Perkara paling gila pernah aku dengar dalam kompilasi penyesalan selepas putus cinta ialah member aku bagi bekas kekasih lelakinya seunit konsol permainan yang berharga RM999 (pada ketika itu). Dan bila dia dok fikir-fikir sekarang ni, rasa nak pergi curi konsol tu pun ada. Tapi apa kan daya, dek kerana takutkan sikunya menjadi buruk, dia redha.
Aku pernah dengar orang gila bercinta ni sanggup buat apa saja. Si lelaki sanggup berenang lautan api. Si perempuan sanggup gadai body. Tapi hal si perempuan bagi konsol permainan berharga 1/2 bulan gaji, ini baru pertama kali aku dengar. Serius.
Apa punya idea la si lelaki ni boleh minta konsol permainan. Alahai.... Aku rasa ianya tak patut atas 2 sebab :
(1) Malu weh nak minta makwe belikan barang harga mahal-mahal. Walaupun makwe sendiri, tapi malu la weh.
(2) Kalau nak minta beli barang pun, minta la yang dewasa sikit. Konsol permainan? Euuww.... Tak boleh jadi produktif langsung. Beli la barang nak bertunang ke barang hantaran kahwin ke.
So, pakwe-makwe di luar sana, kalau nak belikan hadiah untuk pasangan masing-masing, sila la berpada-pada ye. Kasihan pada diri sendiri.
Sekian :p
Kah..Kah..Kah.. Bengong.. Pulangkan duit kami!! Pulangkan!!!
ReplyDeleteteringin benar nak orang belikan aku djembe dgn set conga
ReplyDelete