Sunday, October 03, 2010

PREVIEW FILEM ; EAT PRAY LOVE


Jika anda mencari sebuah filem Rom Com atau totally Romantic, ini bukan sebuah filem terbaik untuk genre itu. Bagi aku ini lebih kepada sebuah filem jiwa, inspirational dan motivational. Sebuah filem untuk mereka yang hatinya kosong. Ini adalah sebuah filem dari kisah benar Elizabeth Gilbert.

Inti filem ini bukanlah terletak pada perkataan "Eat Pray Love" itu. Esennya terletak pada apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita. Elizabeth Gilbert mahukan makanan Itali yang sedap, bermeditasi dan komunikasi dengan tuhan di India dan mencari cinta di Bali. Secara teknikalnya, itu yang dia cari dalam hidup ini.

Bermula dengan pengembaraannya ke Bali untuk penulisan artikel di dalam majalah National Geografic. Dan nasib membawanya bertemu Ketut Liyer, seorang pawang tempatan yang berkebolehan untuk membaca garis tapak tangan.

Apabila pulang ke New York dan menghadiri sebuah majlis kawannya, dia tiba-tiba tersedar yang dia rasa yang dirinya rasa kosong. Dan dia rasa dia perlu berbuat sesuatu untuk isi rasa kosong itu. Dari situ, dia mula membuat keputusan yang tidak terduga. Bercerai dengan suaminya, bercinta dengan pelakon yang lebih muda daripadanya dan mula mendekatkan hati dengan tuhan.

Mula-mula dia ke Itali untuk menikmati makan terbaik Itali seperti spaggeti dan pizza. Aku teringat satu pesanan ringkas pemilik rumah sewa Liz Gilbert di Itali,

"American girl like you come to Itali usually want spaggeti and 'sausage'"

Bertemu dengan segolongan kawan yang membuka perspektif Liz untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Dan memberi peluang kepada Liz untuk membuatkawannya melihat dunia dari sudut yang berbeza.

"What is the word for Rome? Sex!"

Kemudian Liz ke sebuah ashram milik seorang guru. Dia cuba mencari tuhan dalam dirinya dan dia bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mengajarnya juga untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Dari sudut kebijaksanaan hati. Dari sudut batiniah.

Bermeditasi. memaafkan diri sendiri. memaafkan orang lain. Menerima takdir. Bertemu dengan Richard mengajarnya untuk memaafkan diri sendiri. Dan bertemu dengan Tulsi yang perlu menerima takdir untuk dikahwinkan atas kehendak keluarga.

Kemudian Liz ke Bali, permulaan di mana dia mula-mula terfikir untuk berubah. Ke rumah Ketut Liyer. Di sini nasibnya berubah dan bertemu cintanya. Ish, tak perlu rasanya untuk aku cerita semuanya.

Yang penting, bila kita rasa kehidupan yang jalani sekarang sangat-sangat membosankan dan kita rasa kosong, kita perlu untuk memcuba sesuatu yang baru atau mencuba sesuatu yang kita sudah lama tak lakukan. Tak semesti kita pergi makan dan mencari cinta. Untuk diri kita, boleh juga tukar tajuk lain.

Yang penting, kita kena tengok dunia dari sudut yang berbeza. Kalau hendak pergi melancong, pergi la. Kalau hendak memancing, mancing la. Penuhi hati anda, jangan biar kosong.

Life is short, make it live.

p/s : I fall in love with Julia Robert since Notting Hill (1999) and Erin Brockovich (2000).

p/s/s : next movie, Dinner For Schmucks.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku