Wednesday, October 27, 2010

SELAMAT BERKONVOKASI DI KAMPUS UTARA


Hujung bulan ini aku akan berkampung di kampus utara selama 3 hari 2 malam. Bersempena dengan majlis konvokesyen adik aku. Mungkin ini kali terakhir dan lepas ini entah bila nak datang sini lagi. Sungguh ada pro dan con studi di kampus utara, tapi sekurang-kurangnya aku dah dapat sehelai sijil sarjana muda (degree) dari kampus ini. Boleh dibanggakan juga.

Sempena dah kali terakhir sebab lepas ini kalau nak datang pun tiada sebab, aku nak merasai semula beberapa pengalaman.

1) Makan nasi lemak Kampung Darat sebelum masuk waktu subuh. Sebenarnya, takde la sedap sangat nasi lemak ini cuma makan panas-panas, dengan lauk panas-panas, ikan keli goreng panas-panas di ketika sejuk menggigit tulang di waktu sebelum subuh. Ha, bayangkan.

2) Nasi Kandar Subaidah kuah campur, ayam goreng besar penumbuk, papadom dan air limau asam. Pergh, sedap ke makan kat Subaidah Kampus Utara ni? Takde la sedap sangat, cuma murah sahaja. Ye, murah berbanding kedai nasi kandaq yang lain. Lagi pun sepanjang 4 tahun aku di Kampus Utara, kat sini je la aku makan nasi kandaq.

3) Char Kue Teow kat Medan Char Kue Teow (Ye ke?) Jitra. Selang seli makan char kue teow dengan nasi lemak 7 kupang. Pergh, makan sampai lupa dalam wallet ada seringgit. Ha ha ha.

4) Nasi goreng ayam depan bus stand Changlun. Waktu malam je ada. Itu pun bukan tiap-tiap malam ada. Nasi goreng ayam, ayam asing, ayam jenis order baru goreng. Yang buat dia lebih sedap, pakcik tu selalu bawa anak dara dia tolong dia dekat warung. Makin berselera. Tapi dengar cerita dia dah kahwin. So, berbelah bahagi juga nak datang warong ni.

5) Aku rindu nak makan dekat kedai makcik kari atau ada sesetengah orang panggil kedai "banyak" lauk. Aha... Kedai ini memang tak menyediakan banyak lauk. Tapi yang utama ialah kari organ dalaman (hati, pedal, jantung), kaki dan leher ayam. Itu sahaja kot yang utama. Yang lain biasa-biasa je. Telur goreng, ulam-ulam, sambal tumis, keli goreng, sayur goreng 1,2 jenis. Ish, tu je la. Tapi entah kenapa aura Duwe suka makan sana entah.

6) Kafe Binjai, Kolej Proton. Ha ha ha. Warga kampus utara mana yang tak pernah dengar pasal kehebatan kafe ini, memang jenis makan roti gardenia hari-hari. Paling terkenal ialah masa waktu makan tengahari. Hari kolej jauh-jauh semua datang sini. Sebab lauk murah. Makan murah. Ada banyak variasi. Boleh beli buah-buahan lepas makan nasi. Ada jual air jus buah. Ada jual cucuk-cucuk bakar siam style. Sedap ke? Biasa-biasa sahaja.

7) Sweet corner depan fakulti perakaunan, tangga dekat bilik Kutaq (kolej Proton), Tangga depan bilik Olie dan Liza (kolej Petronas) dan meja sebelah bilik Duwe (Kolej MISC). Ada apa dekat sini? Di sinilah lokasi penjualan Nata De Dadih. Dadih yang pernah popular sekitar tahun 2008 - 2009. Mencetuskan fenomena PEMEDIH (Persatuan Peminat Dadih). This is my proud. Bangga gila. Yang aku dengar, cuma di Kolej Proton sahaja yang ada apprentice. Nama dia Karo. Harap-harap dia bukan jenis bisnes kejap lepas tu lingkup.

Ha ha ha. Teringat betul tempat-tempat makan ni. Tempat yang sedikit sebanyak menyumbangkan lemak dekat badan aku ni ha.

3 comments:

  1. Kedai banyak lauk memang legend..... lori lalu bawak debu pun selambar je suap nasik bersama organ ayam masak kari...legend...

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah.... Persetankan sama debu-debu lori.. yang penting makan... kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. 1. nasi lmk kg darat xde la sdp seperti yg d war2 kan. aku pon tak tau kenapa org kata sedap pai jilat kaki.

    2. nasi kandar? peberet aku. memang gyle mkn kat situ siap kene ngorat ngn negro sampai ikot balik misc. kah kah kah

    3. char kue teow kat kedah memang mables. aku mkn 3pggn sowg!

    4. cafe kolej proton memang dasyat. ilmu apa dia pakai eh? ada untung ke tak? makanan bpk murah gaban. nasib baik tyme 2 aku patah kaki (means takda transpot) lau tak memang 24jam kat cafe

    kesimpulannya aku rindu uum! dpt offer master kt uum tapi tolak. sekarang baru menyesal! jom pg uum ramai2

    ekekekee

    ReplyDelete

Komenlah Aku