Wednesday, April 27, 2011

WE SHARE WE CARE

"STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471, mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. (Sharing is Caring)"

Orang Malaysia ini memang cepat lentingnya. Sangat sensitif dengan isu-isu keagamaan which is bagus. Lebih-lebih lagi kalau bab-bab halal haram makanan. Memang sensitif habis. Maklum la, nak jadi darah daging. Tapi yang tak bagusnya, bila dapat info-info dari sumber internet, terus percaya bulat-bulat. Siap sebar-sebarkan lagi which is bagus sebarkan maklumat tapi tak boleh ke kita buat sedikit research mudah dengan menggoogle info tersebut, dalam kes ini yang mengatakan STARBUCK itu haram dari segi ramuannya, bukan dari segi moralitinya.

Ok, to be fair. Bukan STARBUCK sahaja, sebelum ini pun aku dah terbaca beberapa pengharam internet yang lain.

Buat pengetahuan semua manusia, kalau dengar cerita-cerita ini janganlah anda cepat melenting. Berfikir seperti manusia berakal. Langkah sebegini (at least) boleh mengurangkan lentingan anda.

1) http://www.halal.gov.my/ehalal/ Buka website ini. Ini adalah website rasmi JAKIM bawah portfolio Halal. Segala berita tentang halal-haram, Insya-allah ada dalam ini.

2) Kemudian tulis aduan kepada JAKIM. Insya-allah prompt action/jawapan akan diambil.

Kenapa umat Malaysia tak nak guna kemudahan macam ini? Kenapa perlu terus panjangkan berita yang belum lagi pasti? #somalaysian

Halal atau haram sesuatu kedai makan itu bukan terletak pada stiker logo halal. Kenapa? Sebab sesetengah kedai yang halal pun tapi tak request for sijil halal, memang takkan dapat sijil halal.

So, sebelum masuk kedai makan, fikir banyak kali dulu.

3 comments:

  1. huh..? ben, ko kena ingat... tahap kejoyahan rakyat Msia nih mmg tersangat tinggi...

    ReplyDelete
  2. Joyah berakal sikit la kan? Joyah Millenium mesti tau guna internet.

    Aku hangin btul kalau benda2 takde pengesahan disebarkan.

    ReplyDelete
  3. biase la itu encek wiwin. orang Malaysia majoriti begitu kesahnye. kurang menyelidik dan buat bacaan. kalau tak takde statistik pembacaan buku rakyat malaysia ni rendah

    ReplyDelete

Komenlah Aku