Friday, October 29, 2010

MESIN MASA

Duduk di ofis ini macam duduk dalam mesin masa.

"Eh, you tau tak Indonesia kena tsunami? Gunung berapi dia pun nak meletop! Dah gunung berapi dia tu yang top 10 paling tua!" <--- Berita minggu lepas.

"Eh, you tau tak aritu Negeri Sembilan menang lawan bola dengan Johor FC. Piala bla bla bla...." <---Berita minggu lepas.

Gua harap Doraemon dapat ambil tindakan untuk bertanggungjawap pada mesin masa dia dalam ofis ini.

Gua agak minggu depan diorang mesti borak pasal FFM.

Wednesday, October 27, 2010

SELAMAT BERKONVOKASI DI KAMPUS UTARA


Hujung bulan ini aku akan berkampung di kampus utara selama 3 hari 2 malam. Bersempena dengan majlis konvokesyen adik aku. Mungkin ini kali terakhir dan lepas ini entah bila nak datang sini lagi. Sungguh ada pro dan con studi di kampus utara, tapi sekurang-kurangnya aku dah dapat sehelai sijil sarjana muda (degree) dari kampus ini. Boleh dibanggakan juga.

Sempena dah kali terakhir sebab lepas ini kalau nak datang pun tiada sebab, aku nak merasai semula beberapa pengalaman.

1) Makan nasi lemak Kampung Darat sebelum masuk waktu subuh. Sebenarnya, takde la sedap sangat nasi lemak ini cuma makan panas-panas, dengan lauk panas-panas, ikan keli goreng panas-panas di ketika sejuk menggigit tulang di waktu sebelum subuh. Ha, bayangkan.

2) Nasi Kandar Subaidah kuah campur, ayam goreng besar penumbuk, papadom dan air limau asam. Pergh, sedap ke makan kat Subaidah Kampus Utara ni? Takde la sedap sangat, cuma murah sahaja. Ye, murah berbanding kedai nasi kandaq yang lain. Lagi pun sepanjang 4 tahun aku di Kampus Utara, kat sini je la aku makan nasi kandaq.

3) Char Kue Teow kat Medan Char Kue Teow (Ye ke?) Jitra. Selang seli makan char kue teow dengan nasi lemak 7 kupang. Pergh, makan sampai lupa dalam wallet ada seringgit. Ha ha ha.

4) Nasi goreng ayam depan bus stand Changlun. Waktu malam je ada. Itu pun bukan tiap-tiap malam ada. Nasi goreng ayam, ayam asing, ayam jenis order baru goreng. Yang buat dia lebih sedap, pakcik tu selalu bawa anak dara dia tolong dia dekat warung. Makin berselera. Tapi dengar cerita dia dah kahwin. So, berbelah bahagi juga nak datang warong ni.

5) Aku rindu nak makan dekat kedai makcik kari atau ada sesetengah orang panggil kedai "banyak" lauk. Aha... Kedai ini memang tak menyediakan banyak lauk. Tapi yang utama ialah kari organ dalaman (hati, pedal, jantung), kaki dan leher ayam. Itu sahaja kot yang utama. Yang lain biasa-biasa je. Telur goreng, ulam-ulam, sambal tumis, keli goreng, sayur goreng 1,2 jenis. Ish, tu je la. Tapi entah kenapa aura Duwe suka makan sana entah.

6) Kafe Binjai, Kolej Proton. Ha ha ha. Warga kampus utara mana yang tak pernah dengar pasal kehebatan kafe ini, memang jenis makan roti gardenia hari-hari. Paling terkenal ialah masa waktu makan tengahari. Hari kolej jauh-jauh semua datang sini. Sebab lauk murah. Makan murah. Ada banyak variasi. Boleh beli buah-buahan lepas makan nasi. Ada jual air jus buah. Ada jual cucuk-cucuk bakar siam style. Sedap ke? Biasa-biasa sahaja.

7) Sweet corner depan fakulti perakaunan, tangga dekat bilik Kutaq (kolej Proton), Tangga depan bilik Olie dan Liza (kolej Petronas) dan meja sebelah bilik Duwe (Kolej MISC). Ada apa dekat sini? Di sinilah lokasi penjualan Nata De Dadih. Dadih yang pernah popular sekitar tahun 2008 - 2009. Mencetuskan fenomena PEMEDIH (Persatuan Peminat Dadih). This is my proud. Bangga gila. Yang aku dengar, cuma di Kolej Proton sahaja yang ada apprentice. Nama dia Karo. Harap-harap dia bukan jenis bisnes kejap lepas tu lingkup.

Ha ha ha. Teringat betul tempat-tempat makan ni. Tempat yang sedikit sebanyak menyumbangkan lemak dekat badan aku ni ha.

Tuesday, October 26, 2010

RASA MACAM NAK BUAT EURO TRIP. SIAPA NAK JOIN?


Pada mulanya, aku ingat menjelajah sebahagian dari Eropah memerlukan kos yang sangat besar, masa yang terlalu lama dan jati diri yang tinggi. Ini semua berasal dari bacaan-bacaan tentang pengembaraan bangsa Melayu ke bahagian dunia yang sana. Buku-buku yang aku baca.

Buku pertama yang aku baca dan aku terasa macam aku sendiri yang pergi ikut penulis mengembara ialah buku Enrique Mengundang Jauh tulisan H.M Tuah Iskandar terbitan Utusan Publication. Tentang Melayu yang mencari jejak-jejak Melayu di Eropah berdasarkan cerita lama yang tiada bukti sahih tentang Panglima Awang atau nama eropahnya Henry The Black atau Enrique of Melaka yang kononnya telah membantu armada Ferdinand Magellan berlayar mengelilingi dunia, ironinya Ferdinand Magellan tak berjaya pun mengelilingi dunia sebab mati diserang rakyat pribumi di Filipina. Tapi namanya diangkat sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia dan membuktikan bahawa bumi ini bulat.

Hey, ini cerita kalau korang baca, memang korang tak payah pergi Eropah pun dah boleh bayangkan korang di Eropah. Pengembaraan Mazil ke Eropah digambar sekitar tahun 1960 ke 1980. Masuk dari Turki dan menempuhi pelbagai halangan komunikasi, politik, birokrasi, budaya dan ekonomi. Pelbagai kejadian berlaku disetiap persinggahan. Pengembaraan ini dilakukan semata-mata mahu menjejak tinggalkan Melayu di Eropah. Bermula dari beras, senjata seperti keris, dokumen dan pelbagai lagi. Tak terkecuali, nama yang berasal dari Tanah Melayu. Tahulah kamu ada tempat di Sepanyol yang dinamakan Malaga yang kononnya diangkat dari nama Melaka kerana masa itu Melaka adalah pelabuhan terkenal dan nama ini diangkat kononnya macam "ambil berkat" la.

Cari buku ini dan cuba baca.

Aku fikir ini semua mustahil untuk dicapai jika aku bukan orang kaya yang paling-paling tidak bergaji RM5,000 sebulan. Tapi selepas mendapat tahu berita kejayaan setahun yang lepas, aku mula teruja semula.

Tempoh hari, aku bertemu dengan seorang kawan sekolah rendah. Tak sangka pula setahun yang lepas, dia berjaya menjelajah sebahagian dari Eropah dengan hanya berbekalkan RM8,000++ untuk keseluruhan trip selama 15 hari itu secara bagpacking. Ini bermaksudnya, tidurnya tak selesa, makannya tak menentu dan mandinya belum tentu. Ha, ini adventure yang aku cari.

Aku dalam proses untuk temubual dia. Korek sikit pengalaman dia.

Mudah-mudahan dalam jangka masa 2 -3 tahun lagi, aku berjaya buat macam dia. Insya-allah kalau Allah beri rezeki lebih. Tulis travelog sikit ke. Kongsi pengalaman dalam bentuk tulisan dan gambar ke.

Ish, banyaknya berangan! Tapi takpe, berangan dulu. Hehehe.

HADIAH BIRTHDAY KE 4

31 Oktober ini blog aku ini akan berusia 4 tahun.

Aku masih lagi mencari idea hadiah apa patut aku beri.

Yang penting, masa tarikh itu aku berada di tanah kelahiran blog ini.

Sintok, Kedah.

Adik aku ada konvo.

Mesti bagi hadiah yang lebih istimewa la kalau gini.

Erm...

Monday, October 25, 2010

CODE : MESTI ADA KES APA-APA NI.

PENGALAMAN PERTAMA PERGI STADIUM JCORP : JOHOR FC VS NEGERI SEMBILAN






Entah kenapa lepas tonton separuh akhir pertama di tivi tempohari, aku jadi semangat nak tengok separuh akhir kedua di Pasir Gudang. Aku call sana sini nak minta orang belikan tiket masuk. Akhirnya dapat. Siap terlebih lagi sebab dapat tiket free. Tapi aku tak datang keseorangan. Nanti orang mengata pula. So, aku bawa brader sains sukan untuk dapat pendapat profesional beliau.

Hujan lebat sejak petang langsung tak buat aku patah semangat. Aku pakai baju sesimple mungkin sebab kalau datang sana pun, mesti kena hujan. Hensem macam mana pun basah juga nanti. Berbekalkan topi koboi dan semangat kesukanan, aku kasi redah pergi sana. Jalan jem dan licin satu hal. Kesukaran memarkir kereta juga sebahagian halangan yang aku kena tempuhi. Jalan kaki jauh gila pun satu hal lagi. Tanah lecak sampai nyaris aku jadi bahan gelak pun satu hal. Tapi itu semua, bak kata aku tadi, tidak mematahkan semangat kesukanan aku.

Kesukaran mencari port yang sesuai juga tidak boleh kami elakkan. Duduklah kami di seat belakang gawang gol. Tak, sebenarnya chare juga sebab at least kami (yang duduk di bawah) tidak la kena sisa makanan yang dilemparkan di dalam padang sebab kebanyakkan penonton yang buat hal ni duduk di port yang okay (kiri kanan stadium).

Aku sebenarnya lebih gemar tonton gelagat masyarakat di stadium, baik di dalam padang atau di luar padang.

1) Penonton
Aku paling suka tengok penonton yang emo gila babi. Kelakar. Sampai apa yang dorang marah pun tak masuk akal. Brader sains sukan siap pasang lagu guna earphone sebab malas nak dengar dorang marah-marah. Player tu botak pun boleh kena maki. Player tu kasut tercabut pun boleh kena maki. Alahai... Yang aku paling suka bila referee buat silap kaw-kaw depan mata penonton, time tu makin kuat orang maki tapi referee buat muka derk aje. Tapi aku tau dia tahu dia buat silap. Takkan nak undo tiup wisel pula kan? Dalam Winning Eleven pun tak buat macam tu. Lagi satu, bila player N9 injured kemudian kena angkat ke tepi padang (selain bahagian grand stand), konfem (Baca : Confirm!) kena balik sampah. Sampai player tu tak jadi nak sakit, terus masuk padang semula. Ha ha ha.

2) Penjual jajan
"Abe... koci be... koci!" - Di satu sudut dunia yang lain, The Red Warrior sedang berjuang lawan bola. Tapi di satu sudut dunia lain, The Red Warrior sedang berniaga kuaci dengan air mineral untuk meneruskan hidup.

3) Chikaro
Kebanyakkan yang datang atas 2 sebab. Pertama, sebab pakwe ajak. Sambil tengok bola sambil berdating. Apa stail entah datang tengok bola hujan-hujan, di tengah-tengah kegilaan penonton bersorak, dia masuk dengan baju kurung. Haih... Kedua, Chikaro yang betul-betul menyokong. Siap pakai baju kaler oren, kasut sukan, bersorak bagai nak rak dan muka kecewa meninggalkan stadium. Yang ini aku respek, memang true Johor FC Fan.

4) Brader Polis.
Mula berkumpul bila Johor FC di ambang kekalahan. Semua berkumpul tak belah-belah seat penyokong N9. Takut kejadian bakar kereta terjadi kot.

Dalam sakit tekak lepas jerit-jerit tadi, mata pun dah mengantuk kes tak cukup tidur (8 jam sehari), nak jalan kaki semula ke tempat parkir kereta tadi adalah perkara yang paling malas. Aku rasa macam nak tidur kat stadium je tadi. Nak menempuh jem lagi. Aduyai. Perut lapar lagi.

Aku tak pasti bila lagi aku nak masuk stadium ni lagi. Tunggu Johor FC masuk semi final lagi la kot.

Saturday, October 23, 2010

PREVIEW FILEM : LIFE AS WE KNOW IT

''Some chicks say oh Messer you can forget the condom. I say no and I still end up with a kid.''

Pertama kali aku tengok poster dan trailer filem ini, aku bayangkan filem komedi romantik yang ala-ala lucah gitu. They meet up, drunk, hooked up and a year later, they meet again and have problem to raise a baby. But i totally wrong!

(1) Ini cerita tentang parenthood, pasal komitmen yang ada selingan komedi orang bujang yang ada masalah jaga budak kecil. Oh, juga masalah tentang perasaan masing-masing.

(2) Bermula dengan scene komedi di mana mereka cuba disatukan oleh kawan mereka, Peter dan Allison. Kira macam matchmaking la. Tapi tak berjaya. Yang anehnya, mereka berjaya menjadi kawan bermula hari itu. Dalam setiap majlis yang dianjurkan Peter dan Allison, ada sahaja benda yang buat Holly (Akak Hiegl) dikacau/ganggu/sakat oleh Messer (Josh Duhamel). Bila dilihat, macam perangai budak sekolah pun ada. So, sweet.

(3) Ok, mereka mula disatukan bila Peter dan Allison mati dalam satu kemalangan. Mereka menamakan Holly dan Messer di dalam wasiat mereka sebagai penjaga kepada Sophie, anak perempuan mereka. Mulai hari itu, mereka terpaksa tinggal di rumah tinggal kawan mereka itu dan menjaga Sophie bersama.

(4) Dugaan pertama mereka ialah menukar lampin Sophie lepas Sophie berak. Serius sheet lawak. Ye la, orang tiada pengalaman jaga bayi, langsung tak terfikir untuk jaga budak kecil, tiba-tiba disuruh jaga budak kecil. Nasib baik ada Baby Whisperer yang tolong mereka.

(5) Filem ini seronok dan kelakar bukan sebab Hiegl dan Josh sangat kelakar. Tidak, mereka tidak kelakar. Aksi karakter mereka itu yang kelakar. Muka penat jaga baby, muka disgusting masa tukar lampin, muka gembira bila Sophie belajar berjalan. Ini yang buat filem ini agak sweet dan kelakar. At least, bagi aku la.

P/S : The Green Hornet (2011) terbaru lakonan Seth Rogen dan Jay Chou nampak macam awesome. Seth Rogen as Green Hornet? That must be jokes. Ha ha ha.

Friday, October 22, 2010

SILAP KECIL-KECIL APA ADA HAL

"You jalan sangat sunyi. I tak perasan you lalu."

"Hey, hujan sangat berat la. Takkan you nak balik jugak?"



Kira halal je la. Asalkan aku faham. Duduk office 1Malaysia ni kena lebih kurang dengan member-member.

Thursday, October 21, 2010

PREVIEW FILEM : THE OTHER GUYS


Cerita ini buat aku terbahak-bahak gelak sorang-sorang dalam pawagam. Orang keliling pandang aku buat muka semacam pun aku buat tak peduli. Aku peduli apa. Benda dah kelakar.

(1) Peranan permulaan Samuel L. Jackson dan The Rock sebagai 2 orang pegawai polis over confident adalah serius kelakar. Menangkap mamat yang mempunyai beberapa gram marijuana dan menyebabkan kerugian besar pada bandar tidak menjadi masalah pada mereka sebab mereka adalah hero.

"There are a gossip about you have relationship with Kim Kardashan."
"Erm... No comment... But i say Yes!"

Kemudian mereka mati kurang dari 15 minit selepas filem ditayangkan akibat over konfiden terjun bangunan.

(2) Will Ferrell memang mamat yang tiada perasaan. Karektor dia memang sesuatu yang baru. Hey, akauntan forensik dalam jabatan polis? Sebagai detektif? Itu kelakar beb. Akauntan tipikal (nerd, pakai cermin mata, tak aktif) tapi mempunyai satu jenis aura pemikat perempuan yang sangat wow! Isterinya, Eva Mendes. Kah kah kah.

(3) Mark Wahlberg, mamat badan sasa tapi nampak katik bila diri sebelah Will Ferrell. Berlakon filem komedi adalah sesuatu yang baru. Kah kah kah. Kalau tonton The Fast & Furious dan filem ini, karektornya bagai langit dengan bumi. Detektif dengan pengalaman melepaskan tembakan semasa dalam tugas yang tidak dapat dilupakan, tembak kaki Derek Leter.

(4) Punya la nerd si Will Ferrell ni sampai kena tipu dengan polis lain berkenaan dengan "Office Pop" iaitu event di mana semua polis pernah melepaskan tembakan dalam balai. Kah kah kah. Akibatnya, Captain Gene bagi dia pistol kayu sebagai pistol dummy. Dan bila asyik kena permainankan dengan penjahat, Captain Gene tukar pistol kayu tu dengan Wisel Perogol. Kah kah kah. Eh, cara aku cerita mungkin tak kelakar. Pergi tengok sendiri.

(5) Apa punya penjahat ntah asyik ambil kasut orang je.

(6) Se'nerd-nerd' Will Ferrell, dia pernah jadi bapak ayam masa di kolej dulu. Kira paling jahat la tu.


Eh, pergi tengok la. Baru kau faham sebab aku gelak kuat-kuat.

P/S : Next movie , Life As We Know It. He he he. Akak Heigl kita berlakon. He he he.
P/S/S : You Again , pun macam sedap nak layan. He he he.

HARAP-HARAP ADA REZEKI

Apa yang kau nak jawab bila kau pergi interview dengan 7 orang panel penemuduga duduk sebaris di sebuah meja panjang sambil buat muka psiko dan seorang panel muka garang bertanya soalan ini;

"Calon sebelum ini semua result bagus-bagus. 3.24 la. 3.18 la. Tapi awak cuma 2.85 aje. Pada pendapat awak la, why should i hired you? Ini sebab awak belajar main-main ke atau lecturer awak yang tak pandai mengajar?"

Dalam bilik yang seperti ada batu besar menekan-nekan bahu, aku pasti ada 2, 3 titik peluh akan menitis. Air cond pun dah tak rasa sejuk. Tak macam calon-calon lain, aku minum air jampi sebelum masuk bilik interview tadi. Kata orang, biar mulut tak gagap bila nak menjawap.

Tapi memang benar, apa yang aku cakap dalam hati semua keluar ikut mulut. Memang power betul kuasa psikologi air jampi tu.

"Course saya ni baru lagi Encik. Selalu tukar-tukar silibus. Pening."

"Ni U awak yang pening ke lecturer awak yang pening?" Penemuduga garang tu tanya lagi. Tapi dengan suara yang lebih tegas.

"Eh, saya la yang pening Encik. Tu yang result kurang elok sikit tu."

"Tapi kami perlukan calon yang boleh berbahasa Inggeris. Berapa fluent awak boleh berbahasa Inggeris?"

"Average."

"Tapi kami perlukan calon yang sangat Fluent!"

"Maksud saya, saya di level Average to Fluent. In the middle."

"Ha ha ha. Tapi kami perlu orang yang badan tak besar sangat. Nanti kalau saya suruh panjat tangki, tangki pula yang bengkok. Bila awak boleh kurus?"

"Dalam proses Encik. Saya target dalam June 2011 saya dah ringan sikit."

"Kalau saya bagi awak pilihan, samada kerja di estet atau di pejabat, mana yang awak prefer?"

"Di peja...."

"Saya nak awak kerja di estet. Biar berpeluh sikit."

- Damn! (Dalam hati)

Dan proses temuduga itu dilalui seperti berborak dengan brader-brader. Dia pusing tanya bukan-bukan, aku jawap bukan-bukan, dia swing balik bukan-bukan, aku swing balik bukan-bukan. Dan berdekah-dekah mereka ketawa.

Dan aku harap pada tarikh menarik 20.10.2010, pintu rezeki aku terbuka sedikit luas dan umat manusia memandang lebih kasihan pada aku. Amin.

Tuesday, October 19, 2010

INI BARU BETUL DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER PUNYA CERITA.

Tempoh hari selepas aku mengambil kad pengenalan baru, aku terus melangsaikan aktiviti-aktiviti yang tertunda akibat kerosakkan cip kad pengenalan aku seperti buat passport, print penyata EPF di pejabat EPF dan juga buka akaun baru di Maybank. Oleh kerana sekarang banyak bisnes dilakukan di alam siber, aku merasakan dengan aplikasi Maybank2U dapat memudahkan urusan niaga ini.

Tapi itu bukan topik aku.

Sedang aku tunggu pegawai bank itu settlekan update data aku dalam komputer, aku analisis pegawai bank tu. Senang kata, aku judge dia by it's cover.

Orangnya tak smart mana. Rambut agak panjang tapi tak lebat. Gigi banyak yang dah rosak menunjukkan dia kurang ambil peduli tentang kesihatan mulut. Pakai baju melayu sebab hari itu hari Jumaat. Cermin mata bingkai hitam tebal menunjukkan hati ada ada bahagian "remaja" lagi. Ish, tak mungkin pula dia dah berkahwin. jauh sekali ada anak. Nampak macam pemalas pun ada. Sedap rupanya judge orang by it's cover. He he he.

Then aku terlihat jadual pembayaran untuk pinjaman ASB. Aku ambil dan aku tenung. Cuba buat congakkan dividen tiap-tiap tahun dalam otak.

"Kau minat ke nak buat loan untuk ASB ni?"

"Minat la juga. Tapi dalam planning lagi."

"Kau muda lagi. Elok la buat. Pung pang pung pang...."

Sekali brader tu bersuara, terus susah dia nak berhenti cakap. Cakap pasal produk (loan untuk ASB) la, cakap pasal kehidupan la.

"Kita ni kalau nak tolong orang, jangan fikir banyak sangat. Jangan fikir nak minta balasan. Mungkin kita tak dapat bantuan macam kita bagi pada orang tapi bantuan itu yang kita sangat sangat perlukan masa itu nanti. Contoh macam aku, pernah la 2,3 kali tolong orang naik motor minyak habis. Tapi tuhan balas aku dengan bila tayar motor aku pancit. Ada mamat tu siap call kawan dia pomen bengkel mana ntah tolong tukarkan tiub. Haa... Tuhan bayar macam tu."

Tiba-tiba aku terkesima. Aduyai, mamat yang aku analisis tadi dengan mamat yang cakap depan aku ni orang yang sama tapi jauh menyimpang analisis yang aku buat tadi.

"Lagi satu, kau jangan lupa orang tua kau. Utamakan diorang dulu. Jangan abaikan diorang."

"Ok, bang. Ni akaun saya bila nak siap buat ni?"

"Kejap la. Lagi satu, kalau kau rasa gaji kau kecik dan nak rezeki lebih, jangan lupa call 24434. Call tau, jangan SMS. Lambat!"

"Nombor phone siapa tu bang?"

"Ish kau ni, tu solat 5 waktu. Jangan tinggal. Haa... Bangun pagi-pagi tu terus ketuk pintu rezeki. Buat macam pengemis. Kita buat hari-hari. Minta... Minta.. Minta... Insya-allah dimakbulkan. Macam pengemis juga. Kalau dia minta duit pada kita tiap-tiap hari, pagi-pagi buta lama-lama kita pun bosan. Lalu kita bagi la RM5 tapi dia minta lagi. Kita bagi RM10 pula. Tapi dia minta lagi, last-last kita bagi RM100 sebab tak nak pengemis tu mintak lagi. Betul? Lebih kurang gitu la perumpamaannya."

Aku terkebil-kebil tengok brader tu. Tak sangka dia boleh pula bagi nasihat motivasi ala-ala Dr Fadzillah Kamsah pada aku. Dalam bank pula tu. Masa buka akaun bank aku pula tu. Aku kagum. Aku juga rasa menyesal sebab baru aku tahu kenapa orang cakap don't judge book by it's cover.

Sebelum selesai urusan, sempat juga brader tu pesan, "Ni kalau kau jumpa aku, aku dah jadi pakar motivasi ke penceramah ke, jangan tak tegur aku pulak eh. He he he"

Monday, October 18, 2010

PASCA OPEN HOUSE HARI RAYA LEPAS BULAN SYAWAL








1) Lepas majlis terus angkut periuk kotor, pinggan mangkuk kotor, bekas-bekas kotor ke halaman rumah untuk dibasuh. Malam itu juga okay. Nasib baik tahun ini tak kena sakit kepala macam tahun lepas. Boleh la kerja lebih sikit.

2) Nasib baik ada makcik yang tolong basuh sekali. Ada pakcik yang tolong kemas meja dan kerusi sekali. Ada anak sedara yang tolong kemas saki baki lauk pauk lagi. Kalau nak harapkan kami berlima, maunya sampai pukul 3,4 pagi.

3) Akibat keletihan, selepas solat subuh, pakcik dan makcik bergegas pulang ke Kukup. Dan kemudiannya hujan lebat sehingga menyebabkan kami sambung tidur dan tidur dan tidur sampai hampir zuhur. Bangun pun sebab mak dengan ayah nak kena hadir ke majlis kahwin pakcik (yang satu lagi).

4) Dan bermula selepas rancangan Melodi (kemas, kemas juga. Gosip tak boleh tinggal), kami adik beradik memulakan operasi pembersihan. Daripada kutip pinggan mangkuk periuk belanga keliling rumah, susun semula periuk dalam stor, basuh karpet, basuh lantai porch kereta, vakum lantai dalam dan mop lantai.

5) Ayah janji nak bawa kami adik beradik makan McD untuk rasa menu baru apa namanya entah sebagai ganjaran kemas rumah sampai berkilat. Tapi ayah dengan mak sampai rumah lambat malam tu. So, diorang upah dengan ayam masak kicap dan sayur nangka masak lemak sebagai ganti.

6) So, hari ini hari pembayaran ganjaran kemas rumah. Aku dah terbayang crispy baby crab dengan ikan pari bakar dekat kedai TipTop tepian tebrau. Ha ha ha.

Sunday, October 17, 2010

KAU 27 TAHUN? INI SOALAN STANDARD KAN?

Bila orang asyik tanya je, "Majlis kau bila?" atau, "Kau bila nak kahwin ni?", aku betul-betul tak tahu nak jawab. Jawapan standard yang aku bagi kalau aku nak tutup mulut diorang terus ialah, "Aku gay. Gay mana nak kahwin".

Tapi itu kalau kawan-kawan yang tanya. Kawan-kawan yag ada senses of humor. Kalau jiran-jiran tanya? Kalau saudara mara tanya? Kalau boss tanya?

Biasa aku sengih-sengih je. Masih cari jawapan yang sesuai untuk hati rapuh orang tua.

Any idea?

P/S : Bila aku buat open house hari raya lepas bulan Syawal, semua tanya. Ni open house untuk apa? majlis apa? Kau kahwin senyap-senyap ke? Susah orang zaman sekarang ni, nak bagi makan pun kena ada alasan. Hu hu hu.

Thursday, October 14, 2010

PREVIEW FILEM : DINNER FOR SCHMUCKS.


Pada mulanya, aku teruja juga mahu menonton filem ini disebabkan daya tarikan humor dari Steve Carell. Dia punya trailer pun boleh tahan juga kelakar. Tapi bila dah tonton...

1) Aku rasakan tajuk filem dan jalan cerita macam tak matching je. Namanya "Dinner For Schmucks" tapi scene dinner tu tak sampai 1/2 jam pun. What the hell kan? Baik letak nama "Friend With Schmucks" ke "Ruin By Schmucks" ke.

2) Lawak-lawak yang ditampilkan cuma lawak-lawak bodoh biasa aje. Tapi boleh la takat untuk gelak-gelak. Tengok muka Steve Carell pun dah boleh gelak dah.

3) Oleh kerana watak Steve Carell ialah seorang lelaki yang lurus bendul, memang betul-betul lurus bendul dia bagi. Plus, watak perempuan stalker yang sangat saiko. Modal untuk gelak juga tu. Plus watak pelukis yang juga memang schmucks. Combo.

4) Ya, terdapat beberapa lawak yang aku rasa aku baru lihat.


P/S : Next movie, kita layan cerita komedi romantik, The Switch dan komedi aksi, The Other Guy.

Wednesday, October 13, 2010

KARMA

Dalam semenjak dua menjak ni, aku baru sedar yang aku mula berfikiran positif dalam banyak hal. Tak macam dulu, asal ada benda yang aku tak suka sikit, mengamuk sahaja.

Contohnya, pagi ini ada seorang makwe yang aku nak tackle dulu add aku as friend dalam Facebook. Mula-mula tu seronok jugak la sebab ingat boleh nak sambung tackle. Tapi sekali tengok gambar, dia dah tunang dah. Nak marah pun takde guna. Last-last aku ucap tahniah pada dia. Bila aku fikir-fikir semula, kalau lah ditakdirkan dulu dia dengan aku bercouple, aku rasa sampai sekarang tak bertunang lagi, apatah lagi nak berkahwin.

Tak macam dulu.

Contohnya, suatu pagi aku search makwe yang aku nak tackle dulu (yang lain) dalam Friendster bagai nak gila. Bila dah jumpa, tengok gambar, dia dah kahwin. Tengah mengandung dah pun. Dek kerana melihat dunia pada sudut yang salah, aku PM dan cakap benda yang tak sepatutnya aku cakap. Tup tup putus kawan.

Dan bila aku melihat dunia pada sudut yang positif, banyak benda baik yang terjadi pada aku.

Mungkin aku terpengaruh dengan cerita "My Name Is Earl" kot.

Emmm... Esok aku buat list aku :)

Monday, October 11, 2010

APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?

"Aritu sikit lagi ayah nak kena saman," Kata ayah tiba-tiba semasa memandu pulang dari kampung, "Ada polis follow je kereta ayah dari belakang. Nasib baik ayah sempat pakai seat belt. Kalau tak, melayang duit nak bayar saman. Ha ha ha."

Cara ayah cakap macam dah raya syukur sangat sebab tak kena saman. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, kira ayah macam power la sebab sempat pakai seat belt sebelum polis saman.

Malam itu jalan lengang. Tak banyak kereta. Ayah pun bawa laju. Walaupun permukaan jalan tak berapa elok untuk merempit, ayah tak hirau sangat. Asalkan cepat sampai. Sampai di selekoh lampu isyarat di Kempas, ada sekatan jalanraya. Ayah jadi kaget.

"Encik, minta i/c dan lesen." Kata polis muda.

"Nah." Jawap ayah sambil menghulurkan i/c dan lesen. Peluh dah penuh di dahi ayah.

"Ok, terima kasih. Tapi encik, lain kali jangan lupa pakai seat belt ye." Kata polis muda sambil tersenyum. Mungkin gelihati dengan tingkah laku ayah yang agak kalut.

"Ok, terima kasih encik ye." Jawap ayah sambil senyum macam kerang busuk.

Kira-kira selepas 10 minit lepas peristiwa tu.

"Haaaa.... terer tak ayah? Dah kena tahan tapi tak kena saman. Ha ha ha."

"Ok, dengan peristiwa ini," Tiba-tiba adik bersuara, "Apa pengajaran yang kita perolehi?"

Ayah terdiam. Senyum yang tadi bukan main lebar dan mula mengendur. Kami anak beranak gelak kuat-kuat.

"Kena saman ke tak kena saman, bukan ada efek pun. Sama je tak pakai seat belt." Kata emak yang turut tersengih.

Wednesday, October 06, 2010

BERAPA RAMAI FASTFOOD LOVER YANG MASUK KERJA LAMBAT TENGAH HARI TADI?


Mutiara Damansara , 12.00pm


Midvalley Megamall, 11.30am


1Utama , 12.20pm.

Promosi gila-gila oleh Burger King pada 6 Oktober 2010 yang tidak akan dilupakan oleh Fastfood Lover serta pelanggan yang tak faham iklan. Sebab mereka rasa tertipu.

"Woi, kata burger RM1. Ni aphal nak kena beli air pulak!"

"Woi, kata 1 air 3 burger. Ni aphal pulak 1 air 1 burger!"

"BK, penipu!"

Bengap. Orang-orang yang cakap macam ni memang jenis bengap. 2 sebab.

1) Jenis tak reti-reti nak faham style marketing fastfood di Malaysia. Apekejadah Burger King nak senang-senang bagi RM1 untuk burger sahaja? Takat suruh beli air je kira ok la tu. Mana ada benda murah tapi tiada udang di sebalik batu. Aiyoh!

2) Jenis tak reti nak baca T&C betul-betul. Pastu buat lambat dengan kaunter sebab maki-maki dengan kaunter staff. Orang Malaysia memang mudah tertarik dengan benda-benda murah tapi bila terlepas pandang T&C cepat-cepat dia jerit "Woi Penipu!". Macam iklan KFC nugget udang. Keh keh keh.

Ada member kata, "Baik beli Mcvalue Lunch. 1 drinks, 1 fries, 1 McChicken = RM6++. Hari-hari ada!"

Aku nak cuba nasib petang ini.

Tuesday, October 05, 2010

SIRI MASAK - MASAK : IRON CHEF


Berapa ramai antara korang yang kenal mamat ni? Tak kenal? Lu memang tak layan rancangan masak-masak ke?

Ini adalah host bagi rancangan televisyen terkenal, Iron Chef versi Japan, Takeshi Kaga.

Ok, video di bawah ni merupakan opening act dia yang paling aku minat. Sambil makan lada benggala tu.




Dalam banyak-banyak Iron Chef , aku paling suka Iron Chef Japan 3rd, Masaharu Morimoto. Idea dia berkenaan fusion food memang out of the box. Dan yang paling cool, sambil sibuk-sibuk memasak dia akan minum sebotol / setin coke untuk hilangkan dahaga.

Eh, tak cool ke?

Pergi cari video-video battle Iron Chef dalam Youtube. Tapi aku memang prefer versi Japan.

CSI : NEW YORK DAH TIADA AKAK RAMBUT MAGGI

Stella Bonasera

Dalam season terbaru CSI : New York, Detektif Stella Bonasera dah tak berlakon. Kononnya naik pangkat dan dipindahkan ke tempat lain. Aku merindui rambut maggi dan slanga Greek mu. Hu hu hu. So, long Melina Kanakeredes selepas 6 season bersama CSI : New York.


Josephine "Jo" Danville

Bagi menggantikan slot wanita dalam geng CSI : New York ini selain dari Anna Belknap, seorang ahli baru direkrut yang dilakonkan oleh Sela Ward. Former FBI dan nampak macam pakar dalam bidang psikologi. Mungkin CSI : New York season ini hendak menampilkan kekuatan psikologi selain makmal mereka yang canggih.

Monday, October 04, 2010

PATUNG PENGAKAP COMEL UNTUK DISEWA!


Jika anda keseorangan dan memerlukan patung pengakap comel untuk didakap, peluk, cium, sila lihat katalog gambar di atas dan pilih. Harga kita boleh bincang lain.

Pasti puas hati!

Ha ha ha ha.

Sunday, October 03, 2010

PREVIEW FILEM ; EAT PRAY LOVE


Jika anda mencari sebuah filem Rom Com atau totally Romantic, ini bukan sebuah filem terbaik untuk genre itu. Bagi aku ini lebih kepada sebuah filem jiwa, inspirational dan motivational. Sebuah filem untuk mereka yang hatinya kosong. Ini adalah sebuah filem dari kisah benar Elizabeth Gilbert.

Inti filem ini bukanlah terletak pada perkataan "Eat Pray Love" itu. Esennya terletak pada apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita. Elizabeth Gilbert mahukan makanan Itali yang sedap, bermeditasi dan komunikasi dengan tuhan di India dan mencari cinta di Bali. Secara teknikalnya, itu yang dia cari dalam hidup ini.

Bermula dengan pengembaraannya ke Bali untuk penulisan artikel di dalam majalah National Geografic. Dan nasib membawanya bertemu Ketut Liyer, seorang pawang tempatan yang berkebolehan untuk membaca garis tapak tangan.

Apabila pulang ke New York dan menghadiri sebuah majlis kawannya, dia tiba-tiba tersedar yang dia rasa yang dirinya rasa kosong. Dan dia rasa dia perlu berbuat sesuatu untuk isi rasa kosong itu. Dari situ, dia mula membuat keputusan yang tidak terduga. Bercerai dengan suaminya, bercinta dengan pelakon yang lebih muda daripadanya dan mula mendekatkan hati dengan tuhan.

Mula-mula dia ke Itali untuk menikmati makan terbaik Itali seperti spaggeti dan pizza. Aku teringat satu pesanan ringkas pemilik rumah sewa Liz Gilbert di Itali,

"American girl like you come to Itali usually want spaggeti and 'sausage'"

Bertemu dengan segolongan kawan yang membuka perspektif Liz untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Dan memberi peluang kepada Liz untuk membuatkawannya melihat dunia dari sudut yang berbeza.

"What is the word for Rome? Sex!"

Kemudian Liz ke sebuah ashram milik seorang guru. Dia cuba mencari tuhan dalam dirinya dan dia bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mengajarnya juga untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Dari sudut kebijaksanaan hati. Dari sudut batiniah.

Bermeditasi. memaafkan diri sendiri. memaafkan orang lain. Menerima takdir. Bertemu dengan Richard mengajarnya untuk memaafkan diri sendiri. Dan bertemu dengan Tulsi yang perlu menerima takdir untuk dikahwinkan atas kehendak keluarga.

Kemudian Liz ke Bali, permulaan di mana dia mula-mula terfikir untuk berubah. Ke rumah Ketut Liyer. Di sini nasibnya berubah dan bertemu cintanya. Ish, tak perlu rasanya untuk aku cerita semuanya.

Yang penting, bila kita rasa kehidupan yang jalani sekarang sangat-sangat membosankan dan kita rasa kosong, kita perlu untuk memcuba sesuatu yang baru atau mencuba sesuatu yang kita sudah lama tak lakukan. Tak semesti kita pergi makan dan mencari cinta. Untuk diri kita, boleh juga tukar tajuk lain.

Yang penting, kita kena tengok dunia dari sudut yang berbeza. Kalau hendak pergi melancong, pergi la. Kalau hendak memancing, mancing la. Penuhi hati anda, jangan biar kosong.

Life is short, make it live.

p/s : I fall in love with Julia Robert since Notting Hill (1999) and Erin Brockovich (2000).

p/s/s : next movie, Dinner For Schmucks.

Friday, October 01, 2010

CIRCA 2001 - ZAMAN SELUAR POTONGAN BUGGY TENGAH HIT


Masa zaman ini, style pakai seluar potongan buggy memang tengah naik. Semua jenis beli dekat bundle je. Murah dan banyak style. Satu lagi, semua jenis nak pakai seluar kain cotton. Tak nak pakai seluar kain licin. Sebab? Kalau ereksi di kelas, senang kantoi.

Gila selekeh betul bila aku kenang-kenang zaman tu. Pakai kemeja kain licin dengan seluar buggy kain cotton, kasut Adidas Superstar. Kah kah kah.

Tak matang siot!