Bila tengah dok buat kerja di pejabat, tiba-tiba ada kawan SMS aku. "Bila buku kau nak rilis?". Aku yang tengah dalam dok kalut pun balas, "Bulan depan baru nak submit. Bulan Januari la kot insya-Allah rilis. Actually aku tulis 10 pages aje. Awatnya?". Lewat 1/2 jam kemudian dia balas semula, "Awatnya? Aku nak baca la buku kau. Bangga doh ada kawan jadi penulis."
Ah, sudah! Cerita baru siap 6 pages dah ada orang lain teruja. Ini yang buat aku lebih semangat nak buat kerja-kerja penulisan dari kerja sebenar aku. Walaupun aku tulis 2,3 pages kemudian habis-idea-dan-tukar-cerita, mereka masih percaya aku seorang penulis hebat. Kah kah kah. Na'aram, rasa nak menangis pun ada sebab dulu aku buat blog semata-mata nak ikut trend dan medium untuk aku jadi terkenal dalam rangkaian kawan-kawan aku sahaja.
Tak sangka pula, bila makan di Pizza Hut dan menikmati Pizza 6 Keju, ada orang tegur aku pasal "Ada Aku Kesah?". Nak tersembur pizza 6 keju yang aku makan tadi. Aku kenal dia tak sampai satu jam, dia dah kenal aku nu ntah setahun yang lepas ke 2 tahun yang lepas ke. Kembang juboq!
Ha ha ha.
Dia bercerita la pasal tiada update yang menarik lagi, macam mana dengan misi mencari awek dan sempat juga pesan, "Jangan esok kau letak kisah kita makan pizza ni pula".
Aku harap aku dapat habiskan cerita seram yang 10 pages itu sebab dah ada beberapa orang yang chop buku yang belum rilis itu lagi. Salah seorangnya ialah guru subjek Bahasa Inggeris masa aku sekolah rendah dulu. Gila kau, tak kan aku nak hampakan kepercayaan depa pula, kan?
P/S : Kepada pembaca / pengikut kisah Abang Zan 3 tahun lepas, buat pengetahuan semua, Abang Zan dah berjaya mencapai cita-citanya menjadi pendidik. Ingat, baru tercapai cita-cita menjadi pendidik. Menjadi pencinta wanita belum berjaya lagi.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku