Tahun Mencari Isteri Solehah. Bertukar dari "mencari cinta" ke "mencari isteri solehah" kerana berpendapat dalam masa 3 tahun itu dah tak sesuai nak bercinta sakan dah. Dah kena kahwin je. Buang masa dah nak bercinta ni.
Dan aku dah plan awal-awal. Kalau KPI ini aku masih lagi gagal, aku nak buat KPI untuk pergi melancong ke luar negara. Serius ni. Kendian tulis journal macam orang biasa buat. Pergh, mesti menarik!
Misi ko tu wat aku gelabah itik lah.. Psl misi aku 30 ari mencarik pakwe dah berjaya then aku skrg dah proceed misi 300 ari utk berumahtangga... Tp takot sendiri...
ReplyDeletesabar win...aku memahami
ReplyDeletemase masuk um - target habes awal dan kawen cepat. tapi sangkut sbb repeat paper yang tragis.(kes terlebih pandai)
tahun 2005, target nak kawen 2008 (dalam mod menggatal). sekali buah hati reject, dgn study aku extend skali. mmg gile
tahun 2007/2008 - tahun menggelabah, bertatih cari kerja (di saat encek wiwin sudah kaye raye, aku menikus kat kl, sengkek)
tahun 2009 - rezeki muncul di spg renggam, 2 untuk misi berumah tangga (2011 kawen).
sekali terawal setahun da..tahun nak tunang jd tahun nikah..(alhamdulillah)
kesimpulannye..sabor ye win..rejeki orang lain2..ade bahagian kamu nanti.
caknya~!!!! win, aku dah kawen... baru 2 bulan... fresh lagi nih... hak hak hak... yek, aku berlagak... jangan marah yek...
ReplyDelete