Monday, April 25, 2011
REVIEW FILEM : RED RIDING HOOD
Sebenarnya, cerita Red Riding Hood itu cerita kanak-kanak tapi dah sampai pada tangan orang kreatif, cerita ini dijadikan sesuatu yang dark, yang gelap dan berunsur seram melampau. Tapi takde lah melampau lampau. Cuma kalau dibandingkan dengan cerita Little Red Riding Hood yang asal, ni sudah jauh tersasar. Dari cerita untuk budak-budak tidur, nanti jadi mimpi ngeri budak-budak pula. #justsaying.
Satu masa dulu, Sindiket Soljah ada mengeluarkan buku "Siapa Kekah Bidan Sepiah?" yang mana cerita-cerita dalam buku itu mencabar minda pembaca untuk mencari siapa sebenarnya harimau jadian yang membuat onar di kampung berkenaan. Sampai habis baca, tak seorang pun tak tahu yang kekah Bidan Sepiah.
Apa kaitan filem Hollywood dan buku indie tempatan ini?
Sebenarnya orang kita (Malaysia) dah ada idea nak bikin filem seram dengan gaya Hollywood macam filem Red Riding Hood. Yang berlatarkan sumpahan atau ilmu hitam yang mengubah fizikal manusia kepada haiwan jadian di satu kawasan terpencil (Orang Malaysia pilih harimau sbb mereka rasa harimau malaya lebih ganaz berbanding serigala). Tetapi mungkin budget takde, atau masih lagi di peringkat awal pembikinan (buat skrip itu dan ini), lalu orang Hollywood cedok idea itu dan masukkan dalam filem ini. Digarap semula dengan nilai-nilai kematsallehan.
Ya, aku rasa filem Red Riding Hood merupakan hasil gabungan cerita kanak-kanak Little Red Riding Hood dan cerita dewasa Siapa Kekah Bidan Sepiah. No doubt.
***Siapa sebenarnya yang jadi serigala jadian dalam filem ini? Aku memang tak sangka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku