Wednesday, April 20, 2011

SELUDUP BARANG HARAM

Tahun 2013. Di sekitar sebuah asrama sekolah berasrama.

Dalam kelam malam yang hanya disuluh cahaya bulan sabit malap, Shahrul meneruskan perjalanan di celahan denai. Pedih dek dicucuk rerumput semalu langsung tak dihiraukan. Walaupun malam masih muda, rasa takut kena ligan dengan momok tetap ada.

"Nasir, cepat sikit. Kita masuk pagar dalam jam 8.15pm." Shahrul memberi arahan.

Nasir yang dari tadi membontoti sahaja, mengangguk tanda faham. Di tangannya terdapat beg-beg plastik yang dipenuhi barang-barang haram hasil tempahan kawan-kawan sama dorm.

Kerja seludup barang haram dalam asrama cuma dapat dilakukan oleh mereka-mereka yang berhati kering sahaja, macam Nasir. Shahrul? Dia cuma kalah main poker dan terpaksa mengikut Nasir beli barang haram sebagai denda sebab kalah.

Nasir sanggup lompat pagar dan membeli barang haram jika ada yang berani bayar upah dan jaga line. Lagi haram barang yang dikehendaki, lagi mahal caj yang dikenakan. Kebanyakkan pelajar asrama masa ini kaya-kaya belaka. Setakat untuk bayar RM5 untuk barang haram berkenaan, tentu tiada hal.

"Nasir, kita stay sini. Tunggu Apai bagi signal." Arah Shahrul.

Nasir mengangguk. Setakat hari ini, belum ada lagi tangkapan yang berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa sekolah. Dan ini sedikit sebanyak meningkatkan reputasi Nasir sebagai Flyer Sekolah. Semua taktik yang digunakan benar-benar berkesan. Oleh itu, tiada seorang pun yang gentar jika keluar fly dengan Nasir.

"Ok Nasir, kita gerak sekarang." Shahrul bersuara kembali selepas mendapat signal dari Apai,"Aku masuk dulu."

**************

Keadaan Dorm Galileo riuh rendah. Masing-masing beratur depan katil Nasir untuk medapatkan bekalan masing-masing. Tangan masing-masing dah genggam syiling. Sangap benar dah budak-budak asrama ni. Nasir mula bersuara membacakan senarai tempahan.

"Nasi lemak telur sambal lebih, Topek!"

"Berapa ringgit ni Sir?" Tanya Topek.

"Dua ringgit." Jawap Nasir tegas sambil mengambil syiling dari Topek.

"Rota dua bungkus, Tenuk!" Nasir menjerit separa tinggi.

Tenuk datang dan menyerahkan 2 keping syiling 50 sen.

"Minggu depan Rota naik harga. Sebungkus 60 sen." Nasir sound awal-awal.

Tenuk mengangguk tanda faham.

Dalam kegawatan makanan rapu sekarang ni, lebih-lebih dalam kawasan asrama, harga jajan jadi tak menentu. Depend pada kesusahan Nasir nak dapatkan barang haram ni. Lagipon kalau kantoi, Nasir yang akan tanggung hukuman sorang-sorang.

5 minit kemudian Dorm Galileo mula senyap, masing-masing khusyuk makan nasi lemak berlauk dan jajan masing-masing. Ada juga yang menitiskan air mata dalam setiap suapan mereka. Maklum la, untuk mereka yang tinggal jauh dari asrama, cuma sebulan sekali baru dapat rasa makan nasi lemak iaitu masa minggu balik kampung.

"Harap-harap masuk universiti nanti boleh makan nasi lemak dalam bilik secara halal." Ujar Jawa, salah seorang pembeli nasi lemak malam itu.

Selepas makan, daun pisang pengalas nasi lemak dan bungkusan jajan disatukan dalam satu plastik lalu diserahkan kepada Nasir kembali. Sebelum beredar ke dorm, masing-masing menepuk bahu dan bersalaman dengan Nasir. Tak kurang juga ada yang peluk Nasir erat-erat. Berterima kasih bersungguh-sungguh.

********

Di hujung dataran ampaian, Nasir masukkan plastik sampah makanan tadi ke dalam satu lubang yang digalinya siang tadi. Dicurahkan minyak tanah dan dihidupkan api. Menghapuskan bukti terakhir ini penting dan mesti dilakukan pada masa yang tepat, jam 8.50pm, semasa semua warden dan jaga sekolah sedang khusyuk tonton Buletin Utama. Ya, pada ketika itu Buletin Utama adalah satu-satunya rancangan yang mendapat rating paling tinggi dalam sejarah penyiaran di Malaysia. Siapa tak tonton Buletin Utama dikira tak hip la....

3 comments:

  1. huhuhu... teringat zaman sekolah teknik dulu...

    ReplyDelete
  2. 8.50pm?

    aku tgk B.U 10 minit pertama je..

    ReplyDelete
  3. wah best la citer ni..suspen je..ingt kan barang haram ape???????

    ReplyDelete

Komenlah Aku