Wednesday, April 27, 2011
BAWA ANAK KE MUZIUM CIKEDIS
"Hari ini abah nak bawak kamu ke muzium."
"Yeay! Mama, abah nak ajak kita pergi muzium!"
Senang sekali hati anak kecil itu bila aku nyatakan tujuan aku bercuti hari itu. Musim cuti sekolah ni, memang tak patut kalau aku tak cuti. Kesian dekat anak-anak. Tak cukup kasih sayang nanti. Bila tak cukup, nanti mula la pelbagai gejala sosial di dalam masyarakat.
******
"Kita nak pergi muzium mana ni abah?" Dahlia bertanya dengan anak mata yang bersemangat.
"Tunggu je la. Muzium ni special sikit." Aku tersenyum memandang Seri yang tersipu-sipu setiap bila aku bawa ke muzium ini.
Sememangnya muzium ini banyak mengimbas kembali kenangan ketika aku dan Seri bercinta. Sejak zaman sekolah sehingga membawa ke zaman pekerjaan, sehingga ke zaman beranak-anak ni.
*****
"Abah, tu makanan apa tu bah?" Dahlia bertanya.
"Haa, itulah makanan abah dengan mama masa kami kecil-kecil dulu."
"Kenapa sekarang dah tak jual lagi?" Minda si kecil ini minta diasah. Banyak pula yang ditanyakan.
"Syarikatnya dah bankrup." Aku menipu.
Aku rasa bersalah apabila terpaksa menipu kepada anak sendiri. Di dalam Muzium Cikedis ini aku tak pernah menipu. Dari sejujurnya aku melafazkan kata cinta kepada Seri di dalam bangunan ini 10 tahun lalu, ini baru sekali aku menipu.
Aku tak mahu membuat kenyataan yang akan membuatkan anak kecil ini rasa marah kepada kerajaannya. Adakah perlu untuk aku nyatakan hakikat sebenarnya?
"Super Ring dah tak jual lagi sebab kerajaan tak bagi jual."
"Choki Choki boleh gemukkan badan Dahlia."
"Nasi lemak nanti buat jantung Dahlia sakit."
Tak kan aku nak nyatakan hakikat sebegini pada anak aku.
Aku lebih rela menipu.
Sebelum aku pulang, mata aku bergenang melihat plastik-plastik pembungkus makanan rapu/cikedis yang popular era 90-an sehingga pertengahan 2015 itu. Lidah ini masih lagi terasa kesedapan serdak-serdak Twisties, plastik panjang Choki Choki, rasa masam Nano-Nano, rasa udang Rota, rasa keju Super Ring di jari jemari. Pergh!
Hey, aku mula berkenalan dengan Seri guna jajan Mr.Pringles tau!
WE SHARE WE CARE
"STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471, mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. (Sharing is Caring)"
Orang Malaysia ini memang cepat lentingnya. Sangat sensitif dengan isu-isu keagamaan which is bagus. Lebih-lebih lagi kalau bab-bab halal haram makanan. Memang sensitif habis. Maklum la, nak jadi darah daging. Tapi yang tak bagusnya, bila dapat info-info dari sumber internet, terus percaya bulat-bulat. Siap sebar-sebarkan lagi which is bagus sebarkan maklumat tapi tak boleh ke kita buat sedikit research mudah dengan menggoogle info tersebut, dalam kes ini yang mengatakan STARBUCK itu haram dari segi ramuannya, bukan dari segi moralitinya.
Ok, to be fair. Bukan STARBUCK sahaja, sebelum ini pun aku dah terbaca beberapa pengharam internet yang lain.
Buat pengetahuan semua manusia, kalau dengar cerita-cerita ini janganlah anda cepat melenting. Berfikir seperti manusia berakal. Langkah sebegini (at least) boleh mengurangkan lentingan anda.
1) http://www.halal.gov.my/ehalal/ Buka website ini. Ini adalah website rasmi JAKIM bawah portfolio Halal. Segala berita tentang halal-haram, Insya-allah ada dalam ini.
2) Kemudian tulis aduan kepada JAKIM. Insya-allah prompt action/jawapan akan diambil.
Kenapa umat Malaysia tak nak guna kemudahan macam ini? Kenapa perlu terus panjangkan berita yang belum lagi pasti? #somalaysian
Halal atau haram sesuatu kedai makan itu bukan terletak pada stiker logo halal. Kenapa? Sebab sesetengah kedai yang halal pun tapi tak request for sijil halal, memang takkan dapat sijil halal.
So, sebelum masuk kedai makan, fikir banyak kali dulu.
Monday, April 25, 2011
LANGKAH PERTAMA UNTUK LANGKAH SETERUSNYA
REVIEW FILEM : RED RIDING HOOD
Sebenarnya, cerita Red Riding Hood itu cerita kanak-kanak tapi dah sampai pada tangan orang kreatif, cerita ini dijadikan sesuatu yang dark, yang gelap dan berunsur seram melampau. Tapi takde lah melampau lampau. Cuma kalau dibandingkan dengan cerita Little Red Riding Hood yang asal, ni sudah jauh tersasar. Dari cerita untuk budak-budak tidur, nanti jadi mimpi ngeri budak-budak pula. #justsaying.
Satu masa dulu, Sindiket Soljah ada mengeluarkan buku "Siapa Kekah Bidan Sepiah?" yang mana cerita-cerita dalam buku itu mencabar minda pembaca untuk mencari siapa sebenarnya harimau jadian yang membuat onar di kampung berkenaan. Sampai habis baca, tak seorang pun tak tahu yang kekah Bidan Sepiah.
Apa kaitan filem Hollywood dan buku indie tempatan ini?
Sebenarnya orang kita (Malaysia) dah ada idea nak bikin filem seram dengan gaya Hollywood macam filem Red Riding Hood. Yang berlatarkan sumpahan atau ilmu hitam yang mengubah fizikal manusia kepada haiwan jadian di satu kawasan terpencil (Orang Malaysia pilih harimau sbb mereka rasa harimau malaya lebih ganaz berbanding serigala). Tetapi mungkin budget takde, atau masih lagi di peringkat awal pembikinan (buat skrip itu dan ini), lalu orang Hollywood cedok idea itu dan masukkan dalam filem ini. Digarap semula dengan nilai-nilai kematsallehan.
Ya, aku rasa filem Red Riding Hood merupakan hasil gabungan cerita kanak-kanak Little Red Riding Hood dan cerita dewasa Siapa Kekah Bidan Sepiah. No doubt.
***Siapa sebenarnya yang jadi serigala jadian dalam filem ini? Aku memang tak sangka.
Saturday, April 23, 2011
TAPISAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
Ada tarikh yang bertindan dengan majlis yang lain dan aku tak tahu nak pergi yang mana satu. Kalau nak solat istikharah sebab nak pilih, rasa macam poyo sangat la pula sebab masa nak pilih ex-makwe dulu pun aku tak solat istikharah.
Kalau dulu aku pentingkan majlis mana yang dekat je yang aku akan datang. Tapi ni cara memilih zaman dulu kala. Lepas itu ada juga cuba cara majlis kawan-kawan yang rapat je yang aku datang. Tapi lama-lama kelamaan boring la pula jumpa kawan-kawan yang sama. Kalau ramai yang bujang lagi, gagah juga aku nak datang. Ini tidak, semua datang bawa anak. Aisehmen, what point aku datang kalau misi serampang 2 mata tak menjadi, kan?
Untuk musim perkahwinan kali ini, aku dah ada beberapa idea macam mana nak select majlis yang patut aku hadirkan diri.
1) Mula-mula aku akan reject majlis yang mana kad jemputan mereka menjemput "Fikrikacak & Pasangan". Ok, yang mana hantar kad jemputan yang ajak aku bawa pasangan memang aku tak datang. Saja nak buat aku rasa kecil hati taw.
2) Kemudian aku akan kontek kawan-kawan yang berkaitan. Nak tengok berapa ramai geng bujang yang datang. Kalau lebih ramai di kalangan makwe, aku konfem datang. Kalau ramai golongan pakwe pun aku datang. Tapi kalau lebih ramai sudah berkeluarga yang datang, aku maybe tak datang. Boring nanti takde orang nak buat lawan berborak. Masing-masing sibuk layan laki-bini-anak masing-masing.
3) Dan kriteria yang ketiga, lokasi kahwin mestilah tak lebih dari RM50 petrol pergi-balik menaiki Wira 1995 enjin usang. Zaman tengah bujang kena berjimat sikit. Duit petrol pun kena berkira, bukan kedekut tawww. He he he.
LAGU LAMA TAPI AKU BARU RASA NAK DENGAR
Fynn Jamal - 150 Juta
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Friday, April 22, 2011
TIPIKAL BUAYA
Ok, kalau kita dok perati elok-elok ayat atas ni, korang rasa pernah guna tak waktu nak tackle makwe-pakwe korang dulu? Eleh... Tak kan tak pernah kot... Innocent letteww...
Untuk mana-mana awek dan balak yang baru nak berkecimpung dalam bidang percintaan, ayat ini adalah ayat yang harus diingat. Kenapa? Ini adalah ayat-ayat buaya yang amat tipikal sekali dalam dunia. Ia digunakan oleh buaya darat dari jenis jantan dan betina.
Ini sekadar peringatan buat mereka yang masih belum dicemari kudis-kudis cinta ini. Semoga tak tewas dalam peperangan jiwa dan emosi bila dah tertenggelam jauh dalam lautan cinta nanti.
SEMANGAT DISKAUN SUDAH MARI
Wednesday, April 20, 2011
SELUDUP BARANG HARAM
Dalam kelam malam yang hanya disuluh cahaya bulan sabit malap, Shahrul meneruskan perjalanan di celahan denai. Pedih dek dicucuk rerumput semalu langsung tak dihiraukan. Walaupun malam masih muda, rasa takut kena ligan dengan momok tetap ada.
"Nasir, cepat sikit. Kita masuk pagar dalam jam 8.15pm." Shahrul memberi arahan.
Nasir yang dari tadi membontoti sahaja, mengangguk tanda faham. Di tangannya terdapat beg-beg plastik yang dipenuhi barang-barang haram hasil tempahan kawan-kawan sama dorm.
Kerja seludup barang haram dalam asrama cuma dapat dilakukan oleh mereka-mereka yang berhati kering sahaja, macam Nasir. Shahrul? Dia cuma kalah main poker dan terpaksa mengikut Nasir beli barang haram sebagai denda sebab kalah.
Nasir sanggup lompat pagar dan membeli barang haram jika ada yang berani bayar upah dan jaga line. Lagi haram barang yang dikehendaki, lagi mahal caj yang dikenakan. Kebanyakkan pelajar asrama masa ini kaya-kaya belaka. Setakat untuk bayar RM5 untuk barang haram berkenaan, tentu tiada hal.
"Nasir, kita stay sini. Tunggu Apai bagi signal." Arah Shahrul.
Nasir mengangguk. Setakat hari ini, belum ada lagi tangkapan yang berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa sekolah. Dan ini sedikit sebanyak meningkatkan reputasi Nasir sebagai Flyer Sekolah. Semua taktik yang digunakan benar-benar berkesan. Oleh itu, tiada seorang pun yang gentar jika keluar fly dengan Nasir.
"Ok Nasir, kita gerak sekarang." Shahrul bersuara kembali selepas mendapat signal dari Apai,"Aku masuk dulu."
**************
Keadaan Dorm Galileo riuh rendah. Masing-masing beratur depan katil Nasir untuk medapatkan bekalan masing-masing. Tangan masing-masing dah genggam syiling. Sangap benar dah budak-budak asrama ni. Nasir mula bersuara membacakan senarai tempahan.
"Nasi lemak telur sambal lebih, Topek!"
"Berapa ringgit ni Sir?" Tanya Topek.
"Dua ringgit." Jawap Nasir tegas sambil mengambil syiling dari Topek.
"Rota dua bungkus, Tenuk!" Nasir menjerit separa tinggi.
Tenuk datang dan menyerahkan 2 keping syiling 50 sen.
"Minggu depan Rota naik harga. Sebungkus 60 sen." Nasir sound awal-awal.
Tenuk mengangguk tanda faham.
Dalam kegawatan makanan rapu sekarang ni, lebih-lebih dalam kawasan asrama, harga jajan jadi tak menentu. Depend pada kesusahan Nasir nak dapatkan barang haram ni. Lagipon kalau kantoi, Nasir yang akan tanggung hukuman sorang-sorang.
5 minit kemudian Dorm Galileo mula senyap, masing-masing khusyuk makan nasi lemak berlauk dan jajan masing-masing. Ada juga yang menitiskan air mata dalam setiap suapan mereka. Maklum la, untuk mereka yang tinggal jauh dari asrama, cuma sebulan sekali baru dapat rasa makan nasi lemak iaitu masa minggu balik kampung.
"Harap-harap masuk universiti nanti boleh makan nasi lemak dalam bilik secara halal." Ujar Jawa, salah seorang pembeli nasi lemak malam itu.
Selepas makan, daun pisang pengalas nasi lemak dan bungkusan jajan disatukan dalam satu plastik lalu diserahkan kepada Nasir kembali. Sebelum beredar ke dorm, masing-masing menepuk bahu dan bersalaman dengan Nasir. Tak kurang juga ada yang peluk Nasir erat-erat. Berterima kasih bersungguh-sungguh.
********
Di hujung dataran ampaian, Nasir masukkan plastik sampah makanan tadi ke dalam satu lubang yang digalinya siang tadi. Dicurahkan minyak tanah dan dihidupkan api. Menghapuskan bukti terakhir ini penting dan mesti dilakukan pada masa yang tepat, jam 8.50pm, semasa semua warden dan jaga sekolah sedang khusyuk tonton Buletin Utama. Ya, pada ketika itu Buletin Utama adalah satu-satunya rancangan yang mendapat rating paling tinggi dalam sejarah penyiaran di Malaysia. Siapa tak tonton Buletin Utama dikira tak hip la....
Saturday, April 16, 2011
DAH AKU KATA TAK MAHU
Bodoh.
Bila kita tolak secara baik, dia cakap, "Ini lah bangsa melayu, tak nak tolong orang kita sendiri". Kang bila kena cepuk mulut, cakap kita samseng. Bangang infiniti.
Ni ada sekor yang sibuk suruh join dia dalam Facebook. Dia cakap, "Kalau tak join, rugi bang!". Cakap boleh kaya cepat la, untuk bangsa kita sendiri la, pung pang pung pang. Bangang infiniti kali 10.
Baik aku kerja makan gaji, kumpul duit nak kahwin. Macam orang kebanyakkan. Tapi dalam pada itu buat plan nak buka perniagaan yang betul-betul berniaga. Bukan jual produk entah apa-apa kendian tipu kawan sendiri. Bangang infiniti kali 1,000.
Sekian.
NAMA
Nama terkini mengikut arus kemodenan masyarakat setempat?
Nama pan-asia yang diberi kombinasi dari nama kejawaan dan kebaratan?
Nama dari hasil gabungan nama aku dan bakal isteri aku?
Nama dari restu ayah dan emak?
Nama dari kebanyakkan buku "Nama anak-anak yang baik" yang boleh didapatkan di PBAKL tak lama lagi?
.
.
.
.
.
.
.
Adalah lebih baik aku menyiapkan laporan-laporan yang bertimbun ini dari memikirkan nama bakal anak aku yang entah bilanya nak ada pun aku tak pasti.
Ohoi!
LAGU HUJUNG MINGGU - BRUNO MARS - LAZY SONG
SWEET DOWH LAGU NI - COLBIE CAILLAT - I DO
Friday, April 15, 2011
DAH PATUT BERAKHIR
Dan setiap kali itu la hati aku terdetik,
"What the hell i do right now? Still chasing my child dream?"
Yes, damn right.
I should think about my legacy, not still leka dengan kehidupan bujang T_T~
Thursday, April 14, 2011
BRO TIPS #2 : BRO ALWAYS THINK POSITIVE
.......
Kalau makwe lu bagi hadiah yang girly-girly gitu, please la layankan sahaja. Makwe lu nak bahagiakan hati lu, tak kan lu tak nak tengok dia bahagia pula kan? Gua tahu lu mesti rasa geli-geli kalau makwe lu bagi kek cawan kendian bakar 2 batang lilin kecil yang menandakan ulangbulan ke 2 perhubungan korang. Pulak tu ajak tiup depan orang ramai dekat restoren paling ramai orang di Senibong. Gua faham perasaan lu yang memikirkan kata-kata nista orang sekeliling yang mengatakan lu poyo, tapi bro lu pikir sendiri la bro, diorang tu cemburu je. Makwe diorang takde buat macam tu. Lu patut cakap "Gua ada makwe, lu ada?" pada orang yang bagi jelingan sinis malam ni.
Ingat bro, ni Bro-Tips. Dari Bro Untuk Bro. Percayalah kata aku :)
BRO TIPS #1 : REAL BRO IS GENTLEBRO
.....
Awak ada teman wanita dan teman wanita awak ada kawan. Samada kawan lelaki atau kawan wanita. Dan seperti mana awak yang perlukan set kawan-kawan awak, begitu juga-lah dia perlukan set kawan-kawan dia. Jadi, jangan terlalu kongkong atau terlalu manja dengan teman wanita awak. Awak bukan budak-budak lagi. Melainkan awak ada isu semasa zaman kanak-kanak (kehilangan zaman kanak-kanak).
Grow up la Bro. Cemburu buta membawa kepada kemudaratan dan kehancuran. Simpan ego dalam poket dulu. Hadapi masalah secara lelaki. Macam gentlemen. Kalau kamu bertindak secara gentlemen, aku percaya bukan setakat teman wanita awak je yang cair, silap-silap adik-kakak teman wanita kamu pun boleh cemburu tau!
Oh tidak, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Ini sekadar "Bro-Tips".
Wednesday, April 13, 2011
TED-MOSBY-HOLIC
REVIEW FILEM : CUN
Kenapa saya terhibur tonton filem CUN?
1) Sebab ada Maya Karin yang cantik dan Remy Ishak yang gagah.
2) Ada part yang saya gelak sakan. Ada part yang saya hampir manly tears. Ada part yang romantik. Aduhai, rugi tengok sorang-sorang.
3) Kartina Aziz memang best jadi opah yang kalut.
4) Rindu habaq hang nak dengaq sora oghang utagha dok menyakat guna slang depa. Rindu plak kat Kampus Utara. Ermmm...
5) Watak Manja (Nadia Nissa) buat aku hampir menangis dowh. Time dia kena maki dengan Atan (Remy Ishak), time Luna (Maya Karin) nak balik KL. Sob sob.
6) 2 Watak yang humorlicious ialah Bedah Tonggek (Mislina Mustaffa) dan Eton Gebu (Siti Nor Faridah) sangat menjadi. Ha ha ha. Aku suka watak ni. Humor dan pada masa yang sama villian. Sakit hati aku tengok. Hish!
7) Remy Ishak bawa watak hero kampung memang menjadi la siot. Dengan muka gelap dek kerana kerja bawah panas, muka berminyak, kasar-kasar lembut, hisap rokok daun, dialek utara pekat. Pergh.... Dressing masa pergi studio tu.. Fuuuuh.... Old school abes.
8) Tom (Faezah Elai) macam buat-buat tomboy :(
TANYA SAMA HATI
Tanya sama hati, "Apa asal sayang? Adakah tandanya nampak dipandang?". Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya punya tanda-tanda hubungan mesra.
Belajar jaga hati sendiri sebelum sibuk-sibuk nak jaga hati orang lain.
SALAH
Tulis cek pun salah. Cetak payment voucher pun salah. Telefon orang pun salah nombor. Pakai stoking salah matching. Salah sangka jangan cakap lah, banyak kali dah. Ni ha, salah makan. Asyik nak tandas sahaja.
Penat rupanya bila dah buat salah ini.
Haih T_T~
Monday, April 11, 2011
HADIAH KEKASIH
Aku pernah dengar orang gila bercinta ni sanggup buat apa saja. Si lelaki sanggup berenang lautan api. Si perempuan sanggup gadai body. Tapi hal si perempuan bagi konsol permainan berharga 1/2 bulan gaji, ini baru pertama kali aku dengar. Serius.
Apa punya idea la si lelaki ni boleh minta konsol permainan. Alahai.... Aku rasa ianya tak patut atas 2 sebab :
(1) Malu weh nak minta makwe belikan barang harga mahal-mahal. Walaupun makwe sendiri, tapi malu la weh.
(2) Kalau nak minta beli barang pun, minta la yang dewasa sikit. Konsol permainan? Euuww.... Tak boleh jadi produktif langsung. Beli la barang nak bertunang ke barang hantaran kahwin ke.
So, pakwe-makwe di luar sana, kalau nak belikan hadiah untuk pasangan masing-masing, sila la berpada-pada ye. Kasihan pada diri sendiri.
Sekian :p
Friday, April 08, 2011
365
KPI ini adalah rentetan dari KPI jangka pendek yang aku tetapkan 4 bulan sebelum aku mulakan KPI jangka panjang aku ini.
Pada awalnya aku lancarkan KPI "30 hari mencari cinta" gara-gara terpengaruh dengan filem Indonesia "30 hari mencari cinta". Kebetulan juga ada mengenali seorang makwe kiut tapi sombong.
Tamat 30 hari, KPI gagal. Dan dan itu juga aku terus lancarkan KPI "3 Bulan Mencari Cinta" iaitu sebelum tamatnya semester itu aku mesti berjaya mencari cinta. Tapi seperti selalu-selalu, aku masih lagi gagal. Dek kerana sibuk dengan tugasan sebagai pelajar <----- Alasan cliche. Buwek!
Dan dari itu aku lancarkan 3 Tahun Mencari Isteri Solehah. Bertukar dari "mencari cinta" ke "mencari isteri solehah" kerana berpendapat dalam masa 3 tahun itu dah tak sesuai nak bercinta sakan dah. Dah kena kahwin je. Buang masa dah nak bercinta ni.
Dan aku dah plan awal-awal. Kalau KPI ini aku masih lagi gagal, aku nak buat KPI untuk pergi melancong ke luar negara. Serius ni. Kendian tulis journal macam orang biasa buat. Pergh, mesti menarik!
Thursday, April 07, 2011
KAWAN MATI
Minggu lepas aku menonton episod terkini drama bersiri Greys Anatomy Musim Ke 7 (Episode 18). Dan episod ni berjaya buat aku bergenangan air mata sorang-sorang dalam pejabat petang sabtu. Damn.
Ok. Katakan la aku ditimpa musibah suatu hari nanti, aku terfikir juga, berapa ramai yang akan datang melawat aku atau paling bangsat send SMS pada aku dan ucap "Get Well Soon!"?
Episod ini benar-benar buat aku terfikir berapa ramaikah orang di luar sana yang akan melawat aku jika aku mati nanti? Aku tak mahu cakap, "berapa ramai yang akan hadir aku kahwin nanti" sebab aku sendiri tak tahu bila aku akan kahwin atau mungkin juga aku tak kahwin tapi yang pasti aku akan mati. So, kita cakap pasal mati je la.
Kalau la aku boleh tahu siapa yang lawat aku jika aku mati nanti, pasti dalam kubur pun aku menangis sebab masih mempunyai kawan di kala susah dan senang.
Anda. Berapa ramaikah kawan anda yang sama-sama senang dan sama-sama susah?
Ok, kita nyanyi lagu Chasing Car oleh Snow Patrol sama-sama.
Everything
On our own
We don't need
Anything
Or anyone
If I just lay here
Would you lie with me
And just forget the world?
I don't quite know
How to say
How I feel
Are said too much
They're not enough
If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me
And just forget the world?
Before we get too old
Show me a garden
That's bursting into life
Let's waste time
Chasing cars
Around our heads
To remind me
To find my own
If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me
And just forget the world?
Before we get too old
Show me a garden
That's bursting into life
All that I am
All that I ever was
Is here in your perfect eyes
They're all I can see
Confused about how as well
Just know that these things
Will never change for us at all
If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me
And just forget the world?
Tuesday, April 05, 2011
INI KALI AKU LEPAK SATU HARI SUNTUK DAN BAWA DUIT LEBIH SIKIT
LANGGAR DAN LARI PERKARA KEJI
Apa yang menyayat hati, keluarga mangsa merupakan satu-satu keluarga berbangsa India di kawasan perumahan aku. Mereka antara keluarga yang awal berpindah ke taman perumahan itu sejak 12 tahun lalu (1999) dan aku sendiri yang melihat mangsa membesar dengan bergaul dalam kelompok bangsa melayu. Sedikit pun tidak canggung untuk menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat walaupun ianya perarakan maulud nabi, jamuan hari raya, moreh dan pelbagai aktiviti lagi. Dia sendiri menyatakan yang dia canggung untuk bergaul dengan kawan-kawan bangsa sendiri.
Rasanya baru semalam tengok dia lepak atas motor dengan rakan sebaya di jalan kecil belakang rumah aku. Lepas ini dah tak boleh nak mengusik dia lagi lawak-lawak seperti, "Eh, kau mana boleh makan burger daging!" Yang mana dia akan menjawab, "Boleh je, aku makan tak mati pun."
Aku harap siapa yang langgar dan lari itu akan dihantui rasa bersalah hingga akhir hayat.
Dan ini sedikit sebanyak mengingatkan aku bahawa, maut tidak datang mengikut umur. Tak kira tua, tak kira muda. Jika Allah sudah tetapkan, ianya akan datang juga.
Sudah cukupkah iman untuk aku bawa ke daerah sana?
Saturday, April 02, 2011
FILEM YANG AKU NANTIKAN : YOUR HIGHNESS
Isabel : Thadeous, I have not been able to stop thinking of you.
Thadeous : What a coincidence. I was just about to finish thinking of you.
Belladonna : How are you going to make me love you?
Leezar : If your vagina is anything like my hand, there will be no problem.
Beberapa sebab aku nantikan filem ini :
1) Zooey Deschanel berlakon dalam filem ini. Sejak 500 day of Summer aku sudah mula jatuh cinta dengan keslamberan dia berlakon. Damn hot.
2) Sejak tonton No String Attached aku rasa aku dengan Natalie Portman ada satu bonding chemistry that buat aku nak tonton wanita ini berlakon filem genre komedi. Boring tengok dia berlakon filem serius.
3) Ini cerita komedi dengan skrip yang skeptikal dan sarkastik serta lucah. Aku mahu gelak dan gelak dan gelak.
Friday, April 01, 2011
KPI GUA DAH NAK CAPAI TEMPOH MATANG
Tetapi bagi aku, sejak 2,3 tahun kebelakangan ini aku cuma concern pada satu benda sahaja. Benda yang aku telah tulis 2 tahun dulu. Kurang lebih orang gomen gelar sebagai KPI. Ini adalah KPI yang aku betul-betul serius. Sebelum ini aku pernah juga tetapkan KPI untuk diri sendiri tapi semuanya ke laut. Memang takde hati nak capai. Contohnya nak kurangkan berat badan.
Tapi ada satu KPI tahun bila ntah yang tercapai. Dan sampai sekarang masih lagi berada di tahap yang memuaskan. KPI yang aku maksudkan ialah menjadi kacak.
Ok, lagi seminggu sebelum KPI jangka panjang yang aku betul-betul serius ini akan jadi genap setahun baki tempohnya. Tapi haram tak ada progres lagi. Cilakak. Aku kurang kacak-kah? Atau tak cukup charming-kah? Atau masih belum ada rezeki-kah?
Pergh... Goyang juga lutut nak tunggu jadi lagi genap setahun ni. Goyang macam nak jumpa awek comel lote. Belum mula cakap dah pengsan!
Seriusly, cukupkah masa setahun lagi jika progres masih lagi di bawah par?
Damn.